Sepanjang pengalaman saya membimbing para usahawan selama ini ada beberapa perkara rutin asas usahawan yang ramai usahawan tak buat.

Perkara rutin asas usahawan ini amat penting untuk diamalkan oleh semua para usahawan dan juga bakal usahawan kalau anda semua mahu Berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Berikut saya senaraikan 5 rutin asas usahawan yang ramai tak buat sedangkan ianya bukanlah satu perkara sukar yang memerlukan ijazah atau diploma untuk diamalkan.

5 rutin asas usahawan

  1. Tak guna buku nota
    1. Terlalu ramai para usahawan yang hanya mengharapkan daya hafalan tinggi mereka untuk mengingati segala perkara penting. Sedangkan selama ini mereka tahu bahawa daya hafalan mereka taklah setinggi mana, tapi mereka tak cari cara mudah untuk membolehkan mereka tak mudah lupa.
    2. Ramai tahu bagaimana penggunaan buku nota atau diari merpakan amalan biasa orang-orang berjaya, tapi mereka tak mahu ikut cara terbukti berkesan tersebut.
    3. Zaman teknologi canggih inin mungkin anda boleh gunakan telefon pintar. Tapi saya lebih suka guna buku nota. Ia lebih mudah untuk digunakan buat contengan segala perancangan dan strategi perlaksanaan.
  2. Tak ada senarai tugasan utama yang perlu dilaksanakan
    1. Bila usahawan tak jadikan amalan guna buku nota untuk mencatit perkara penting, maka sudah tentu mereka tak ada senarai tugasan utama yang perlu mereka lakukan untuk meningkat dan menjayakan perniagaan mereka.
    2. Akibatnya mereka buat kerja apa saja yang melintas di depan secara kelam kabut. Mereka tak mampu tapis mana yang penting dan mana yang lebih penting.
    3. Anda perlu bertanya apakah tugasan paling penting yang saya perlu lakukan demi memajukan perniagaan sebagaimana yang saya mahu dan senaraikannya dan dijadikan panduan perlaksanaan kerja anda.
  3. Tak luangkan masa untuk merancang
    1. Kalau dah tak ada senarai tugasan utama dan tak bezakan antara penting dengan yang lebih penting, sudah tentu tak ada keperluan untuk luangkan masa untuk merancang.
    2. Semua tugasan hanya melayang dalam kepala secara rambang dan akhirnya kepala pening dan kerja menjadi terlalu berat dan meletihkan.
    3. Menggunakan keupayaan imaginasi dalaman otak untuk merancang biasanya tidak tepat. Cara terbaik adalah dengan leluahkannya keluar dan biasanya lebih cekap jika diterjemahkan keluar secara tersusun atas kertas.
  4. Tidak luangkan masa untuk semak status kedudukan
    1. Ini juga lanjutan daripada perkara di atas tadi. Macam mana nak semak status jika semu tugasan penting dan lebih penting tak terurus.
    2. Tak mudah untuk semak status dengan duduk tercegat berdiri dan mula berfikir apa status kedudukan perniagaan tanpa diterjemahkan semanya dalam kertas secara tersusun. Ini membuatkan status kedudukan tugasan tidak diuruskan dengan lancer dan sempurna.
    3. Jika diluahkan senarainya atas kertas segalanya akan nampak jelas dan kerja semakan lebih cekap dan terperinci.
  5. Tak tutup status wang keuar dan masuk
    1. Usahawan biasanya akan buat kerja dari pagi sampai petang dan bila habis, terus balik atau pergi minum dengan kawan-kawan.
    2. Mereka tak duduk sebentar untuk tutup status berapa wang masuk hari itu dan berapa wang keluar. Tugasan ini diabaikan hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan sampai makan tahun. Akhirnya tersedar akaun tidak diaudit selama dua atau tiga tahun.
    3. Dan lebih malang sekali tak tahu berapa jualan dan berapa belanja. Tak tahu juga samada perniagaan mendapat untung yang sepatutnya atau tidak dan tak tahu mana kerja berbaloi dan mana kerja sia-sia.
    4. Bila ditanya berapa hasil jualan bulan lepas mereka tak tahu. Berapa kos sebenar bulan lepas juga tak tahu. Apakah anda boleh katakan anda sedang berniaga jika jadi begitu?
  6. Tidak perdulikan aliran kewangan tunai perniagaan
    1. Ini perkara paling sedih yang ramai usahawan tak buat. Ia juga berpunca daripada sikap mengabaikan tugasa di atas tadi. Mungkin mereka rasa duduk di depan computer dan melihat aliran wang masuk dan keluar perniagaan adalah perkara tak berfaedah.
    2. Sedangkan itulah sebenarnya perkara paling mudah dan berkesan untuk mengetahui kedudukan kewangan perniagaan mereka. Tak ada gambaran sebenar kedudukan kewangan dapat dibaca hanya dengan melihat kerja atau dengan buat kerja kasar dalam perniagaan.
    3. Namun itulah yang usahawan pentingkan berbanding melihat kedudukan kewangan dari aliran tunia kewangan perniagaan.
    4. Jika aliran wang keluar masuk dilihat secara rutin setiap kali tutup akaun, kita akan mudah kesan kesilapan dan pembaziran. Kita juga akan tahu ada yang tak kena dengan cara kerja dilaksanakan.

Begitulah secara ringkas beberapa perkara asas yang ramai usahawan tak buat. Jika anda usahawan, apa yang saya sebutkan di atas bukanlah satu pilihan. Ia adalah kewajipan yang mesti diamalkan kalau nak berjaya.

Tapi, jika anda berniaga hanya untuk mendapatkan keletihan dan tekanan hidup, silalah abaikan 6 rutin asas yang saya sebutkan di atas. Dan tak payah terkejut nanti jika anda rasa telah buat satu kesilapan besar kerana berhenti kerja makan gaji dan berniaga.

Total
19
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge