failureNampaknya artikel yang banyak ditulis semenjak dua menjak ini banyak berkisar tentang masalah perniagaan gagal. Tapi jangan risau, saya bukannya maksudkan bahawa para pembaca di blog ini ada banyak potensi untuk gagal. Bukan macam tu…

Tapi sekadar untuk memberikan maklumat mana satu jalan yang salah yang para pembaca usahawan perlu elakkan diri. Jika anda tak tahu mana satu jalan yang betul, cara terbaik untuk menuju jalan yang betul adalah dengan mengelakkan jalan yang salah sebanyak mungkin, betul tak?

Ada banyak sebab sebenarnya yang boleh membuatkan perniagaan kita gagal. Secara umumnya ia terbahagi kepada dua faktor:

  1. Faktor diluar kawalan – Ini tak ada siapa yang boleh kawal. Contohnya seperti kejadian malapetaka ribut taufan dan sebagainya adalah diluar kawalan kita. Berlaku perang di tempat perniagaan kita juga tak boleh buat apa-apa. Begitu juga jika berlaku kemelesetan ekonomi di mana ramai tak ada kerja dan semua orang berjimat cermat, adalah diluar kawalan kita. Dan biasanya inilah yang usahawan jadikan alasan bila dia gagal. Nak bagi tahu yang dia betul jugak ler tu agaknya !
  2. Faktor yang boleh dikawal – Inilah faktor yang kita nak lihat selepas ini. Rata-rata faktor yang ada di bawah kawalan kita ini sering dipandang sepi dan tidak diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan serius.

Berikut saya kongsikan 5 perkara yang anda sendiri boleh buat untuk elakkan perniagaan daripada mengalami kegagalan.

#1. Buat perancangan dan elak perniagaan gagal

Malas nak ulang ayat buat perancangan ini sebab semua orang tahu dan semua orang suka ulang sebut bahawa

” Gagal merancang bermakna anda merancang untuk gagal “

Tapi peliknya betapa ramai para usahawan yang buat kerja hentam keromo main redah ikut kekuatan daya hafalan jalankan perniagaan begitu saja tanpa merancang.

Setiap kali disebut perkara ini akan ada soalan keluar bagaimana nak merancang?

Bila saya tanya berapa hasil jualan anda 3 bulan lepas, anda akan tersipu-sipu malu tak tahu nak jawab. ” Tak ingat ler…”. Itu belum tanya lagi berapa kos perbelanjaan perniagaan anda 3 bulan lepas, kalau hasil jualan tak tahu, apatah lagi jumlah perbelanjaan.

Bagaimana nak merancang kalau anda tak tahu di mana kedudukan anda sekarang? jadi perkara asas untuk membuat perancangan adalah dengan mengetahui kedudukan diri.

Kalau nak minta panduan bagaimana nak pergi ke KLCC, anda perlu berutahu saya terlebih dahulu di mana anda berada sekarang. Jangan main tanya dan minta panduan pergi KLCC tapi kat mana duduk saya tak tahu punca… jem nak jawab begitu.

Tapi yang seronoknya, bila ditanya apa hasrat anda untuk perniagaan anda sekarang, akan dijawab, ” nak tingkatkan jualan…”, hasil jualan 3 bulan lepas pun tak tau, nak tingkatkan jualan konon? kamu tahu ke apa yang kamu cakap nih…?

#2. Pilih lokasi yang betul elak perniagaan gagal

Ini adalah di bawah kawalan anda jikalau masih belum jalankan perniagaan. Tapi kalau dah jalankan, dan terbukti lokasi itu tidak berapa mujarab, maka jadikan pindah lokasi sebagai satu perancangan anda segera.

Buat perancangan bagaimana nak pindah ke satu lokasi yang jauh lebih baik daripada sekarang dan laksanakan perancangan tersebut sebaik mungkin.

Biasa terjadi pada para usahawan yang tak berjaya adalah membiarkan keadaan semasa menentukan lokasi yang akan dipilihnya. Dia tidak mahu ambil tanggung jawab menentukan lokasi dan biarkan keadaan dirinya dan keadaan semasa buat keputusan untuknya.

Contohnya bila nak buka kedai makan.

Dia sendiri tahu lokasi terbaik adalah seperti mana yang dipilih oleh begitu banyak kedai mamak yang berjaya.

Kalau kedai melayu pilih lokasi yang sama begitu, juga akan berjaya jika faktor lain dianggap betul.

Tapi malangnya usahawan yang nak niaga kedai makan akan ambil kedai paling tercorot yang tak ada orang lalu lalang.

Kalau lalupun sukar nak singgah dan berbagai masalah lagi yang membuatkan lokasi itu tidak sesuai.

Bila ditanya kenapa pilih lokasi begitu?

Selamba saja jawab nak buat macam mana!, itu saja yang ada. Nak sewa depan sana tu tinggi sangat sewanya, tak mampu nak bayar.

Jadi dia biarkan keadaan membuat keputusan untuknya dan elakkan diri selesaikan masalah itu.

Pergilah cari sampai jumpa dan kalau tak cukup duit, pergilah minta pada orang yang ada duit sampai dapat. Usahalah terlebih dahulu.

Yang kamu kelam kabut sewa nak buka terus kedai makan dalam keadaan tahu kemungkinan banyak tak laku tu, nak buat apa…?

Kongsikan 3 lagi cara elak perniagaan gagal

Oklah! setakat itu terlebih dahulu buat kali ini. Saya akan sambung lagi 3 cara yang boleh anda sendiri lakukan untuk elak perniagaan gagal, selepas ini.

Nak sambung artikel ini sampai habis nanti akan jadi panjang sangat, bukan ramai yang rajin membaca.. tak gitu?

Kalau anda ada idea nak tambah terlebih dahulu atau nak teka apa lagi 3 perkara yang anda boleh buat sendiri untuk elak perniagaan gagal, bolehlah kongsikan dengan semua kat ruang komen di bawah tu.

Komenlah dan kongsikan buah fikiran anda dan janganlah kemut sangat idea dalam kepala tu.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge