asas pemasaran dan jualan

Aku ada produk bagus, tapi kenapa tak ada orang yang nak beli ?

Ini salah satu soalan yang paling berpuaka yang sedang membingungkan ramai usahawan di luar sana. Samada anda usahawan yang jalankan perniagaan secara online atau usahawan yang berniaga secara offline, soalan ini kerap kali menghantui fikiran.

Soalan yang sama biasanya menghantui para usahawan yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Bergantung pada untung nasib usahawan itu, ada kalanya usahawan terjun mula berniaga, terus saja produk bagus itu mendapat sambutan. Ini biasanya berlaku pada mereka yang jalankan perniagaan secara terus offline seperti buka meja di pasar malam atau di tepi jalan.

Sebaliknya, usahawan yang mula jalankan perniagaan secara online biasa menghadapi masalah ini. Berbulan-bulan buat promosi dalam talian tetapi satu jualanpun tak dapat dicipta. Keadaan ini memang amat mendukacitakan, apatah lagi bila lihat kawan-kawan usahawan lain update dalam FB kononnya perniagaan onlinenya tak menang tangan melayan pembeli.

Kenapa produk bagus tapi orang tak beli

Jika anda sedang hadapi masalah yang sama, berikut saya berikan sedikit panduan, konsep perniagaan yang perlu difahami untuk mencatatkan jualan pertama anda secepat mungkin.

Ada beberapa sebab kenapa produk bagus anda itu tidak mencatatkan jualan sebagaimana yang anda jangkakan;

  1. Orang tak tahu anda wujud – Ini isu utama yang membuatkan produk anda tidak dibeli oleh orang. Logik bukan !, macam mana orang nak beli kalau mereka tak tahu anda wujud ?
    • Sebab itu biasanya peniaga di tepi jalan atau di pasar malam lebih mudah mencatatkan jualan pertama mereka. Tambahan pula jika perniagaan itu jelas dan mudah dikenal pasti seperti perniagaan makanan atau minuman. Buka saja tepi jalan, mereka yang lalu lalang kat situ dah tahu apa yang anda buat. Tinggal nak buat keputusan sahaja samada nak berhenti singgah beli atau tidak.
    • Jika anda buat perniagaan online, ini jauh berbeza. Apatah lagi orang tak kenal siapa dan apa yang anda buat. Kalau kawan yang dah kenal, takkan nak beli secara online jugak, lebih mudah beli terus pada anda. Jadi sasaran utama anda sebenarnya adalah mereka yang anda tak kenal.
    • Oleh itu, pastikan anda buat pemasaran pada seramai mungkin orang dengan matlamat memberi tahu akan kewujudan dan apa yang anda buat.
  2. Orang tahu anda wujud tapi tak paham nilai yang ditawarkan – Bila dah pasarkan produk bagus anda itu di group atau tempat yang ramai orang dalam Fb umpamanya, akan ada orang yang dah mula sedar kewujudan anda. Tapi ramai juga yang masih tak mencatatkan apa-apa jualan, kenapa ?
    • Sebab utama berlaku begini adalah kerana orang tak faham apa yang anda tawarkan. Apa masalah yang anda selesaikan. Penyampaian anda amat buruk, tidak menarik dan membosankan membuatkan orang bukannya faham nilai tawaran, sebaliknya mereka jadi meluat dan tak sudi baca untuk lebih tahu.
    • Pastikan anda jelas apa yang ditawarkan. Apa masalah yang diselesaikan. Sampaikan dengan baik, ringkas dan padat serta menarik perhatian. Tips utama untuk menarik perhatian adalah dengan memilih ayat yang menyentuh mereka yang anda sasarkan, dan bukannya syok sendiri cerita tentang anda atau perniagaan anda.
    • Satu lagi sebab orang tak faham adalah apabila anda cuba jual berbagai produk dalam satu iklan atau promosi. Bila dah banyak sangat, penerangan akan jadi panjang, dan pengguna terpaksa buat pilihan. Biasanya otak kita akan kecut bila terpaksa buat perbandingan banyak produk untuk buat keputusan.
    • Penerangan yang panjang juga satu lagi masalah yang besar, apatah lagi jika anda gagal menarik perhatian mereka pada ayat pertama di atas sekali ayat promosi anda tersebut. Bila dia tengok penerangannya pula macam buku novel, mereka akan terus skip.
  3. Orang tahu, orang faham, tapi tidak memerlukan – Kalau anda dah buat promosi, terangkan dengan baik sampai budak darjah satupun faham, tetapi masih tak beli juga, sudah tentu disebabkan mereka tidak memerlukan produk yang anda tawarkan itu.
    • Oleh itu pastikan anda jelas dengan golongan sasaran terhadap pengguna produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Jika anda jual produk kurus badan pada ahli sukan, mereka tidak perlukan produk itu. Jadi janganlah pilih group yang ada kaitan dengan aktiviti kesukanan, majoriti mereka tak perlukan produk kurus badan. Jangan juga pasarkan dalam group penggemar hiking, lagilah tak jalan.
    • Fikirkan siapa yang memang perlukan produk atau khidmat anda dan fikirkan dalam kumpulan mana biasanya mereka berkumpul, aktiviti apa yang biasanya mereka sertai. Bila dah jumpa, kat situlah pelanggan sasaran anda.
  4. Orang tahu, faham, perlu tapi tak setuju dengan harga – Ini juga satu masalah yang paling akhir yang boleh halang berlakunya jualan.
    • Ertinya nilai yang ditawarkan tidak cukup menarik untuk membuatkan pelanggan sasaran anda itu keluarkan wang. Mereka rasa terlalu mahal.
    • Biasanya mahal atau murah bergantung pada aktiviti perbandingan. Buat sedikit kajian perbandingan harga dengan produk pesaing anda. Samada pesaing secara terus atau pesaing secara tidak lansung.
    • Bandingkan secara terperinci berdasarkan nilai yang ditawarkan termasuklah nilai kegunaan dan juga nilai emosi atau status antara penggunaan produk anda berbanding produk pesaing.

Apa yang saya kongsikan di atas tadi adalah asas pemasaran dan jualan untuk anda fikirkan dalam mencari jawapan kenapa produk bagus anda itu tidak mencatatkan sebarang jualan.

Jadilah seorang yang kreatif dan peka kepada hasil yang dicatatkan terhadap segala cubaan yang anda lakukan.

Tiada formula mudah untuk membuatkan anda berjaya pasarkan dan jual produk bagus anda itu selain daripada usaha dan terus belajar setiap pergerakan.

Selamat mencuba !

Total
38
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge