Semalam saya dah berikan 2 panduan bagaimana anda boleh elakkan diri daripada berlakunya perniagaan tak menjadi apabila memulakan sesebuah perniagaan.

Sebagaimana yang dijanjikan semalam, saya tambah 3 lagi perkara penting, yang anda boleh lakukan, yang semuanya di bawah kawalan anda sendiri. (Sudah tentu dengan Izin Allah).

Saya ulang senaraikan perkara semalam yang perlu dilakukan untuk elak perniagaan tak menjadi:

  1. Buat perancangan
  2. Pilih lokasi

Jom kita lihat perkara no 3 yang anda perlu lakukan di bawah.

#3. Buat pemasaran berkesan elak perniagaan tak menjadi

Bagi anda yang sedang berniaga, cuba ambil masa sebentar dan tanya diri anda apakah aktiviti pemasaran yang telah dijalankan selama ini untuk membuka hijab yang menghalang antara perniagaan anda dan juga pelanggan sasaran?

Rasanya saya dah pernah tulis sedikit sebanyak berkenaan sebab apa kita perlu buat pemasaran. Tujuannya adalah untuk membuka pintu yang menghalang pemandangan antara perniagaan anda dan pelanggan anda.

Bayangkan ada seguni duit di sebelah bilik tempat anda tinggal sekarang. Mungkinkah anda dapat tahu kalau pintu bilik tersebut tidak pernah dibuka? sudah tentu anda tak akan tahu melainkan ada orang yang beri tahu.

Bila dah tahu, terpulanglah pada anda nak buat apa dengan duit tersebut… samada nak report balai, atau siasat siapa punya terpulanglah pada anda.

Ada usahawan yang tak buat perkara asas

Samalah juga jika anda buat perniagaan seorang diri di mana-mana saja dan hanya anda seorang saja yang tahu. Biasanya tak ada orang yang akan datang.

Kalau buka kedai pula dan tak ada papan tanda, tak ada cerita apa-apapun yang ketara boleh dilihat dan dibaca untuk membuatkan yang membaca faham apa kelebihan, apa perniagaan anda, tak ada orang juga yang pergi ke kedai itu.

Tapi malangnya, ada juga usahawan yang saya lawat premis perniagaan mereka tidak ada langsung menaikkan apa-apa signboard untuk tonjolkan perniagaan mereka. Dan mereka merintih mengadu perniagaan tak menjadi !.

Perhatikan setiap kali anda berjalan-jalan, semua saiz signboard perniagaan yang terpampang di semua kedai yang anda lihat. Semakin besar dan menonjol papan tanda perniagaan mereka, persepsi anda terhadap kemajuan perniagaan itu pasti akan semakin tinggi. Itu baru signboard.

Banyak lagi yang boleh dilakukan bagi merancakkan aktiviti pemasaran anda terutamanya aktiviti yang tak mahal dan boleh memberikan kesan positif.

Yang pentingnya, buat senarai idea pemasaran yang ada dalam kepala, kira kos, dapatkan maklumat atau ilmu untuk membuatkan ianya lebih baik dan seterusnya lakukan.

Kemudian pantau setiap perlaksanan idea tersebut akan tahap keberkesanannya. Pilih mana yang paling berkesan dan teruskan serta buat lagi pembaikan.

Apa yang dimaksudkan dengan berkesan adalah tahap pulangan setiap sen yang anda laburkan untuk menarik pelanggan. Kita akan lihat bab itu bila ada kesempatan nanti dilain artikel.

#4. Rekrut pekerja yang sesuai elak perniagaan tak menjadi

Ini satu perkara yang amat penting. Bila anda berniaga, lambat atau cepat, anda perlukan pekerja. Tak ada usahawan yang boleh buat perniagaan seorang diri, itu namanya kerja sendiri dan bukannya usahawan.

Doktor yang buka klinik persendirian yang buat kerja kedoktoran sendiripun akan perlukan kerani dan pembantu untuk menjalankan segala urusan perkhidmatannya.

Oleh itu, pastikan anda amat tegas, dan jelas dalam memilih pekerja yang sesuai. Jangan main tangkap muat begitu saja. Jangan kerana dia anak saudara anda dan dia tak ada kerja lalu anda ambil sebagai pekerja. Pastikan dia memenuhi kriteria pekerja yang boleh membantu anda mencapai Visi Perniagaan anda.

Ramai usahawan yang berjaya dalam perniagaan mereka dibantu oleh faktor memilih para pekerja awal yang mantap. Mereka buat pilihan yang betul kerana mereka tahu hala tuju perniagaan mereka, maka kriteria pekerja yang sesuai dirangka terlebih dulu.

Ingat petua penting ini,

“Ambil masa untuk rekrut pekerja sesuai, dan jangan lengahkan masa buang pekerja yang tak sesuai !”

#5. Pilih kerja yang penting saja dan elak buat semua sendiri

Apakah kerja yang benar-benar mendatangkan hasil yang maksimum dalam perniagaan anda dari segi masa dan keuntungan. Pilihkan kerja tersebut kerana sudah tentu ianya adalah kemahiran anda yang membezakan anda dengan orang lain.

Selain daripada itu, outsource saja pada usahawan lain. Jangan nak buat semua kerja sendiri kerana anda akan banyak membuang masa dan hasil kerja tidak setara mana.

Kerja seperti cuci pejabat, sapu sampah, bersihkan stor hantar surat dan lain-lain seumpamanya, jika tidak memberikan keuntungan dan bukanlah kecekapan anda elok ditinggalkan saja pada orang lain yang lebih cekap melakukannya.

Mungkin ada cekap merancang dan membuat strategi tapi lemah dalam bab perlaksanaan. Oleh itu tumpukan kebanakan masa anda untuk kerja merancang dan merangka strategi dan bila masuk urusan perlaksanaan, cari mereka yang jauh lebih hebat daripada anda.

Demikianlah serba sedikit perkongsian dalam bab mengelak perniagaan tak menjadi yang semua usahawan boleh lakukan sendiri segera dan sepanjang masa. Moga ada manfaatnya

Total
7
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge