Bagaimana nak jadikan perniagaan anda berjayaSiapa yang tak mahu perniagaan yang dijalankannya berjaya. Para pembaca usahawan juga tentu mahu perniagaan anda berjaya bukan?.

Oleh itu elok juga kita bincangkan secara ringkas apakah dua faktor yang membuatkan perniagaan anda berjaya di sini.

Sudah tentu ada banyak lagi faktor lain yang membuatkan sesebuah perniagaan itu berjaya. Tetapi dua faktor yang ingin saya nyatakan di sini merupakan permulaan.

Dua faktor ini perlu ada terlebih dahulu sebelum disuntik dengan banyak lagi faktor lain untuk membuatkan perniagaan anda berjaya.

Apakah dua faktor yang membuatkan perniagaan anda berjaya?

Tanpa berbelit-belit untuk memanjangkan artikel di sini, kita terus senaraikan dua faktor yang saya rasa perlu jika mahukan perniagaan anda berjaya. Dua faktor tersebut adalah:

  1. Perniagaan itu sendiri – Perniagaan mestilah berpotensi untuk berjaya
  2. Usahawan itu sendiri – Perniagaan yang berpotensi itu pula perlu dijalankan oleh usahawan yang tahu bagaimana menjayakan perniagaan tersebut.

Mari kita lihat secara lebih mendalam kedua-dua faktor yang saya sebutkan di atas.

Faktor #1. Perniagaan yang berpotensi

Ini adalah faktor asas yang perlu ada sebelum seseorang usahawan itu bertungkus lumus membina dan menjadikan perniagaan berjaya.

Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan yang berpotensi?

Bila sebut perniagaan yang berpotensi, kita tujukan pada nila pasaran sesebuah perniagaan tersebut. Perniagaan berkait rapat dengan pasaran.

Jika tidak ada pasaran, maka tidak akan ada perniagaan. Oleh itu apabila dikatakan perniagaan yang berpotensi, kita maksudkan dengan sebuah perniagaan yang ada pasaran semasa. Bukan pasaran masa depan dan bukan juga pasaran masa lalu.

Bagaimana nak tahu samada perniagaan anda berpotensi?

Cara paling mudah adalah dengan membuat percubaan menawarkan produk atau perkhidmatan anda pada orang ramai. Buat testing terlebih dulu atau buat kajian samada orang nak beli atau tidak produk atau perkhidmatan anda.

Jika perniagaan anda ada pasaran, maka sudah tentu perniagaan itu berpotensi. Jika ada orang nak beli maka anda bolehlah jual. Maka akan berlakukan perniagaan.

Tetapi dengan hanya mendapatkan bukti seorang atau dua orang sahaja yang sanggup membeli, belum tentu lagi orang lain juga akan turut sama mahu beli.

Perniagaan yang berpotensi sudah tentu tak boleh harapkan hanya pada seorang atau dua orang pembeli sahaja. Melainkan sekali jual anda mendapat keuntungan RM10 juta, tak apalah. Boleh mulakan perniagaan lain pula.

Dari situ, kita dapat tahu satu lagi perkara penting bahawa saiz pasaran juga memainkan peranan penting untuk menilai potensi perniagaan anda.

Jika kita perincikan satu demi satu, akan membawa pula kepada beberapa lagi kriteris lain yang perlu dipertimbangkan untuk merumuskan samada perniagaan anda berpotensi atau tidak.

Untuk memudahkan anda, rumusan yang terbukti tepat boleh dibuat dengan mengkaji 10 perkara utama berkenaan pasaran produk atau perkhidmatan perniagaan yang anda jalankan.

Dengan menggunakan 10 kriteris tersebut, anda akan mendapat jawapan tepat samada perniagaan anda berpotensi atau tidak.

Seperti mana yang anda dah dapat agak, saya akan mempromosikan bengkel menilai potensi perniagaan anda sekarang….!

Ya!, anda akan dapat belajar menilai potensi perniagaan anda secara terperinci dengan menyertai bengkel menilai potensi perniagaan yang saya anjurkan.

Tujuan bengkel diadakan adalah satu projek perkongsian saya untuk para usahawan yang beriltizam untuk berjaya mendapatkan maklumat asas secara menyeluruh tahap potensi perniagaan yang sedang dijalankannya atau akan dijalankan nanti.

Saya amat yakin, Insyaallah, dengan memahami 10 kriteria yang dibincangkan dalam bengkel tersebut, anda dapat menguasai asas penting tentang pasaran dan perniagaan. Anda tidak perlu teraba-raba lagi dan merasa was-was samada perniagaan itu perlu diteruskan atau tidak.

Anda boleh baca maklumat bengkel dengan klik di sini. Untuk ketahui apa komen mereka yang telah menyertai bengkel, boleh baca laporannya di sini.

Bila kita dengan yakin dapat mengetahui perniagaan yang sedang dijalankan itu berpotensi, ada pasarannya dan baik pula, maka tugas selanjutnya hanyalah memastikan perniagaan itu dikendalikan dengan betul sampai menemui kejayaan.

Dari situ, kita lihat pula faktor kedua dalam menentukan perniagaan anda berjaya di bawah.

Faktor #2. Usahawan yang berpotensi

Setelah yakin bahawa perniagaan anda berpotensi tinggi untuk berjaya. Tambahan pula memang ada terbukti ramai usahawan lain yang telah berjaya dengan perniagaan tersebut, maka kita akan dapat arahkan segala tenaga dan usaha hanya untuk membina potensi diri sahaja.

Tidak perlulah lagi rasa ragu-ragu samada untuk teruskan atau tidak perniagaan tersebut.

Jika setelah menyertai bengkel menilai potensi perniagaan, anda membawa pulang rumusan sebuah perniagaan yang pasti jaya (Insyaallah).

Kemudiannya setelah diusahakan selama beberapa tempoh perniagaan itu masih juga malap tidak ada harapan, sebabnya bukanlah kerana perniagaan itu tak bagus.

Sebaliknya, anda sendirilah yang tak bagus.

Usahawanlah, yang bermasalah dan tidak berpotensi, bukannya perniagaan yang tak ada potensi.

Jesteru itu, jika anda tukar untuk mencuba perniagaan lain pula kononnya moga-moga berjaya, apa jaminannya anda akan bertukar menjadi seorang usahawan yang berpotensi dengan perniagaan yang baru itu?

Wal hasil, samalah juga perniagaan yang kedua itu akan gagal dengan bergaya seperti mana gagalnya perniagaan yang pertama tadi.

Masalahnya adalah diri anda dan bukannya perniagaan yang anda jalankan.

Jalan terbaik untuk pastikan perniagaan anda yang berpotensi itu berjaya adalah dengan membina potensi diri anda agar meningkat dan meningkat.

Aha!, di situlah terbukanya makna kehidupan.

Di situlah terbukanya erti kejayaan bagi seseorang manusia. Kejayaan dalam kehidupan adalah sebuah perjalanan….

Perjalanan meningkatkan potensi diri kita ke arah menjadi seorang manusia yang paling baik semaksimum mungkin di kala hembusan nafas terakhir kita.

Dari jahil kepada berilmu, dari jahat kepada baik, dari pendendam kepada pemaaf, dari kedekut kepada pemurah, dari baran kepada sabar…dan senarainya berterusan. Anda sendiri tentu tahu.

Cuba anda renungkan apa yang saya terangkan di atas.

Bukankah indah menjadi seorang usahawan jika dalam masa yang sama kita menyara kehidupan, sambil itu mendekatkan diri pada Tuhan?

Apakah ada lagi cara lain yang lebih baik untuk memastikan perniagaan anda berjaya? Wallahualam!

Total
2
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge