5 langkah ringkas membina perniagaan

By | 20/06/2013
buat perniagaan

Bukan mudah untuk menjadikan perniagaan kita berjaya. Bukan mudah untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Itu satu fakta pahit yang perlu ditelan oleh semua orang yang ingin jadi usahawan. Kalau berniaga itu mudah dan berjaya itu datangnya pantas, sudah tentu dah ramai yang jadi usahawan berbanding makan gaji.

Namun begitu, untuk berjaya terutamanya bagi mereka yang benar-benar mahukannya adalah sesuatu yang boleh dicapai.

Untuk menjadi usahawan berjaya dan membina perniagaan yang berjaya tidak memerlukan anda menjadi seorang pakar ekonomi ataupun ahli sains.

Ringkasnya anda tak perlu menghafal atau memahami formula sukar dan panjang untuk menjayakan perniagaan anda dan menjadi usahawan berjaya.

Oleh itu, samada anda sedang menjalankan perniagaan kerepek, goreng pisang, nasi lemak, mee goreng, laksa, koew teaw kerang, cendol, ABC, burger, kacang rebus, jagung rebus, rojak buah, khidmat mengurut, nasi campur, jual t-shirt, jual kasut, baiki peti ais, baiki mesin basuh, baiki, mesin jahit, baiki komputer, baiki basikal, baiki motor…

…atau apa-apa saja perniagaan secara kecil-kecian…

Anda perlu berikan perhatian pada 5 perkara ringkas di bawah untuk membina perniagaan yang berjaya dan juga juga diri anda sendiri sebagai seorang usahawan yang berjaya:

  1. Melakarkan peta perniagaan. Mulakan dengan matlamat asas yang mudah beserta dengan perancangan ringkas untuk mencapainya. Ambil masa untuk gambarkan bagaimana rupanya perniagaan anda apabila matlamat dicapai.
  2. Uruskan perasaan takut. Semua orang punyai rasa takut terutamanya pada perkara buruk yang mungkin mendatang. Uruskan rasa takut itu dengan membuat persediaan yang sesuai bagi menghadapinya. Takut bukan untuk kita berpatah balik, sebaliknya mesej daripada minda separa sedar agar kita bersedia dan mencari jalan mengatasinya jika ia berlaku.
  3. Perbaiki kemahiran penggunaan masa. Semua orang sedikit sebanyak pasti menghadapi masalah dengan pengurusan masa. Terlalu banyak nak dilakukan dan masa tetap hanya 24 jam. Apa yang membezakan orang berjaya dengan tidak adalah kemahiran memilih apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu ditinggalkan.
  4. Pergunakan kekuatan dan kelemahan. Berikan tumpuan pada kerja yang ada cekap dan mahir. Gunakan kekuatan atau kelebihan anda sepenuhnya. Jangan buang masa mengatasi kelemahan yang ada. Dapatkan pertolongan orang lain bagi melaksanakan kerja yang anda lemah.
  5. Uruskan aliran wang anda. Ini musuh nombor satu yang banyak membunuh usahawan menjadi muflis dan gulung tikar. Mulakan dengan memahami perkara asas berkenaan akaun dan seterusnya buat perkara asas yang semua orang mampu fahami, duit masuk mesti lebih banyak daripada duit keluar”.
Soalan cepu emas:

“Saya hanya berniaga nasi lemak tepi jalan bagi menampung keperluan keluarga. Dah bertahun berniaga kecil-kecilan macam tu, takkan nak kena ada peta perniagaan kot?”

Jawapan:
Sebab itu perniagaan anda tak berubah dan anda masih macam itu juga walaupun dah bertahun berniaga.

Oleh itu cuba letakkan sasaran lebih tinggi, bagaimana keadaan perniagaan nasi lemak yang anda jalankan sekarang berubah dalam dalam tempoh 5 tahun lagi.

Insyallah, segalanya akan mula berubah!!!

Seperti biasa, melayari dunia keusahawanan merupakan perjalanan yang sunyi dan penuh cabaran.

Untuk mereka yang perlu bantuan dan bimbingan peribadi membina perniagaan, dapatkan perkhidmatan HR Biz Coaching yang saya tawarkan.

HR Biz Coaching disusun khas untuk membantu para usahawan secara peribadi memecahkan tembok yang menghalang usahawan meningkat naik ke atas.

Para Coach dari HR Biz Coaching akan membantu anda dan menjadi teman setia mendengar keluhan dan keriangan perjalanan perniagaan anda.

Dapatkan pakej HR Biz Coaching yang ditawarkan dengan Klik di sini.

16 thoughts on “5 langkah ringkas membina perniagaan

  1. Radziah(Yan)

    T.kasih diatas penjelasan tuan. Insya Allah segala nasihat akan dijadikan pedoman dan perangsang buat diri saya yg masih lagi baru dalam dunia perniagaan di tepi jalan.

    Reply
  2. Radziah (Yan)

    Saya ingin mendapat nasihat drp tuan..Saya baru memulakan perniagaan kecil2 an berniaga buah potong..saya telah mendaftar di ssm dan baru memohon lesen perniagaan.Adakah saya boleh berniaga sebelum lesen saya dikeluarkan? Mohon pencerahan daripada tuan..t.kasih.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Buat aja dahulu dan simpan semua maklumat permohonan sampai dapat kelak… teruskan berniaga dan sentiasa fikirkan macam mana nak tambah besarkan perniagaan tu. Moga berjaya…

      Reply
  3. daniel

    salam…saya baru mulakan perniagaan tepi jalan sebagai penjual laksa.Saya cuma nak tahu macam mana untuk saya hubungi pihak tuan untuk dapatkan paker HR coathing tu..harap dapat maklum balas .

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Saya lihat tuan dah daftarkan diri dalam sistem. Terima kasih dan insyaallah kami akan hubungi nanti

      Reply
  4. Anonymous

    Sy baru berjinak2 dlm perniagaan kecil2an…tba2 di tawarkan berniaga di karnival hari pemuafakatan..sy nak buat tp mcm x yakin plak sbb x ckup pkakas utk sy berniaga di luar..doakan sy brjaya ikhtiarkan apa yg diperlukan ye…

    Reply
  5. kakiblog

    saya memang beminat untuk menceburi perniagaan..masih bekerja untuk mengumpul modal..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge