kelebihan outsource pada syarikat baru

Artikel ini khas untuk anda yang baru saja mula berniaga dan baru saja tubuhkan syarikat baru.

Saya panggil syarikat baru untuk gantikan perkataan popular dalam Bahasa Inggeris, ‘Start-Up’. Maaf sebab tak cuba cari perkataan sebenar yang sesuai dalam bahasa kita bagi menggantikan perkataan start-up itu.

Orang kita sekarang ramai dah ‘galak’ nak jadi usahawan.

Jauh berbeza berbanding orang kita sebelum ini yang lebih selesa makan gaji. Mungkin faktor tekanan hidup membuatkan ramai mula beralih kepada perniagaan bagi menampung kehidupan yang semakin mencabar.

Makan gaji pula dah tak berapa nak selamat seperti zaman orang tua kita sebelum ini. Mudah saja untuk hilang kerja terutamanya bagi mereka yang kerja di syarikat swasta.

Satu lagi faktor yang menggalakkan ramai anak muda berniaga adalah disebabkan dorongan yang kuat daripada pihak kerajaan. Ada banyak kemudahan disediakan untuk rakyat Malaysia yang mahu jadi usahawan.

Akses untuk modal dalam bentuk Grant juga ada banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Kalau dapat grant, bersyukurlah. Sebab anda tak perlu bayar semula duit tersebut. Tak sama dengan berhutang dari bank. Samada bisnes tutup atau tidak, hutang wajib dibayar.

Syarikat baru dapat pinjaman besar

Samada anda berjaya dapatkan grant atau dapat pinjaman dari bank atau institusi kewangan lain, itu bukan lagi membawa maksud yang anda sudah berjaya.

Semua itu hanyalah satu permulaan. Perjalanan anda masih terlalu jauh untuk habiskan duit bergembira buat kenduri besar.

Saya cakap macam itu sebab dah lalui pengalaman dengan kawan-kawan usahawan otai yang banyak membimbing saya dulu.

Dari mereka, saya dapat tahu bahawa ramai orang kita satu ketika dahulu anggap mereka sudah berjaya sebaik saja permohonan pinjaman diluluskan. Samada bisnes mereka akan kekal, berjaya atau tidak sudah tidak difikirkan sangat.

Sampai sekarang sikap itu masih ada di kalangan segelintir usahawan yang percaya duit banyak adalah faktor penting dalam perniagaan. Golongan seperti itu anggap semua masalah selesai jika syarikat mereka diberikan wang. Sedangkan golongan yang mula berniaga dengan pinjaman besar ramai yang terperangkap dengan aktiviti korek lubang tutup lubang. Lubang semakin lama semakin besar. Tunggu masa saja nak meletup.

Wang bukan penentu kejayaan.

Yang nak pastikan samada perniagaan anda berjaya atau tidak adalah anda sendiri. Sudah tentu keupayaan menguruskan wang dengan baik adalah faktor yang jauh lebih penting dari punya wang yang banyak. Tak guna ada banyak duit kalau tak reti uruskannya.

Warren Buffet ada kata, kalau anda bijak, tak perlu duit pun untuk buat duit. Bukan bermaksud tak pakai duit, tapi bermaksud anda tak perlu ada duit dalam poket sendiri untuk jana duit dalam perniagaan.

Cuba pergi tanya orang yang dah lama berniaga dan dan pergi jauh dalam perniagaannya. Adakah RM1 juta itu banyak. Anda akan terkejut jika ramai yang akan jawab RM1 juta adalah terlalu sedikit. Sekejap saja boleh habis kalau keupayaan pengurusan jiwa dan perniagaan lemah.

Sebab itu lebih baik mantapkan keupayaan menguruskan duit terlebih dahulu ketika baru nak berniaga. Jangan letakkan tumpuan nak buat duit banyak masa awal-awal berniaga. Biar perniagaan kecil cukup makan, dan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ dengan matlamat membina kecekapan menguruskan duit.

Bina kecekapan itu dan biarkan perniagaan membesar perlahan-lahans ecara organik. Kalau nak bua pinjamanpun, buatlah pinjaman kecil dahulu. Bukan nak buat duit jadi kaya lagi. Setakat dapat pinjaman tekun RM50 ribu tu, anda tak boleh berangan-angan jadi jutawan besar dalam tempoh 3 tahun.

Tapi kalau anda tetapkan niat untuk mantapkan keupayaan menguruskan duit, insyaallah, satu masa nanti, impian anda nak jadi jutawan besar itu akan datang juga.

Panduan untuk syarikat baru

Saya ada jumpa ramai kawan-kawan usahawan yang buat silap besar ketika membina syarikat baru mereka. Antara kesilapan besar yang membuatkan syarikat baru hadapi masalah adalah cuba nak buat semua kerja sendiri.

Logik yang kebanyakan dari mereka pakai adalah, ‘kos akan jadi lebih rendah jika buat semua kerja sendiri. Itu logik yang dibuat hanya berdasarkan andaian. Sebenarnya sikap itu akan jadi apa yang orang putih sebut “counter-productive”.

Kesan dari buat semua sendiri, atas alasan nak kurangkan kos sebenarnya membawa kepada kesan sebaliknya. Kos melambung lebih tinggi, masa terbuang, dan kemungkinan untuk gagal semakin lama semakin jelas dan hampir. Tak percaya cuba buat semua sendiri masa mula berniaga. Bila dah berlaku nanti mai cerita kat saya betul atau tidak.

Panduan paling bijak yang saya sarankan pada anda semua yang ada syarikat baru, dan sedang sibuk membina perniagaan baru anda itu, adalah untuk ‘outsource’ sebanyak mungkin semua kerja yang perlu dilakukan.

Anda akan kata outsource akan membuatkan kos tinggi. Nanti syarikat baru anda tak boleh bat duit dengan banyak sebab untung jadi kecil. Nanti anda lambat kaya dan macammacam lagi ketakutan dan kerisauan.

Tak payah layan semua kerisauan itu. Macam yang saya kata kat atas tadi. Bukan masanya lagi anda dok fikir pasal nak jadi jutawan besar. Fasa awal adalah fasa untuk bela pokok yang baru ditanam itu supaya membesar dan tak mati kecut sebelum sempat berbuah.

Takkan baru ubah anak pokok rambutan dari polybag dah mula fikir nak petik buah, nak jual dan sedekah buah rambutan kat orang kot? Faham tak!

Saya berikan 6 kelebihan kenapa anda perlu banyakkan outsource di fasa awal syarikat baru anda kat bawah ini.

#1. Lebih mudah urus bajet duit

Macam yang saya sebut kat atas tadi. Sasarkan keupayaan menguruskan duit dengan bijak terlebih dahulu.

Bijak urus duit bukan bermakna kemut belanja duit. Tapi sebaliknya, bijak urus duit bermakna semua urusan duit keluar masuk anda adalah dalam kawalan.

Cara paling mudah untuk kawal duit adalah tahu dengan jelas bajet yang diperlukan setiap bulan sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun pertama syarikat baru anda itu.

Dan itu dapat dilakukan jika anda outsource sebanyak mungkin aktiviti syarikat.

Bila anda dapatkan bantuan samada dari pekerja free-lance atau dari vendor, anda boleh tahu kos tersebut secara jelas dan terkawal. Mereka akan kenakan jumlah kos yang tetap berdasarkan apa yang perlu mereka lakukan.

Dan vendor atau freelance tersebut memang dah cekap dan berpengalaman dalam pengurusan kos mereka sebab dah lama berniaga. Jadi kos yang mereka berikan biasanya tak lari jauh. Anda boleh belajar dengan melihat bagaimana mereka uruskan kerja yang diberikan dengan pantas dan berkesan.

Berbanding kalau anda buat sendiri. Dengan keadaan yang masih mangkaq bergetah dan mentah, tak ada kemahiran dan pengalaman, anda akan dapati kosnya akan melambung berganda-ganda tak terkawal. Ada saja yang silap dan ada saja kejutan datang ketuk pintu syarikat baru anda itu.

Akhirnya duit dalam akaun kering sedang satu kerjapun tak jalan.

Dengan outsource bajet anda adalah terkawal dan sentiasa dalam jangkaan. Lagi banyak anda outsour, lebih terkawal pengurusan bajet duit anda.

#2. Kos operasi lebih rendah

Antara masalah besar bagi syarikat baru yang mampu membuatkan gulung tikar adalah kos operasi dan kos tetap yang tinggi. Jika anda buat semua sendiri, kos tetap itu jadi wajib samada bisnes jalan atau tidak, samada cuti atau kerja. Dalam semua keadaan anda wajib bayar segala kos tetap tersebut.

Bila serahkan pada freelance atau vendor. Anda akan kurangkan kos sewa premis dan bayar hanya berdasarkan projek. Kalau cuti tak ada kos, kalau raya puasa cuti sebulan tak perlu keluarkan duit. Dan bila kerja habis juga anda tak perlu keluarkan duit.

Kalau semua buat sendiri, kerja dah habis, gaji nak kena bayar juga. Premis tak guna sebulan kena bayar sewa juga. Semua itu membuatkan duit anda habis tanpa disangka-sangka dan bisnes masih entah ke mana.

#3. Mudah membesar

Bila anda outsource pada orang lain atau sarikat lain. Keupayaan anda untuk mebesar bila bisnes rancak dan permintaan tinggi adalah amat mudah.

Tambah saja order pada vendor, semua akan diuruskan dengan lebih cekap dan pantas.

Anda tak perlu keluarkan duit untuk tambah lagi aset atau segala keperluan lain untuk urusan pembesaran perniagaan anda itu. Simpan duit untuk urusan lain yang lebih mendatangkan manfaat.

Tambah saja seorang dua pekerja untuk menyelia segala aktiviti yang semakin membesar itu. Dan keupayaan para pekerja anda dari segi pengurusan akan terbina secara organik dan teratur.

#4. Berdiri sama tinggi dengan syarikat besar

Akses terhadap pengalaman dan kemahiran yang anda ada dari vendor atau freelance adalah sama taraf dengan akses yang syarikat besar ada walalupun mungkin syarikat besar ada kumpulan mereka yang tersendiri.

Tambah pulak dengan keadaan sekarang yang media sosial banyak memainkan peranan dari segi pendedahan syarikat anda kepada pasaran, syarikat besar tak akan pandang ringan keupayaan anda untuk bersaing.

Samada dari segi kualiti produk atau pemasaran, anda ada peluang yang sama sahaja dengan syarikat lama atau yang besar lain untuk bersaing. Akan ada saja niche yang anda boleh selit yang syarikat besar terlepas pandang.

Lainlah jika anda mangkaq nak buat semua sendiri, tak ada orang nak pandang hasil produk anda itu. Malah mereka tak payah nak buang masa ambil tahu pasal anda sebab tak lama lagi tentu anda seali dengan syarikat akan terpadam dari pasaran.

#5. Segala kerja jadi lebih cekap

Dari segi kecekapan sudah tentu tak perlu diragukan lagi. Sebab anda gunakan tenaga mahir freelance dan vendor yang memang dah terbukti kecekapan mereka.

Bayaran berdasarkan projek juga membuatkan vendor atau frelance akan sentiasa siapkan kerja anda sebelum tarikh akhir. Ini untuk membolehkan mereka kejar projek baru pulak yang memang dah jadi kerja mereka sejak dahulu.

Bayangkan kalau anda buat semua sendiri. Kerja yang boleh vendor siapkan seminggu akan jadi 6 bulan. Silap hari bulan lansung tak siap-siap…!

Tapi perlu diingat!, jangan kemut nak bayar tinggi pada vendor atau frelance tu. Kalau anda bagi kacang, maka monyetlah yang anda dapat!

#6. Tumpu pada urusan yang anda cekap

Ada terlalu banyak kerja dan urusan yang perlu dilakukan dalam membina syarikat baru dan perniagaan baru. Tapi janganlah pula anda pergi belasah outsource semua kerja dan anda sendiri duduk kat rumah main FB. Mana boleh macam itu.

Saya hanya cadangkan untuk outsource kebanyakan kerja yang anda tak cekap saja. Dan anda sendiri lebih tahu kerja apa yang anda cekap dan apa yang tak cekap.

Bila kebanyakan kerja anda outsource, maka bolehlah anda berikan perhatian pada urusan yang memang anda sendiri cekap itu.

Jadi buatkah kerja yang anda cekap itu dan berikan tumpuan yang banyak terhadapnya dan sentiasa perbaiki lagi supaya anda jadi lebih cekap.

Ok!

Tamat kat sini!

Maaflah ya! panjang ler pula!

Opps! ada lagi nota: Ada sekali saya dihubungi oleh pembaca blog ini. Dia buat bisnes kerepek dan pening kepala tak ada duit nak beli mesin besar potong bahan mentahnya. Bisnesnya banyak permintaan dan dia perlu tambah pengeluaran. Saya kata kenapa nak pening. Pergi cari pengeluar kerepek lain yang ada mesin potong tu dan aoutsource semua kerja potong pada mereka… dia tersenyum busuk sebab tak sangka mudahnya nak selesaikan masalah tu…

Total
29
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Saya juga banyak terima tugasan outsource dari usahawan yang baru nak berkecimpung dalam bidang perniagaan.

    Selalunya tugasan yang saya dapat adalah dalam segmen pemasaran secara online. Online marketing tu pula sangat banyak yang perlu dilakukan, dan apa yang saya dapat katakan, kalau usahawan tu semua benda nak buat sendiri… mungkin tak terbuat.

    Kalau dapat buat sekalipun, hasilnya mungkin tak sebaik freelancer yang memang pakar dalam tugas atau bidang tersebut. Itu je la yang saya dapat share 🙂
    Xplorasi Destinasi recently posted…Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge