Berikut adalah tulisan yang disumbangkan oleh saudara Sabarul Azman. Beliau merupakan salah seorang Coach yang ada dalam Kumpulan HR Biz Coaching. Kita ikuti perkongsiannya di bawah:

Happy-School-Children-Playing-And-Looking-At-Camera

5 kumpulan mereka yang diperlukan oleh usahawan berjaya

Kenapa agaknya ramai orang yang teringin nak berhenti kerja, jalankan perniagaan dan masuk dalam kumpulan manusia yang bergelar usahawan?

Mungkin atas dasar kewangan.

Perniagaaan boleh juga difahami sebagai salah satu jalan untuk bebaskan diri dari kekangan kewangan.

Mungkin juga atas faktor kebebasan.

Boleh juga diambil pakai perniagaan itu sebagai salah satu cara untuk bebaskan diri daripada cengkaman majikan.

Bila berniaga, anda adalah “boss” kepada diri anda sendiri. Tiada lagi gangguan “boss” yang akan mengganggu percaturan masa anda.

Tiada juga kejutan dari Boss yang menyergah di saat anda termenung atau sedang rehat-rehat melayan perasaan.

Usahawan itu taukeh dan juga pekerja

Dalam semua kelebihan yang dinyatakan di atas, ada satu tanggung jawab yang besar, yang perlu anda sedar.

Anda perlu menjadi “pekerja” kepada diri anda sendiri.

Tidak ada sesiapa yang akan membantu menggerakkan anda untuk selesaikan segala masalah dan cabaran yang mendatang.

Pendek kata anda mengemudi segalanya sendiri dan bertanggunjawab dalam apa juga tindakan.

Itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kebebasan yang telah anda perolehi.

Saya pernah mengikuti satu kuliah khas yang diberikan oleh Prof Tariq Ramadan di UIA satu ketika dulu.

Dalam kuliah itu, Tariq Ramadan memberikan penerangan tentang Islam dan bagaimana orang Islam perlu hidup dalam suasana kepelbagaian agama dan budaya.

Antara perkara yang paling saya ingat, Prof Tariq Ramadan kata Islam itu memberikan kebebasan yang paling tinggi pada manusia.

Buatlah apa saja yang kamu suka.

Tapi ingat…!

Kebebasan tidak datang bersendirian. Dia datang bersama dengan tanggung jawab besar setimpal dengan kebebasan yang diberikan.

Setiap perkara yang dilakukan sentiasa ada timbal baliknya. Segala yang kita buat akan ada kesannya.

Oleh itu bersedialah untuk menerima kesan akibat daripada kebebasan yang telah dipergunakan.

Bebas adalah sama dengan bersedia untuk menerima tanggungjawab penuh !.

Di situlah cabaran sebenar apabila anda menjadi seorang usahawan. Bagaimana nak pastikan kita nikmati kebebasan dan dalam masa yang sama bertanggung jawab penuh.

Ia menjadi agak sukar kerana sifat manusia yang lemah, sering membuatkan diri berada dalam keadaan nganga dan leka.

5 golongan manusia yang anda perlu untuk berjaya

Keadaan leka dan nganga akan bertambah menjadi jadi apabila anda keseorangan. Sebab itu orang tua sering berpesan supaya jangan menjadi Kera Sumbang.

Oleh itu untuk atasi masalah tersebut, anda sentiasa memerlukan bantuan manusia lain dari masa ke semasa.

Dalam dunia keusahawanan, sebagai makhluk yang bermasyarakat, anda memerlukan 5 golongan manusia lain untuk sentiasa menyedarkan diri daripada leka dan nganga.

Berikut adalah 5 golongan mereka yang anda perlukan untuk menjadi usahawan berjaya dalam apa saja yang anda lakukan:

  1. Mentor – Untuk berjaya tanpa bantuan seorang mentor, anda perlukan masa yang amat lama. Jalan paling cepat untuk berjaya adalah dengan mengikuti jalan mereka yang telah berjaya. Kemudiannya ikut jalan mereka berulang-ulang tanpa jemu.
    • Ada usahawan yang suka layan rasa rendah diri mereka tak mahu merapatkan diri dengan usahawan lain yang dah berjaya. Kononnya segan dan rasa tak layak. Memang benar anda masih tak layak untuk berjaya selagi ada tersimpan perasaan tersebut. Oleh itu tolong buang rasa rendah diri itu dan berkawanlah dengan usahawan lain yang berjaya.
    • Anda juga boleh dapatkan mentor secara membaca tulisan atau kisah hidup usahawan yang berjaya. Ada banyak buku yang menceritakan kisah perjalanan mereka yang berjaya. Baca jangan berhenti walaupun anda dah berjaya mencapai apa yang anda mahu.
  2. Rakan Kongsi – Dalam apa saja perniagaan, anda pasti perlukan rakan kongsi. Mungkin rakan kongsi perniagaan anda atau mungkin rakan kongsi dari segi sokongan perniagaan seperti pembekal atau vendor.
    • Setiap usahawan sudah tentu terpaksa berurusan dengan beberapa usahawan lain yang boleh dimasukkan dalam kumpulan rakan kongsi ini. Ada rakan kongsi yang sumbangkan wang dan tenaga serta idea, ada rakan kongsi yang memberi sumbangan bekalan dan jaringan dan ada juga rakan kongsi yang menyumbang tenaga kerja dan kemahiran.
    • Paling penting sekali dalam menjalinkan perhubungan dengan semua ajenis rakan kongsi ini adalah kejujuran. Anda hormati mereka dan mereka juga menghormati anda.
    • Kerjasama dan perhubungan erat juga amat perlu antara sesama rakan kongsi. Tanpa kerjasama, kejayaan adalah terlalu sukar untuk dikecapi.
    • Rakan kongsi juga perlu saling bertolak ansur untuk pastikan semua pihak mendapat kebaikan yang setimpal dengan sumbanga dan kedudukannya.
  3. Pekerja yang sesuai – Tidak ada yang lebih penting dalam membina sebuah perniagaan yang berjaya selain daripada memilih dan merekrut kumpulan pekerja yang betul, sesuai dan boleh dipercayai.
    • Kebiasaannya, kumpulan 20 orang yang pertama dalam pekerja anda bakal menentukan tahap kejayaan perniagaan atau syarikat yang anda mahu bina dan kembangkan. Oleh itu berhati-hati dalam memilih para pekerja awal ini.
    • Ada usahawan yang kekal berniaga bertahun-tahun tanpa mempunyai kumpulan pekerja yang dipercayai. Usahawan sebegitu mungkin boleh buat duit, tapi dia sudah tentu tak boleh bina empayar perniagaannya untuk ditinggalkan pada jenerasi yang akan datang.
  4. Kawan – Untuk pastikan segala cabaran dapat diharungi, usahawan yang nak berjaya perlukan kumpulan sahabat yang ikhlas dan baik peribadi mereka.
    • Jika anda nak berjaya anda terpaksa memilih kawan yang mampu memberikan sumbangan.
    • Untuk tahu di mana kedudukan anda sekarang, anda hanya perlu melihat lingkungan kawan-kawan yang anda ada dan sering berhubung. Biasanya, anda adalah purata kepada kesemua kawan-kawan yang anda ada.
    • Jika anda pilih semua kawan yang suka buang masa, maka tidak dapat tidak anda akan cenderung kepada aktiviti membuang masa juga. Begitulah sebaliknya jika anda memlilh kawan-kawan yang pandai mengisi masa dengan perkara berfaedah, anda juga akan jadi pandai menggunakan masa.
    • Ada orang yang tak setuju bila saya sering sarankan agar sentiasa melihat dan memilih siapa kawan kita, kononnya dia tak suka pilih kawan. Itu satu sikap yang salah yang perlu dielakkan jika anda nak jadi usahawan yang berjaya.
  5. Keluarga – Samada anda sudah berumah tangga atau belum, keluarga memainkan peranan yang besar dalam membantu kejayaan anda.
    • Jika anda sudah mendirikan rumah tangga, sokongan dan sikap memahami anak dan isteri terlalu penting untuk pastikan anda dapat berfungsi dengan baik sebagai seorang usahawan.
    • Jika anda belum berumah tangga, ibu bapa dan saudara mara lain juga memainkan peranan penting untuk kejayaan anda.
    • Oleh itu amat penting untuk yakinkan keluarga anda agar percaya dengan keupayaan dan apa saja keputusan yang telah, sedang dan akan buat buat.

Adakah anda mempnyai kesemua kumpulan mereka yang saya senaraikan di atas?

Tanya sejujurnya pada diri anda sendiri sekarang.

Renungkan satu persatu dan jika belum ada atau rasa macam tak cukup, jangan risau. Mula lengkapkannya sekarang.

Sabarul Azman.

Nota: Anda juga boleh membuat sumbang artikel untuk diisikan dalam blog ini. Apa yang anda perlu buat hanyalah menulis satu artikel yang menarik sekurang-kurangnya 500 patah perkataan dan email ke mohdshubhi@gmail.com

 

Total
9
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. Perkongsian ini amat bermanfaat buat saya yang ingin menceburi bidang perniagaan. Semoga Tuan dimurahkan rezeki & beroleh keberkatan dunia akhirat. insyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge