Ada 18 perkara utama usahawan, kecil perlu buat kalau nak pastikan berjaya dalam perniagaan yang sedang dijalankan.

18 perkara utama usahawan kecil perlu buat ini juga bakal menjamin anda buat duit sebanyak mungkin hasil dari menjalankan perniagaan anda itu.

Saya kongsikan kesemua 18 perkara tersebut kat bawah ini berdasarkan keutamaannya. Mana yang datang dahulu adalah lebih penting daripada yang datang kemudian. Jadi pastikan anda lihat satu persatu dan pastikan perkara tersebut buat terlebih dahulu sebelum buat perkara yang kemudiannya.

Sebenarnya, bukan untuk anda, malah lebih kepada saya sendiri yang juga merupakan seorang usahawan kecil sebagai satu peringatan penting. Supaya saya tak lupa dan amalkan sampai perniagaan berjaya ke tahap yang diingini.

18 perkara yang usahawan kecil perlu buat

Lihat senarai berikut di bawah,

  1. Jadikan aktiviti pemasaran dan jualan satu ketagihan – Ini perkara paling utama yang anda perlu buat sebagai seorang usahawan kecil. Biar kepala asyik fikirkan pasal sales & marketing saja. Pasar dan jual, pasar dan jual sebanyak mungkin.
  2. Fokus pada bisnes yang ada sekarang – Ini juga satu peringatan yang perlu sentiasa disemat dalam diri. Pasarkan dan jual apa yang anda ada sekarang. Bukan dok asyik nak jual atau pasarkan benda yang tak ada dan tak wujud. Apa yang ada dulu perlu dipasarkan dan dijual sampai habis supaya dapat duit.
  3. Besarkan bisnes yang ada sekarang – Jual dan jual, laburkan semula duit yang anda jana pada bisnes yang ada sekarang untuk besarkannya. Jangan tersasar nak buat benda lain yang tak ada kena mengena pulak.
  4. Cari bisnes baru – Buka mata lihat pada peluang bisnes baru yang berkaitan untuk jana lebih banyak hasil jualan lagi. Tambah nilai, kerjasama dengan usahawan lain yang saling lengkap melengkapi dan lain-lain lagi.
  5. Perhatikan harga, hantar bil dan kutip bayaran – Sentiasa kira dan tentukan harga yang betul dan berbaloi margin keuntungannya dan jual. Bila dah jual jangan lupa buat dan hantar bil atau inbois. Dan paling penting bila dah bagi bil jangan lupa kejar bayaran pulak sampai dapat.
  6. Pastikan duit tunai sentiasa ada – Jangan alpa sampai putus duit tunai kat dalam poket atau akaun bank. Bisnes anda perlu sentiasa ada duit dan tak boleh pupus darinya. Buatlah apa saja agar duit sentiasa ada setiap kali nak pakai tak perlu pening kepala. Jangan bila nak terberak baru nak korek lubang.
  7. Pastikan gaji dibayar pada masanya – Jangan buat main-main dengan urusan bayar gaji pada pekerja samada pekerja tetap atau kontrak. Bayar pada masanya jangan tangguh-tangguh walau apa sekalipun yang berlaku.
  8. Jaga dan simpan pekerja cemerlang – Perhatikan pekerja mana yang cemerlang, mahir dan baik perangainya. Jaga dan bela baik-baik mereka supaya tak lari ke syarikat lain.
  9. Dengar maklum balas dari semua orang – Sentiasa buka mata, buka telinga. Dengar dan berikan perhatian pada semua orang. Dengan betul-betul apa cakap mereka samada yang tersurat mahupun yang tersirat.
  10. Ajar pekerja – Jangan abaikan ilmu, latihan dan kemahiran. Ajar pekerja suyapa meningkat sentiasa. Samada anda sendiri ajar atau cari tenaga pengajar yang bagus. Buat jadual, buat catitan tahap latihan semua pekerja dan pantau perkembangan mereka.
  11. Adakan produk atau servis yang berkualiti yang pelanggan mahu – Sentiasa pastikan produk anda menepati kualiti yang pelanggan mahu. Kualiti adalah berdasarkan takrifan pelanggan anda dan bukannya berdasarkan anda syok sendiri.
  12. Bezakan produk atau servis anda dengan pesaing – Perlu tahu dengan yakin apa yang membezakan anda dengan pesaing. Kenapa pelanggan rugi tak ambil dari anda dan sampaikan dengan jelas pada mereka.
  13. Tentukan sasaran – Buat sasaran yang mahu dicapai dalam semua aktiviti terutamanya jualan dan keuntungan. Jangan main kerja saja tanpa ada sasaran yang perlu dicapai. Pantau sasaran dan buat perubahan dan pembaharuan sampai tercapai.
  14. Serahkan tugas ke bawah dan ke bawah lagi sampai paling bawah – Selagi boleh serahkan kerja pada pekerja, serahkan terus jangan tunggu lama. Serahkan semua urusan ke bawah dan kebawah supaya semua tenaga kerja berfungsi dengan baik.
  15. Jaga pembekal – Sentiasa berhubung dengan pembekal. Dapatkan maklumat, nego harga, nego terma dan dapatkan layanan dan servis serta sokongan yang paling baik dari mereka.
  16. Jaga pemberi pinjaman – Sentiasa berhubung dengan pemberi pinjaman, baik dengan mereka dan kawan rapat dengan mereka. Tak rugi lansung jika anda sentiasa jaga rangkaian pemberi pinjaman seperti bank atau institusi bantuan kerajaan. Jangan bela dan baik dengan Along sudah.
  17. Sentiasa semak belian melebihi RM1 ribu – Bila ada belia yang melebihi RM1 ribu beliakkan mata. Study betul-betul, semak dan buat perbandingan sampai puas hati. Jangan buat mudah dan percaya terus. Saya dah kena sebab tak peka dengan perkara ini. Jadi kawan-kawan perlu waspada.
  18. Uruskan kerja administrasi – selesaikan dengan baik semua kerja administrasi yang perlu supaya tak timbul masalah di kemudian hari. Lesen, failing, dokumen, perjanjian, urusan sumber manusia, dan lain-lain lagi seumpamanya.

Saya tak pasti samada dah tulis perkara yang sama atau tidak kat blog ini sebelum ini. Tapi tak kisahlah. Ia sebagai peringatan untuk saya sendiri yang sering alpa.

Bagi yang nak balik mengundi, selamat jalan dan selamat buat undian. Pangkah baik-baik dan jangan takut atau risau apa yang anda pangkah sebab undi adalah rahsia.

Total
27
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. usahawan perlu bijak dan berhemaat dalam perbelanjaan syarikat..

    jika tidak mengundang bahaya kepada survival bisnes itu sendiri.

    tidak dinafikan persaingan adalah cabaran namun ia sebenarnya ada baiknya juga agar lebih progresif..

    semoga berjaya wahai usahwan..
    mrhanafi recently posted…5 cara mencari jodoh yang terbaikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge