close1Berapa lama dah anda berniaga? setahun, dua tahun, tiga tahun, empat… lima?

Kalau perniagaan anda dah masuk tahun ke-6, syabas diucapkan!. Biasanya lebih separuh daripada perniagaan bungkus sebelum dapat meraikan ulang tahun perniagaan mereka yang ke-6.

Tapi ada satu lagi perkara menarik yang berlaku pada para usahawan yang menjalankan perniagaan di negara kita ini. Mereka mula berniaga dengan bermodalkan wang 10% dari sumber sendiri (pinjam emak, bapak, abang, kawan dan seumpamanya termasuk dalam sumber sendiri).

Duit sendiri 10%, hutang 90%

Lebihan 90% keperluan modal kewangan pula didapati melalui pinjaman. Ramai usahawan yang bernasib baik di negara kita kerana kerajaan sudi membantu mereka untuk menjadi penghutang yang tegar, dan para usahawan pula biasanya rasa bangga bila mereka mampu berhutang dengan banyak!.

Dengan sumber pinjaman dan bantuan orang sekeliling itu, biasanya mereka mampu hidup dalam jangkamasa yang agak lama. Duit banyak dan mereka ambil masa yang agak lama untuk menghabiskan kesemua duit itu. Di tambah pula dengan hasil dari perniagaan yang sedikit sebanyak membantu dalam menampung putaran atau kitaran wang berjalan.

Bila mereka terasa sedikit sesak, jualan merosot, kitaran wang mula mengecil dan seribu satu lagi masalah, maka mereka mula berusaha lagi untuk menambah hutang.

Apa nak susah, kerajaan banyak sedia berbagai jenis dana yang disokong dan dijamain oleh kerajaan sendiri bagi dibahagikan kepada para usahawan. Terutamanya mereka yang dah pernah mendapat hutang, untuk mendapat tambahan hutang lagi adalah lebih mudah.

Tak bungkus perniagaan sebab ada lifesupport

Asalkan perniagaan mereka membesar berbanding awal dulu, samada perniagaan itu mendatangkan keuntungan yang baik dan mampu berdikari bukanlah satu perkara penting dalam kebanyakan kriteria agensi kerajaan memberikan hutang (atau usahawan pandai tutup).

Jadi mereka mendapat lagi sejumlah hutang yang lebih banyak. Usahawan (dan pemberi hutang) ingat mereka mendapat tambahan hutang untuk majukan perniagaan. Tapi hakikat sebenarnya adalah mereka bergantung pada wang hutang itu sebagai ‘life support’ kesinambungan perniagaan mereka.

Maka kumpulan sebegitu biasanya masih hidup melepasi tempoh 5 tahun. Mereka hidup atas bantuan life support satu demi satu, dari jumlah oksigen yang sedikit dutambah sedikit semi sedikit.

Bila semua orang sedar, akhirnya life support dihentikan, maka menjunam jatuhlah perniagaan tersebut hancur berantakan dan akhirnya terpaksa dikebumikan tidak dapat diselamatkan lagi. Satu lagi perniagaan bungkus !!!.

Elakkan 6 sebab perniagaan bungkus

Cuba perhatikan senarai 6 perkara yang saya sebutkan di bawah ini. Elakkan sejak dari awal perniagaan walau apapun yang berlaku.

Kerana jika anda amalkan budaya 6 perkara di bawah ini, biasanya, kejadian perniagaan bungkus akan berlaku pada anda adalah amat tinggi.

  1. Harga merapu – saya dah buat satu artikle ringkas tentang harga sebelum ini. Baca dan cuba fahami apa yang nak disampaikan supaya anda selamat. Anda mesti tetapkan margin untung kasar perniagaan dan berusaha untuk mencapainya dengan apa cara sekalipun. Ia bakal menentukan perniagaan anda akan terus hidup dan maju atau tidak.
  2. Tiada polisi kredit – Ini juga saya dah tulis satu artikel khas tentangnya. Main beri saja hutang asalkan masa itu anda tengah modd baik. Kalau saudara mara tentu lagi cepat diberikan hutang. Kawan-kawan juga begitu. Alasannya adalah tak sampai hati (baik kononnya), dan paling parah lagi, tak ada had ler pulak… sudahlah hentikan dan tentukan polisi kredit anda. Hadkan jumlah hutang sebulan mesti tak lebih dari 3 orang atau tak lebih dari RM300, contohnya.
  3. Terlalu cepat besarkan perniagaan – Semua orang ingat perniagaan besar maka usahawan telah amat berjaya. Usahawan pula tak sabar nak tunjuk pada orang semua dia berjaya, lalu dibesarkan perniagaannya. Dua kalima lah tu. Yang pastinya, jika duit sendiri digunakan, dia mungkin tak ada kusyen kalau apa-apa berlaku. Dan kalau membesar dengan wang hutang, anda sendiri tahu bahawa ia bukanlah elok dibanggakan sangat. Lebih baik berniaga mee rebus tepi jalan semuanya cash dan tak ada satu senpun hutang dari bank.
  4. Banyak buat hutang – Ini semua dah tahu bukan satu sikap yang elok. Kalau membesar nak cepat, sedangkan yang sedang dijalankan mati segan hidup tak mahu, tentu akan berlaku dengan bantuan hutang, memang sengaja nak bungkuskan diri. Ada juga yang perniagaan tak besar-besar, hutangnya saja semakin besar. Macam saya cakap awal tadi, dia tak sedar hutang itu hanya alat bantuan pernafasannya saja. Lambat laun orang akan cabut juga bila dah sedar bau bangkai yang amat kuat.
  5. Tak bina rangkaian pembekal – Ini satu lagi sebab perniagaan akan bungkus. Main percaya satu saja pembekal dari hari pertama berniaga sampai sekarang. Ertinya dia tak pernah buat semakan harga barang mentah, dan tak pernah sedar berapa margin untung kasar perniagaannya. Lambat laun akan bungkus sebab perniagaan tidak kompetitif. Bukan perniagaan yang tak kompetitif sebenarnya, tetapi usahawan itulah yang tidak.
  6. Aktiviti pemasaran merapu – Tak perlu dihuraikan lagi kepentingan aktiviti pemasaran yang betul untuk majukan perniagaan. Semua orang bersetuju termasuklah usahawan yang sedang baca artikel ini. Tapi malangnya majoriti main harap nasib, pelanggan lalu dan masuk kedai saja. Kalau tak ada relaks dan balut rokok daun. Ada juga yang main harap kawan-kawan rekomen saja. Tiada aktiviti pemasaran yang tersusun dan diukur keberkesanannya setiap masa adalah antar punca utama perniagaan bungkus.

Oklah, setakat itu saja perkongsian kali ini. Kalau ada ayat laser tu harap jangan simpan dalam hati. Saya memang sering lepas cakap tak ada selindung. Biar pahit, asalkan ianya ubat.

Moga saya dan anda semua berusaha elakkan perniagaan bungkus dengan petua 6 perkara di atas. Baca, fikirkan dan cuba praktikkan segera. Moga berjaya.

Total
19
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge