5 syarikat paling tua di Bursa Saham !

By | 03/09/2013

Oldest Company in BursaMungkin ramai yang tak sedar ada banyak syarikat yang cukup tua yang telah lama wujud di negara kita sejak sebelum merdeka lagi. Syarikat yang dibicarakan di sini hanyalah yang besar dan tersenarai di Bursa Saham sahaja.

Sudah tentu yang tersenarai itu adalah syarikat yang besar dan telah melalui berbagai tranformasi yang berjaya mengekalkan mereka sehingga ke hari ini.

Memang ada banyak syarikat telah wujud di negara kita sejak sebelum merdeka, cumanya banyak yang kecundang dan mati separuh jalan sebelum sempat negara mengecapi kemerdekaan.

Mari kita lihat 5 syarikat paling tua yang wujud di senarai Bursa Saham kita sekarang:

  1. TAHPS Group – Nama asal syarikat paling tua di Bursa Saham ini adalah The Ayer Hitam Planting Syndicate Berhad. Ditubuhkan sejak tahun 1907 sebagai syarikat perladangan Pokok Getah. Kini dia telah mempelbagaikan perniagaannya kepada Kelapa Sawit dan juga Hartanah di samping masih mengekalkan perladangan Pokok Getah.
  2. United Malacca – Syarikat ini ditubuhkan oleh Tan Cheng Lock pada tahun 1910 sebagai syarikat perladangan getah bermula dengan keluasan pada ketika itu seluas 186 hektar. Ia merupakan syarikat nombor dua paling tua di Bursa Saham. Sekarang mereka mempunyai seluas 24,575 hektar ladang dengan nilai perdagangan sebanyak RM1.48 billion. Mereka masih kekal dalam industri perladangan getah dan dan juga Kelapa Sawit.
  3. Sime Darby – Tak perlu diperkenalkan lagi syarikat ini kerana kita semua dah tahu. Orang Inggeris yang menubuhkan syarikat perladangan ini pada tahun 1910. Orang yang menubuhkannya adalah William Middleton Sime, Henrry d’Esterre Darby dan juga Herbert Milford Darby. Asal penubuhannya adalah di Melaka dengan ladang seluas 12,437ekar. Kini Sime Darby berkembang dengan berbagai perniagaan termasuklah perladangan, hartanah dan juga automotive. Nilai pasarannya adalah RM56.31 billion.
  4. Asian Pac Holding – Starikat ini ditubuhkan pada tahun 20hb Jun 1913. Disenaraikan di Bursa pada tahun 1961. Sayarikat ini bermula sebagai sebuah syarikat insurans dan broker saham. Kini ia telah bertukar menjadi sebuah syarikat pelaburan dan pembinaan hartanah. Keuntungannya melonjak naik pada tahun 2012 sejak kejayaannya membina Kota Kinabalu Times Square. Pengerusi kepada syarikat ini ialan Tan Sri megat Najmuddin Megat Khas. Namun pemilik utamanya ialah Encik Mah Sau Cheong.
  5. Pinehill Pasific – Ditubuhkan pada tahun 1917 sebagai sebuah syarikat Kelapa Sawit dan pemprosesan minyak kelapa sawit. Kini masih mengekalkan perniagaan kelapa sawitnya dan ditambah dengan perniagaan hartanah.

Terdapat sebanyak 26 syarikat yang ditubuhkan pada dan juga sebelum tahun 1957 di Bursa Saham.

Untuk pengetahuan  semua, Sapura Resources ditubuhkan pada tahun 1957 oleh Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, seorang jurutera elektrik didikan British.

Ia bermula dengan nama Uniphone Telecommunication Berhad sebagai syarikat telekomunikasi dan masih wujud sehingga sekarang.

Itulah satu-satunya syarikat yang ditubuhkan oleh Bumiputra yang masih wujud dan semakin kukuh sehingga sekarang. Yang lainnya semua dimulakan samada oleh Mat Saleh atau Orang Cina.

Apa agaknya masalah orang kita Melayu ni agaknya ya?

23 thoughts on “5 syarikat paling tua di Bursa Saham !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge