Untuk anda yang sudah jalankan perniagaan, pengetahuan tentang 5 formula berkesan untuk tingkatkan perniagaan anda secara konsisten ini adalah perkara yang anda wajib tahu.

Anda mungkin dah banyak hadiri kursus-kursus perniagaan untuk mencari idea bagi memantapkan dan meningkatkan hasil perniagaan yang sedang dijalankan.

Bila dah banyak sangat ikuti kursus kadang kala, anda akan jadi keliru nak buat dan mulakan mana satu. Banyak sangat ideapun susah jugak!

Tapi kalau lansung tak ikuti mana-mana kursus, dan lansung tak luangkan masa untuk meningkatkan pengetahuan dalam dunia keusahawanan, sudah tentu lebih teruk lagi. Main redah buat itu dan ini tanpa bertanya kenapa anda buat semua itu kadangkala hanya membuang masa dan tenaga.

5 formula berkesan amat praktikal

Dalam 5 formula berkesan yang saya rangka bagi meningkatkan perniagaan anda ini, semuanya berkisar dari keseluruhan proses perniagaan yang anda jalankan dari awal sampai akhir.

Ia bermula daripada aktiviti pemasaran dan berakhir kepada pengurusan untung dan rugi perniagaan tersebut. Setiap proses ada matlamat spesifik yang perlu dicapai supaya perniagaan anda bergerak ke depan sedikit demi sedikit.

Jika anda faham kesemua 5 formula berkesan meningkatkan perniagaan ini, anda tak akan mudah terkeliru lagi dengan kerja apa yang perlu dibuat bagi meningkatkan perniagaan anda sampai bila-bila, Insyaallah!

Apa 5 formula berkesan itu?

Saya rasa, tentu anda dah mula tak sabar nak tahu, apa yang saya maksudkan dalam 5 formula berkesan untuk tingkatkan bisnes anda itu!.

Tapi saya tak akan kongsikannya kat sini.

Sebab saya akan anjurkan kursus atau workshop singkat dari pagi sampai petang untuk menerangkan secara terperinci setiap formula tersebut. Lebih mudah jika penerangan diberikan secara berdepan melalui lisan.

Anda akan mudah faham dan kalau tak faham boleh terus tanya sampai faham. Itu tak boleh dilakukan secara penerangan bertulis kat blog ini.

Selepas penerangan, kita boleh adakan kerja berkumpulan untuk memerah otak mencari idea perlaksanaan terhadap perniagaan yang sedang anda jalankan dengan menggunakan setiap formula yang diterangkan nanti.

Siapa yang sesuai ikuti workshop

Workshop ini hanya khas untuk anda yang sudah menjalankan perniagaan. Seeloknya perniagaan itu anda jalankan sepenuh masa dan bukannya part-time.

Bisnes yang anda jalankan pula biarlah bisnes yang konvensional dan bukannya bisnes MLM, dropship atau seumpamanya.

Kalau belum berniaga, workshop ini tidak sesuai untuk anda.

Maklumat workshop 5 formula berkesan

Berikut saya berikan maklumat lengkap berkenaan workshop 5 formula berkesan bagi meningkatkan perniagaan anda;

Bengkel akan di adakan pada hari Sabtu, 24 Feb 2018. Bermula dari pukul 8.30 pagi ke 5 petang

Bertempat di:

  • 35, Jalan Suria Puchong 4, 47110, Puchong, Selangor

Yuran penyertaan:

  • RM100 untuk seorang peserta
  • RM150 jika anda daftar untuk 2 orang peserta

Apa yang akan anda belajar:

  • Analisa ringkas status perniagaan anda
  • Ulangkaji 5 asas perniagaan
  • 5 formula berkesan tingkatkan bisnes
  • Brainstorm berkumpulan aplikasi 5 formula untuk perniagaan anda
  • Soal-jawab perkara berbangkit

Jangan lepaskan peluang untuk turut serta bersama menjayakan bengkel perniagaan ini. Tempat adalah terhad

DAFTAR SEGERA!

KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR

Total
23
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge