kebebasan usahawanAda dua perkara besar yang anda akan dapat sebaik saja letak jawatan, berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa.

Sebaik saja letak jawatan dan dan jadi usahawan sepenuh masa, anda diberikan satu bekas berupa madu dan satu bekas lagi berupa racun.

Satu baik dan satu lagi tidak baik.

Memang lumrah kejadian alam ini adalah berpasangan. Jika anda jantan, mesti ada pula betina, jika ada positif, tentu ada pula yang negatif.

Ramai orang yang impikan punya perniagaan sendiri dan tidak lagi perlu ada boss di atasnya. Satu-satunya cara untuk singkirkan boss dari kehidupan anda adalah dengan berhenti kerja dan berniaga. Tak ada lagi cara lain. Sebab itu ramai yang teringin nak buat macam itu, apatah lagi jika boss yang duduk kat atas tu jenis mangkuk berayun.

2 kesan besar berhenti kerja dan berniaga

Secara umumnya anda akan dapt dua perkara ini,

  • Kebebasan penuh
  • Tanggung jawab penuh

Kelebihan pertama merupakan perkara besar yang boleh dikatakan semua orang mahu. Ada ramai usahawan yang letakkan kelebihan bebas secara penuh dari segi penggunaan masa sebagai sebab utama mereka jadi usahawan sepenuh masa.

Ikut suka nak buat apa, di mana saja dan bila saja dia rasa nak buat. Siapa yang tak mahu kebebasan seperti itu.

Kesan besar terhadap kebebasan itu juga membolehkan anda impikan kejayaan yang langit sahaja batasannya. Kalau makan gaji, masih ada siling yang membataskan kejayaan anda. Macam-macam siling yang ada yang membataskan kejayaan anda.

Anda boleh jadi jutawan, boleh jana pendapatan atau gaji sampai RM100 ribu sebulan, jika itu yang anda mahu dan berusaha untuk mencapainya. Malah lebih dari itupun anda mampu mengusahakannya.

Ringkasnya, dengan berhenti kerja dan berniaga, anda berjaya buka siling penghalang kejayaan anda selama ini.

Tapi ingat !

Bukan sahaja anda buka siling kat atas yang menghalang kejayaan, dalam masa yang sama, lantai yang anda pijak juga telah terbuka.

Dan kemungkinan untuk anda jatuh ke bawah juga tidak ada batasannya.

Bab lantai terbuka itu ramai yang tak ingin ceritakan pada anda. Malah jarang sangat kita dengar tentang lantai yang terbuka. Cumanya kita faham-faham sendiri dan akibat dari kemungkinan jatuh ke bawah itulah yang membuatkan ramai orang tak berani nak letak jawatan, berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa.

Senario paling buruk berhenti kerja dan berniaga

Kali ini saya hanya nak fokus pada bab terbukanya lantai tempat anda berpijak dan menghalang dari jatuh ke bawah.

Kenapa saya nak fokus pada kemungkinan paling buruk ?

Sebab utamanya adalah, untuk menjadikan perancangan dan persediaan anda lebih baik dan rapi.

Dalam kajian yang dilakukan yang saya baca dari HBR – Harvard Business Review, antara sebab utama orang gagal merancang dengan baik adalah disebabkan tidak pertimbangkan kemungkinan paling teruk dalam pelan tindakannya.

Jadi selepas ini, apa kata anda pertimbangkan kemungkinan paling teruk yang akan berlaku jika anda berhenti kerja dan berniaga.

Ketika saya nak berhenti kerja dan nak jadi usahawan sepenuh asa dahulu, saya bayangkan perkara ini seperti berikut;

  • Bisnes gagal menjana pendapatan dan saya tak dapat gaji untuk sara diri dan keluarga
  • Akibat dari itu, saya kena hamput terutamanya dari keluarga sendiri dan paling teruk dari anak dan isteri.
  • Lebih teruk lagi, isteri lari bawa anak-anak tinggalkan saya terkontang kanting seorang diri.
  • Kesannya adalah saya hilang maruah dan orang akan pandang serong di belakang saya.

Itu antara senario yang saya bayangkan. Agak ngeri bukan !

Bila jadi macam tu, agaknya apa yang akan saya buat ?

Masa itu, jawapan yang saya beri untuk pujuk hati adalah, jika semua itu berlaku, saya akan bungkus dan balik kampung duduk dengan mak dan mula membina semula kehidupan untuk naik ke atas. Jika semuanya pulih, ekonomi diri ok semula, sekurang-kurangnya, anak-anak akan sudi berhubung dengan saya semula.

Bila itu yang saya bayangkan, maka tidak terasa teruk sangat untuk menghadapinya. Ia membatkan saya bersedia untuk mengambil segala risiko yang berkemungkinan akan berlaku. Maka saya teruskan saja hasrat dan terjun berniaga.

Sebab utama yang menjatuhkan anda kebawah

Saya ulang semula apa yang anda dapat hasil berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa.

Pertamanya kebebasan untuk mengejar impian yang lagit sahaja menjadi batasnya.

Keduanya adalah tanggung jawab penuh untuk melakukan apa yang perlu untuk pastikan anda berjaya. Tak ada lagi orang lain yang akan bantu, berikan motivasi dan membuatkan anda bergerak untuk buat kerja. Anda dah jadi boss besar yang tak ada orang lain lagi nak berikan perintah itu dan ini.

Kat situlah perangkap yang paling besar sebenarnya.

Masalah besar yang ramai terperangkap adalah bila dia bebas nak buat apa saja, biasanya, usahawan akan buat apa yang dia suka sahaja, yang datang melintas kat depannya.

Melayari internet berjam-jam, main FB berjam-jam, bersembang kat kedai kopi berjam-jam, berikan tumpuan kerja dalam perniagaan yang dia lakukan, hanya pada perkara yang dia suka sahaja. Jika dia suka repair kereta, dia hanya akan fokus pada kerja repair, kalau dia suka buat grafik, berjam-jam masa akan dihabiskan untuk melayan kerja grafiknya. Dan begitulah seterusnya bergantung pada jenis perniagaan yang dia usahakan.

Apa yang ramai tak sedar, bila dia jadi usahawan, dia perlu buat banyak perkara besar dan penting untuk menjayakan perniagaannya. Biasanya hanya sedikit daripada urusan penting itu yang usahawan suka buat dan kebanyakannya dia tak suka buat dan meluat nak cuba buatpun.

Sebab itu ramai usahawan yang bila berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa, tak buat akaun, tak buat pemasaran, tak merancang dan banyak lagi urusan penting lain untuk memastikan bisnes berjaya.

Sebab semua kerja itu dia tak suka dan dia meluat nak lakukannya.

Jika anda juga jadi begitu, tak perlu risau sebab anda normal sepeti kebanyakan orang lain. Bukan semua orang ada kelebihan dan keupayaan untuk paksa diri secara automatik melakukan semua kerja penting samada dia suka atau tidak suka.

Saya juga hadapi masalah yang sama. Masalah itu masih ada sampai sekarang, cumanya, ia berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit.

Untuk pastikan kejayaan, anda perlu belajar untuk menjadikan sikap buat kesemua kerja yang penting, bagi menjayakan bisnes, samada anda suka atau tidak suka.

Ia perlukan usaha yang bijak dan bukannya bergantung hanya pada motivasi sahaja. Motivasi akan naik dan turun. Malah naik sekejap sahaja dan kemudian turun semula dalam jangka waktu yang lama.

Nanti akan saya kongsikan teknik macam mana nak pastikan anda mampu buat kesemua urusan penting samada suka atau tidak suka, bagi menjayakan perniagaan anda.

Total
30
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

  1. Assalamualaikum.
    Artikel yang amatlah menarik. Berhenti kerja cari madu buang racun jauh2. Madu kan bagus baik untuk kesihatan. Cari lah madu asli.. dapatkan mentor yang terbaik. Rancangan perniagaan yang rapi.. keputusan hidup yang mapan..
    Tutup rapat rapat lantai yang bocoq tu. Aim hi over the sky… at least jatuh pun dah ada tempat nak dituju. Pls.. tunjuk ajar ku sifu..
    Wassalam.

  2. Lantai yang terbuka luas. Bila berniaga sendiri semua tanggungjawab terletak pada bahu kita. Apa2 masalah berkaitan perniagaan kita yang perlu selesaikan.Thanks admin for sharing. membuka mata untuk semua, wake up call jangan sentiasa pandang melangit, sediakan juga backup plan untuk lantai yang terbuka luas 🙂

  3. BIla tengok langit nampak cerah, bila tengok bumi nampak gelap. Takut bila nak bayangkan. Untuk permulaan, jadi usahawan full time sebenarnya lebih penat berbanding kerja makan gaji. Sebab semua benda kena buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge