Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Cambridge, tabiat terhadap duit mula terbentuk pada kanak-kanak seawal umur 7 tahun.

Ertinya, masuk umur 7 tahun anak-anak kita dah mula membentuk sikap pegangan mereka atau tabiat terhadap duit. Sudah tentu tabiat tetang duit yang mereka bentuk itu diserap secra tidak disedari daripada pengalaman mereka melihat amalan ibubapa.

Jadi anda yang ada anak-anak yang masih kecil perlu ambil berat tentang kefahaman anak-anak terhadap duit. Paling utama, jangan tunjukkan amalan yang salah terhadap amalan pengurusan duit ini.

Apa yang saya faham pasal duit masa kecik

Seingat saya masa kecik-kecik dulu, orang tua tak sempat nak ajar pasal duitpun. Nak ajar macam mana, duit tak pernah ada lebihpun. Kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kalau ada rezki lebih, kami makan lebih dan kalau kurung, redo saja dengan apa yang ada.

Apa yang saya faham tentang duit masa kecik dulu adalah dengan ada duit anda dapat membeli barang. Jadi kalau nak beli apa-apa kena sediakan duit. Orang tua tak pulak ajar macam mana nak cari duit.

Mereka juga tak ajar pasal kena simpan duit.

Jadi saya ambil sikap, kalau ada duit kena perabih. Itulah yang saya lihat amalan orang tua. Tanpa saya sedari orang tua buat macam tu sebab duit yang ada memang lansung tak pernah mencukupi. Nak sediakan barang asas saja kadang kala ada kadang kala tak ada.

Tapi nasib baik masa kecik dulu, tanah Tok kat Kubang Semang masa itu tak ada siapa lagi tinggal ada banyak pokok buah durian. Bila musim buah, saya kerap pergi tengok kalau-kalau ada yang luruh.

Ada masanya banyak, ada masanya sikit. Setelah dibedak oleh ayah saudara masa tu yang kerap juga pergi tengok, saya akan bawa balik panggu kami ke rumah. Biasanya separuh jalan ketika lalu kat Ban Busuk, terserampak dengan pekerja majlis yang sedang bersihkan parit di waktu pagi.

Bila tengok saya tanggung banyak buah durian yang elok-elok, mereka tawarkan untuk beli sebiji dua. Saya suruh depa pilih dan ikut suka nak bagi berapa ringgit. Dapatlah saya 4 atau 5 ringgi masa tu yang masuk dalam poket. Saya buat diam tak bagi tahu sesiapa dan bawak balik bakinya ke rumah.

Itu siri pembelajaran awal saya pasal keusahawanan. Macam mana nak buat duit. Tapi agak malang masa itu, saya hanya faham bahawa duit yang ada perlu dihabiskan dengan berbelanja. Jadi perlu ajar anak-anak kita 3 perkara berikut sejak mereka kecil.

#1. Ajar anak-anak pasal keusahawanan

Kat Malaysia, lebih 90% daripada orang kita makan gaji. Kalau ikut kajian antarabangsa, jumlah usahawan yang berniaga kat negara kita hanya dalam lingkungan 4% ke 5% sahaja. Bukan disebabkan tak ada baka berniaga, tapi sistem pendidikan memang kearah nak jadikan rakyatnya pekerja sahaja.

Jadi kita perlu dedahkan anak-anak sejak awal bahawa dia sentiasa boleh buat duit menjual barang-barangnya, yang dia rasa ada permintaan dan dia pulak dah tak suka sangat dengan barang tersebut.

Kalau tengok anak-anak cenderung atau bijak pada sesuatu perkara, galakkan mereka cari jalan bagaimana nak buat perkara yang mereka minat itu jadi duit. Galakkan mereka berniaga dan biarkan mereka hadapi kegagalan dalam percubaan niaga mereka itu. Besar faedahnya bila dah dapat hadapi kegagalan dalam bisnes dari awal.

#2. Ajar anak-anak pasal kewajiban menabung

Saya rasa bab perlu menabung ini memang dah amat terkenal digalakkan oleh semua orang. Malah kat sekolahpun para cikgu selalu juga ajar anak-anak murid mereka pada menabung. Tapi entah apa pasal ianya tak menjadi sangat.

Tabiat belasah habiskan duit yang ada dalam tangan sentiasa menjadi pilihan. Mungkin kita hanya galakkan sahaja. Tapi tidak jadikan amalan menyimpan itu sebagai satu kewajiban. Ertinya kena paksa dan jangan jadikan amalan menabung itu satu pilihan.

Bila dah terpaksa, mereka akan membesar dengan satu tabiat perlu menabung walau banyak manapun duit yang ada dalam tangan. Mereka tak akan habiskan sebab dah jadi kebiasaan wajib menyimpan sebahagian duit yang mereka dapat.

#3. Ajar anak-anak pasal pelaburan

Mungkin kita anggap pelaburan itu sesuatu yang sukar. Sebab itu kita sendiri tak mahu nak cuba ambil faham. Jangan sampai kita anggap macam tu dan tak cuba nak berusaha untuk fahamkan anak-anak.

Perah otak sikit cari maklumat yang mudah dan cuba kasi anak-anak faham apa itu pelaburan. Contoh paling mudah adalah ajar-ajar anak-anak rebut peluang beli barang yang jatuh harganya, simpan sekejap dan jual bila harganya naik semula. Itu contoh pelaburan mudah yang senang nak faham.

Begitu juga bila anda buat sesuatu atau beli sesuatu, terangkan pada anak-anak kenapa anda buat macam itu. Biasanya anda laburkan masa dan usaha untukmendapat labanya di satu masa terdekat nanti. Itu juga satu jenis pelaburan mudah.

Paling penting pasal duit

Apa yang paling penting ada asas adalah pastikan anda sentiasa ingatkan anak-anak bahawa jangan sesekali belanja lebih daripada apa yang mereka dapat. Itu asas mudah yang masih ramai gagal amalkannya.

Ajar anak-anak tahan emosi untuk membeli sampai habis duit. Sabar dan tunggu bila mampu sahaja. Dan mampu itu bermaksud, belanja mesti tidak lebih dari apa yang ada. Duit hanyalah alat perantaraan untuk mendapatkan sesuatu sahaja. Ada banyak lagi cara untuk dapatkan sesuatu selain duit. Asalkan halal, boleh saja.

Yang lebih penting dari duit adalah kesihatan, ketenangan, keluarga, kebebasan, kasih sayang dan lain lagi seumpamanya.

Apa yang anda ajar anak-anak pasal duit?

Total
19
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Terima kasih Saudara shubhi.. Lama jgk saya ikuti artikel hidup ringkas..banyak perkongsian ilmu,pengalaman,maklumat yang boleh di jadikan panduan serta ikutan kepada para pembaca..Kali pertama komen..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge