kena sita pihak majlisDalam keadaan pendapatan yang tidak mencukupi sekarang ini, kita boleh lihat ramai orang yang mula berniaga di tepi jalan.

Antara masalah yang biasa dihadapi oleh para peniaga express, yang muncul tepi jalan, adalah kemunculan penguat kuasa majlis perbandaran yang terpaksa melaksanakan kerja yang diamanahkan kepada mereka.

Nak marahpun tak kena, sebab mereka juga makan gaji dan kena buat apa yang diamanahkan oleh majikan. Lagipun, konsep majlis perbandaran negara kita lebih kepada membenteras dengan jalan undang-undang.

Ini berbeza daripada contohnya negara jiran Thailand yang mana pihak majlis perbandaran mereka lebih fokus kepada membantu peniaga express ini berniaga secara betul dari segi undang-undang.

Ertinya, kat Thailand, jika pihak majlis terserempak anda berniaga macam tu, mereka akan menghampiri dan bantu memudahkan anda jadi peniaga yang sah. Mereka akan bimbing anda dapat lesen dan berikan jalan supaya perniagaan anda berjalan mengikut undang-undang. Tapi sudah tentu anda perlu ikut prosedure yang ada yang mungkin anda tidak faham selama ini.

Maklumat tersebut saya dapat dari rakan maya warganegara Malaysia yang berhijrah ke Thailand dan mula berniaga tepi jalan dan di pasar malam. Beliau maklumkan macam itulah dia mendapat layanan dari pihak penguatkuasa majlis masa mula terjun berniaga tanpa ada sebarang lesen. Hebat jika pihak majlis dapat buat perkara yang sama untuk rakyat Malaysia yang minat berniaga.

Untuk tidak tersasar dari maksud asal artikel ini, berikut saya kongsikan panduan bagaimana nak buat jika barang niaga anda kena sita oleh DBKL. Mungkin dengan majlis perbandaran lain lebih kurang sama saja.

Perkongsian ini saya dapatkan dariada tulisan peniaga Aiskrim Jang Fairuz. Saya akan kongsikan maklumat perniagaan beliau di akhir artikel ini nanti…

9 langkah hadapi barang perniagaan kena sita

Jika disita DBKL apa yang anda kena buat ?

  1. Lari ! –  Elak dari kena sita. Jika boleh lari awal, lari dulu. Kadang-kadang yang datang mula-mula ni nak bagi petunjuk awal suruh kita kemas barang dan segera cabut lari. Oleh itu, jika boleh, selamatkan barang, tutup sekejap dan cabut dulu. Bila dah reda nanti boleh berniaga semula.
  2. Bertenang – Bertenang, jangan menggelabah. Jangan bergaduh dan jangan melawan. Gunakan akal yang waras untuk selesaikan masalah. Gunakan kemahiran berkomunikasi terbaik untuk berunding dengan pegawai Majlis Bandaraya.
    • Jangan rasuah!, nanti jadi kes lain.
    • Dalam masa yang sama, jika ada staff, arahkan dia bungkus dan kemas apa yang patut, letak di satu tempat.
  3. Kenal pasti barangan anda – Mereka ni buat operasi bukan tempat anda sahaja. Mungkin ada 30 peniaga yang kena sita juga. Jadi wajib kenal pasti barang anda.
    • Untuk pengetahuan, biasanya mereka akan sita barang yang besar-besar sahaja. Macam penjual aiskrim, mereka akan ambil tong aiskrim sahaja. Barang-barang kecil lain seperti kon, scoop, payung dan lain-lain boleh simpan. Jika jual air milo di bawah khemah, biasanya mereka akan sita khemah dan tong milo sahaja.
    • Barang lain seperti cawan, air gula, plastik, meja dan seumpamanya, mereka tak ambil. Ikut cara kita berunding macam mana. Jika cakap elok-elok, mungkin 1 tong saja mereka ambil. khemah tak ambil.
    • Asasnya cakap baik-baik dan hormat pada tugas mereka.
  4. Pergi ke stor sitaan – Apabila sudah kena sita, biasanya mereka akan minta kad pengenalan towkey untuk urusan penguatkuasa. Selepas dia bagi semula IC, kena pergi ke stor sitaan.
    • Wajib pergi, jangan menangis lepas kena sita. TAK GUNA.
    • Bila dalam lori penguatkuasa barang kita akan bercampur dengan barang orang lain. Kerana itu kita wajib kenal pasti barang kita.
    • Bila sampai stor sitaan, ambil barang yang boleh diselamatkan lagi. Contohnya jika jual Aiskrim, sampai stor sitaan ambil aiskrim, masukkan dalam bekas lain. Jadi, tinggal tong kosong sahaja.
    • Ini pun kita kena pandai berunding dengan penguatkuasa dengan beradab dan sopan. Hormat mereka dan cakap elok-elok.
    • Dalam bab ini, ramai yang baut silap. Bila dah kena sita, tak pergi ke stor sitaan untuk ambil apa yang perlu ambil. Mereput la barang awak kat situ.
    • Sebagai contoh lagi, gerai durian kena sita dan kita tak datang pulak. Sedap lah diorang makan durian free !
  5. Nombor S.I.D – Bila dah kenal pasti barang apa yang kena sita, diorang akan bagi nombor SID. Nombor SID ni macam nombor kes gitu. Jika kena tangkap hari ahad, kena datang waktu bekerja untuk diorang bagi surat sita rasmi.
    • Barang sita akan kena tahan dalam 7 hari. Lepas 7 hari telefon ofis DBKL nanti diorang akan bagi tau step seterusnya.
    • Ini belum lagi dapat surat saman dan kompaun.
    • (Nota: Waktu tempoh barang kena sita dan masuk dalam, pesan otai yang dah lebih 30 kali kena sita cakap, teruskan berniaga macam biasa saja)
  6. Tunggu 7 hari – Bila dah datang waktu pejabat, nanti mereka akan bagi satu surat. Di dalam itu ada perincian maklumat seperti nama, IC, tarikh kejadian, lokasi kejadian, kesalahan, senarai barang yang disita dan nama pegawai yang bertanggungjawab. Lepas tunggu 7 hari barulah saman dan kompounakan dikeluarkan.
  7. Saman dan kompaun – Bila dah sampai 7 hari waktu bekerja telefon pejabat DBKL untuk dapatkan maklumat kemudian pergi ke pejabat. Mereka akan berikan jumlah kompaun yang perlu dibayar.
    • Bagamana kiraannya, saya tak pasti samada melalui item yang disita atau ada cara lain. Terakhir saya kena kompaun sita dengan DBKL adalah sebanyak Rm120.
    • Saya kena tangkap 3 kali dan kesemuanya kesalahan yang berbeza. Sekali tu motor pun masuk ke dalam dan jika nak tebus motor kena bawa geran original.
  8. Rayuan – Bila dah tahu jumlah saman yang perlu di bayar, boleh bayar terus di kaunter jika ada banyak duit dan tak nak buat rayuan. Tapi kalai nak buat rayuan, terus pergi ke HQ DBKL Jln Raja Laut. Ground Floor. Kat sana ada bilik rayuan. Masuk dalam tu buat lah muka kesian ke menangis ke macam mana cara runding yang terbaik.
    • Kali terakhir saya kena sita, setelah buat rayuan, dapatlah diskaun sebanyak 50%. Jadi kena bayar hanya RM60 sahaja.
  9. Tebus barang – Bila dah bayar kompaun, ambil salinan resit tadi dan pergi semula ke stor. Tunjukkan salinan resit tersebut pada staff di stor sitaan.
    • Ada lagi kos yg perlu dibayar iaitu kos upah simpan. Jumlahnya adalah sebanyak RM2 sehari(perlu semak semula jumlah ini).
    • Mereka akan bantu keluarkan barang anda. Barang anda akan dilabel mengikut nombor SID tadi. Pastikan ambil barang anda sahaja. Jangan ambil orang lain.
    • Untuk makluman, bagi warga asing, mereka tidak dibenarkan tebus barang.

Begitulah perkongsian serta 9 panduan yang anda perlu tahu jika barang perniagaan disita oleh BDKL. Tujuan artikel ini bukan untuk menggalakkan anda langgar undang-undang dan jalankan perniagaan ikut suka.

Tidak ada jalan paling baik untuk menjalankan perniagaan selain daripada mengikuti segala undang-undang yang telah digariskan oleh pihak yang berkuasa.

Kita hidup dalam negara yang mengamalkan demokrasi bukan bermakna boleh buat apa saja yang kita suka. Demokrasi ertinya mendapatkan persetujuan majoriti dalam menentukan undang-undang yang mahu dilaksanakan. Jika kebetulan keputusan majoriti tidak seiring dengan anda, maka perlu terima dan patuh. Itulah demokrasi.

Namun begitu, sebagai usahawan, macam yang pernah saya katakan sebelum ini, ada perkara yang kita terpaksa buat demi kelansungan hidup. Keberanian sebegitu yang perlu ada pada usahawan jika mahu hidup. Tapi bukan bermakna jadi penjenayah dan biadap terhadap orang lain.

Macam saudara Fairuz sebut pada mula di atas, formulanya adalah TENANG. Jika anda perlukan khidmat menyediakan aiskrim untuk kenduri kahwin, majlis keramaian dalam skala besar atau apa-apa saja majlis, hubungi saja Fairuz, dia memang pakar dalam menyediakan dan menguruskan perkara tersebut untuk anda:

Telefon En Fairuz 013-3251120
fb : Kuala Lumpur Aiskrim Katering
website : www.penjualaiskrim.com.my

Total
173
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge