Casual Business Man Cycling Through City In A SuiteMungkin antara kesilapan yang saya buat, yang orang muda di luar sana boleh elak adalah kelewatan dalam mencari petua untuk berjaya.

Tapi walaupun lewat, saya tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya, cetusan idea itu muncul juga dalam kepala dan saya mula berusaha mencari jawapannya dari buku yang ada di pasaran.

Antara buku-buku yang saya baca mula-mula dulu banyak berkisar tentang membuat perubahan pada diri sendiri untuk pergi lebih jauh daripada keadaan semasa.

Kebanyakan buku-buku sebegitu adalah ditulis oleh orang barat. Kita kekurangan buku-buku sebegitu yang biasa memerlukan kajian dan pemerhatian dalam jangka masa lama untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik.

Oleh kerana saya berminat nak berjaya, maka saya berusaha dapatkan semua buku-buku yang baik untuk dijadikan bahan bacaan.

5 tahun dari sekarang jadi apa ?

Betullah kata orang, kalau anda nak tengok apa seseorang itu nak jadi 5 tahun lagi, tengok bahan bacaan atau buku apa yang menjadi bacaan beliau.

Hasil dari buku-buku itulah saya nekad untuk jadi usahawan. Dan lihat hasilnya sekarang, saya memang berjaya menyara kehidupan diri sendiri, anak bini dan orang tua hasil daripada perniagaan.

Buku anda yang anda baca sekarang ?

Kebanyakan daripada kita hanya baca surat khabar, baca portal berita di internet dan melayari media sosial. Tidak ada tumpuan tetap dan hanyut dengan berbagai perkara yang terlalu banyak di media sosial sekarang.

Orang macam itu tentu dah boleh diagak akan jadi apa 5 tahun dari sekarang jika sikap sedemikian tidak diubah. Mereka akan jadi hanyut juga macam lambakan isu dan maklumat yang tak keruan di media sosial dan internet.

Banyak bacaan untuk berjaya

Antara buku-buku pertama saya baca adalah seperti The Richest Man in Babylon, The Magic of Thingking Big, Awaken the Giant within dan tidak lupa juga buku kejayaan klasik tulisan Napoleon Hill.

Napoleon Hill, seorang warga Amerika, boleh dikatakan pengasas kepada penulisan membina kejayaan diri paling awal. Dia hidup antara tahun 1883 hingga 1970.

Salah sebuah buku tulisannya yang menjadi bacaan ramai sepanjang zaman adalah buku bertajuk Think and Grow Rich. Buku itu ditulis pada tahun 1937.

Pada tahun kematian Napoleon Hill, iaitu tahun 1970, jumlah naskah buku itu yang telah terjual berjumlah lebih 20 juta naskah !.

Sehingga sekarang buku itu masih laris dijual !. Agaknya ada tak buku tulisan orang kita yang mampu bersaing dengan buku tulisan Napoleon Hill.

Kekurangan buku hebat hasil tempatan

Mungkin ada tapi itulah masalah kita, tak ada siapa yang ambil peduli buku apa orang kita tulis, pantau jumlah jualannya dan lain-lain lagi untuk menggalakkan lagi hasil penulisan berkualiti.

Mungkin buku tulisan hebat-hebat hasil pemikir dan cedikiawan orang kita ada ditulis dalam tulisan Jawi. Banyak daripadanya berkisar tentang ilmu keagamaan. Saya tak pasti ada buku tulisan yang mensyarahkan ilmu kejayaan secara spesifik.

Namun begitu, jumlah jualan kitab-kitab lama sebegitu juga tidak direkodkan dan tidak di ketahui sejauh mana ia mempengaruhi pemikiran masyarakat.

16 petua untuk berjaya dari Napoleon Hill

Kembali pada tajuk asal artikel ini, saya ingin kongsikan 16 petua untuk berjaya yang diberikan oleh Napoleon Hill. Beliau namakannya sebagai The Law of Success.

Mungkin ramai yang dah tahu dan pernah membaca hasil-hasil tulisan Napoleon Hill.

Tapi apa salahnya kita ulang sekali lagi. Manalah tahu ianya melekat dalam kepada dan anda mendapat satu perspektif baru dengan membaca olahan dari saya pula.

Kita terus kepada petua untuk berjaya pertama dari Napoleon Hill:

The Master Mind

Terma Master Mind ini digunakan oleh Napoleon Hill untuk mengambarkan kuasa atau kehebatan yang muncul hasil daripada kombinasi pemikiran lebih daripada seorang individu.

Untuk itu anda perlu mencari kawan atau kumpulan kawan-kawan yang sehati sejiwa, berfikiran positif dan dahagakan kejayaan dalam kehidupan.

Bukan sekadar kawan-kawan biasa, tetapi kawan rapat yang semua rasa selesa saling berhubungan dan berkumpul. Syarat menjalinkan perhubungan yang harmoni ini penting untuk menghasilkan apa yang dikatakan sebagai The Master Mind.

Jika anda jenis yang tak duduk diam macam saya, tentu punya lebih dari seorang kawan. Malah ramai orang yang punyai kawan rapat yang saling berhubungan dan bertemu sejak bertahun-tahun lamanya.

Jenis kawan-kawan yang ada ada sekarang tu macam mana sifat mereka? adakah mereka berfikiran positif dahagakan kejayaan? atau jenis yang suka mengata dan merendahkan orang lain?

Saya dapat rasakan kebenaran teori Napoleon Hill ini sampai sekarang. Sejak mula nak jadi usahawan, saya mendekati dan seterusnya berkawan rapat dengan beberapa kawan yang berfikiran positif dan dahagakan kejayaan.

Kesannya memang ada dalam membuat perubahan pada diri saya sendiri. Rasa kerdil sedikit demi sedikit bertukar menjadi lebih berkeyakinan pada diri sendiri. Sebagaimana yang dikatakan leh Napoleon Hill, kuasa Master Mind dapat digunakan samada oleh salah seorang dari individu ataupun oleh semua ahli kumpulan yang ada.

Petua untuk berjaya yang kedua yang diberikan oleh Napoleon Hill adalah:

A Definite Chief Aim

Majoriti daripada orang ramai tidak tahu apa sebenarnya hala tuju atau apa yang mereka kejarkan sepanjang kehidupan.

Kalau ikutkan Napoleon Hill, dia kata dalam 100 orang, 95 orang akan hanyut tak tahu nak pergi mana.

Saya banyak kali bertanya pada orang-orang muda lepasan universiti, apa yang mereka mahu dalam hidup dan nak jadi apa 5 tahun lagi. Memang betul kata Napoleon Hill, ramai sangat yang tak boleh jawab dengan tepat jitu dan jelas serta pasti.

Anda pula macam mana ?

Ramai yang yakin menjawab dia mahu kejayaan dunia dan akhirat, itu satu jawapan yang baik. Tapi bila ditanya macam mana bentuk kejayaan dunia dan akhirat itu,dan apa yang dia nak lakukan dalam kehidupan sekarang serta dengan cara apa dia mahu dapatkannya, ramai yang tidak jelas.

Ramai juga yang hadapi konflik matlamat dalam kehidupan.

Tak mahu jadi kaya, takut tersasar dalam hidup. Tidak mahu kaya dan tidak mahu miskin. Mahu jadi orang yang sederhana dalam hidup dan lain-lain lagi seumpamanya. Itu juga satu sasaran yang amat tidak jelas.

Saya juga konpius satu ketika dahulu. Mahu jadi orang biasa macam orang lain, hidup sederhana dan sebagainya.

Bila saya cuba jelaskan maksud sebenar apa yang saya mahu itu ia adalah begini:

Belajar pandai, dapatkan kerjaya yang baik, kahwin, dapat anak, beli rumah, bela anak-anak, pencen, anak-anak dah membesar, dan akhirnya mati dan disemadikan.

Bila saya sedar itu maksudnya jadi jadi biasa macam orang lain kebanyakan, maka saya tak mahu jadi begitu. Maka sebab itulah jalan ini yang saya pilih.

Jadi usahawan !.

Dunia pelik penuh cabaran yang majoriti orang mahu tapi tak berani dan akhirnya pendamkan hasrat itu di bawa masuk dalam kubur dan tak ada siapa yang tahu.

Itulah agaknya orang tua-tua kata mati putih mata !

Akhirnya saya nekad dan bulatkan hati untuk jadi usahawan walau apapun yang bakal terjadi. Saya akan usahakan sampai boleh lambat atau cepat.

Dari situ jalan-jalan mula muncul. Saya mula nampak lebih jelas jalan yang perlu diambil dan mula membina dan menjernihkan lagi hala tuju dalak hidup ini.

Sekarang cuba tanya pada diri anda sendiri. Apa sebenarnya yang nak dicapai sebelum anda ditanam masuk dalam tanah?

Selagi tak jupa misi jelas yang amat anda pasti, jangan berhenti bertanya. Bila dah jumpa, sering ingatkan diri anda untuk mencapainya dan insyaallah anda akan dapati jalan-jalan akan terbuka satu demi satu.

Kita pergi pula pada petua untuk berjaya yang ketiga…

tapi nanti dulu. Nampaknya baru masuk petua yang kedua saya dah tulis lebih dari 1100 perkataan. Kalau nakm habiskan lagi petua sampai 16, dengan ulasan yang saya goreng, tentu artikel ini akan jadi lebih panjang.

Jadi saya hentikan terlebih dahulu kat sini.

Saya akan sambung lagi petua seterusnya satu persatu sampai habis kesemua 16 petua untuk berjaya dari Napoleon Hill pada artkel yang lain pula.

Atau mungkin saya akan buat penambahan pada artikel ini juga satu demi satu bila ada kesempatan nanti.

Apapun, moga apa yang saya kongsikan kat sini ada manfaatnya untuk anda yang membacanya.

Total
21
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. SubhanaLLah..
    baru 2 petua yang Tuan share..insyaAllah akan menunggu sampai habis 16 petua dari Napoleon dan dihadam isinya dari Tuan Bihi..
    Terbaik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge