Dalam artikel yang sebelum ini saya dah kongsikan 7 cara untuk anda besarkan perniagaan yang ada sekarang.

Saya sebut pada tajuk kesemuanya ada 9 cara.

Disebabkan nak cepat hari tu, saya cuma sempat buat 7 cara sahaja. Janji nak sambung lagi 2 cara pada artikel yang sama. Tak sempat juga.

Jadi. Saya buat artikel baru sahaja. Dapatlah saya penuhi sasaran baru sekarang. Nak buat 2 artikel seminggu. Iaitu setiap hari isnin dan hari khamis.

Besarkan perniagaan anda sekarang

Semuanya ada 9 cara.

Saya dah buat 7 cara yang biasa orang lakukan untuk besarkan perniagaan mereka sebelum ini. Kat artikel ni kita tengok lagi 2 cara.

Perlu diingatkan sekali lagi bahawa usahawan hanya layak fikir untuk besarkan perniagaan apabila perniagaan yang dah ada sekarang berada dalam kedudukan yang stabil.

Maksudnya dah ada jualan yang melepasi breakeven point atau dalam bahasa panjangnya, dah melepasi titik pulang modal.

Cara yang betul, pada pendapat saya, bila mula berniaga adalah dengan ikuti langkah mudah seperti di bawah:

  1. Mula berniaga – Setelah dah buat cubaan, semak pasaran dan permintaan, gilapkan sana dan sini idea bisnes anda tu, maka anda pun mulakan perniagaan. Ada sasarannya, ada jangkamasa yang perlu di penuhi tempohnya untuk mencapai sasaran.
  2. Capai breakeven – Bila dah mulakan perniagaan, sasaran ini yang perlu anda capai terlebih dahulu. Perlu berusaha dengan sepantas mungkin untuk pastikan perniagaan anda boleh berputar semula dengan modal yang ada. Tak perlu suntikan dana lagi. Betulkan segala aktiviti pemasaran dan jualan sampai dapat titik pulang modal.
  3. Perbaiki margin keuntungan – Bila dah capai titik pulang modal, ertinya perniagaan dah mula mampu menjana keuntungan. Pada peringkat ini, anda perlu perelokkan lagi segala operasi, pemasaran dan jualan serta pengurusan kewangan supaya margin keuntungan dapat dipertingkatkan.

Kesemua 3 peringkat itu ambil masa.

Kalau baru 2 atau 3 bulan berniaga, dah nak buat untung berlipat ganda, memang sukar nak capai.

Melainkan anda hanya mulakan perniagaan nak buat duit segera. Biasanya orang akan buat bisnes trading barang laris keras yang berlaku secara bermusim untuk buat duit segera.

Barang pilihan untuk buat duit cepat ni biasanya merupakan barang yang memenuhi kehendak dan bukan barang keperluan. Barang macam T-Shirt yang tiba-tiba jadi kegilaan atau beg tangan wanita yang anda boleh pujuk pakai emosi supaya kaum hawa beli walaupun ‘tak ada pun’ tak apa.

Kebetulan anda ada akses barang macam tu diimport dari China dengan harga yang menarik. Ada pengikut ramai pulak. Atau anda memang pakar dalam menggunakan media sosial untuk pujuk orang membeli. Maka bolehlah ambil pendekatan bisnes ‘hit and run’ macam ni.

Tetapi. Jika anda nak bina sebuah perniagaan yang stabil. Orang putih kata sustainable. Tak boleh tidak, perlu bina syarikat. Perlu bina jenama. Perlu membesar secara berperingkat. Dengan harapan, bisnes dan syarikat itu kekal hidup walaupun anda dah meninggal nanti.

Perniagaan macam itu yang saya lebih suka. Perniagaan yang macam itu yang saya tujukan setiap kali buat artikel pasal perniagaan di blog ini.

Dalam Kelab Usahawan Hidup Ringkas juga saya tekankan perniagaan macam itu. Sebab itu bisnes top-up, bisnes drop-ship, bisnes MLM dan lain-lain seumpamanya saya tak berapa nak beri tumpuan. Saya anggap bisnes itu hanya untuk timba pengalaman dalam dunia jualan dan pemasaran serta nak cuba buat sedikit duit tambahan. Bukan nak bina bisnes yang sustainable.

Ok!

JOm kita lihat 2 lagi cara nak besarkan perniagaan di bawah ni.

#8. Kembangkan pasaran baru

Bila anda mula berniaga, sehingga mencapai tahap stabil. Anda tentu akan fokus pada pasaran yang jelas. Sasaran terhadap jenis pelanggan yang anda sudah gariskan dengan terang demografiknya.

Itu cara yang terbukti lebih mudah untuk berjaya.

Kalau anda tak jelas dengan pelanggan sasaran, nak ambil pendekatan nak pasarkan kepada semua jenis pelanggan. membujur lalu melintang pantah. Anda akan mudah kehabisan stamina sebab tak fokus.

Katakan anda buka workshop selenggara dan membaiki kenderaan. Anda sasarkan untuk fokus pada kenderaan Perodua sahaja. Anda buat begitu sebab rata-rata pemilik perodua akan cari workshop luar sebaik saja habis tempoh warranty.

Dengan berbuat begitu, aktiviti jualan dan pemasaran menjadi jauh lebih mudah dan berkesan. Nak pilh pekerja juga sangat mudah dan pantas. Nak cari pembekal juga sangat mudah. Malah anda akan ada kelebihan dalam pembelian spareparts sebab tahu mana ang perlu beli banyak dan mana yang perlu simpan stok sikit sahaja.

Ringkasnya, dengan sasaran pelanggan yang sangat jelas macam itu akan memudahkan kesemua urusan perniagaan anda sehingga mencapai tahap stabil.

Bila semuanya dah stabil, barulah anda boleh fikirkan cara ini untuk besarkan perniagaan anda itu. Lebarkan pula pelanggan sasaran kepada pemilik kenderaan proton.

Itulah maksudnya besarkan perniagaan dengan kembangkan kepada pasaran baru.

#9. Membesar secara organik

Ini cara nak besarkan perniagaan yang terakhir nak saya kongsikan kat sini. Bukan bermaksud tak ada lagilah cara lain selain dari 9 cara yang saya sebutkan di sini dan pada artikel sebelum ini.

Mungkin ada lagi cara lain yang saya masih jahil. Kalau anda ada lagi cara lain selain dari kesemua 9 cara yang saya dah gariskan, sila kongsikan kat ruang komen.

Besarkan perniagaan secara organik sebenarnya merupakan cara yang paling luas diguna pakai. Sama ada usahawan sedar atau tidak, ini cara paling selamat dan kurang risiko. Mungkin anda yang membaca pun sedang guna pakai pendekatan ini untuk besarkan perniagaan.

Cara in ada disiplinnya yang tersendiri.

Kalau saya nak terangkan secara terperinci, akan jadi sangat panjang. Jadi saya hanya terangkan secara ringkas sahaja.

Caranya adalah dengan melihat segala rekod dan aktiviti selama anda berniaga sehingga ke hari ini dan mula buat perancangan yang lebih mantap.

Lebih tepat lagi. Cara membesar berdasarkan perkembangan organik ini adalah dengan memberi tumpuan lebih ke arah memantapkan lagi segala perjalanan bisnes anda dari A ke Z. Fokus pada aktiviti dalam perniagaan.

Sebab itu kita panggil secara organik. Dia dibesarkan bukan secara paksaan. Sembuhkan segala luka dalaman. Sihatkan segala sel dalaman, organisasi, sumber kemanusiaan, perjalanan operasi, pengurusan pelanggan, pengurusan pemasaran, dan lain-lain lagi.

Dengan berbuat begitu, secara tidak lansung, periagaan akan meningkat naik secara terurus dan terkawal.

Cara kendalian pembesaran secara organik ini akan jadi lebih mantap jika anda buat dengan sistematik. Cara mudah adalah dengan bayar sahaja kepada business coach. Mereka biasanya pakat dalam pemantapkan keseluruhan perniagaan anda.

Business coach bukan setakat tengok jualan dan keuntungan saja. Mereka akan bantu anda bina daya kepimpinan. bantu anda buat pengurusan risiko. bantau anda buat analisa SWOP, bantu anda buat Business Operation Planning, bantu buat operation management system, buat SOP dan sebagainya sehingga ke tahap exit plan.

Setakat itu saja saya boleh kongsikan kat sini. Moga anda dapat sedikit idea untuk besarkan perniagaan anda sekarang dengan perkongsian 2 artikel ini.

Moga ada manfaatnya. Kalau anda suka, jangan lupa kongsikan artikel ini dengan tekan butang like. Dapatlah pahala banyak sikit kat saya jika lebih ramai yang dapat manfaatya. TQVM

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge