Stokpic

Apakah langkah-langkah yang saya amalkan untuk berjaya dalam perniagaan selama ini.

Kalau nak diukurkan dari segi mencapai matlamat sebagai usahawan, saya boleh katakan sudah berjaya.

Sekurang-kurangnya saya dah berjaya berhenti dari kerja makan gaji dan memulakan perniagaan dan berjaya kekal selama lebih 10 tahun menyara kehidupan dan menyara gaya hidup ringkas saya selama ini dengan menjalankan perniagaan.

Kenapa saya katakan itu kejayaan, kerana bukan ramai orang yang sanggup ambil risiko untuk letak jawatan dan memulakan perniagaan. Tambahan pula jika kerjaya yang dimiliki sudah stabil dan punya gaji yang lebih daripada cukup.

Jika itu dapat dilakukan, ia merupakan satu kejayaan kecil dalam menjalani liku-liku hidup membina perjalanan dan membuat perubahan demi perubahan yang menjadikan diri kita lebih baik berdasarkan keinginan yang kita mahu capai.

Terjun dan tidak berjaya dalam perniagaan

Setelah berjaya pejam mata tahan nafas berhenti kerja dan mula berniaga, bukan ramai pula yang dapat bertahan. Biasanya seratus orang yang berhenti kerja dalam tempoh setahun, 80 orang akan masuk semula makan gaji. Tinggal hanya 20 orang lagi sahaja yang berjaya dalam perniagaan yang diceburinya melepasi tahun pertama.

Dalam jumlah kecil yang berjaya dalam perniagaan lepas satu tahun tersebut, tinggal lagi dua orang sahaja yang akan dapat mendayung dan berjaya dalam perniagaan melepasi tempoh 5 tahun. Baki lagi 18 orang itu akan hanyut tenggelam timbul kelemasan dan tak lepas 5 tahun lalu karam.

Itu juga satu lagi kejayaan kecil yang saya kecapi (Segala puji selayaknya untuk Allah) kerana berjaya dalam perniagaan melepasi tempoh 5 tahun sejak mula berniaga.

Apa pula berlaku selepas melepasi tempoh 5 tahun berjaya dalam perniagaan?

terus terang saya tak tahu apa nak jadi pada masa depan. Macam-macam boleh berlaku dan itu semua urusan Tuhan yang tidak ada ilmu kita terhadapNya.

Apa yang dilakukan untuk berjaya dalam perniagaan

Berikut saya kongsikan langkah-langkah yang diambil sepanjang proses menjadi usahawan sebaik sahaja berhenti kerja dan memulakan perniagaan:

  1. Jual, jual dan jual – Itu langkah pertama yang samada suka atau tidak suka perlu dilakukan oleh semua usahawan yang memulakan perniagaan. Di peringkat ini segalanya bertumpu pada matlamat untuk menjual produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan pada orang ramai.
  2. Mencari pendekatan terbaik untuk menjual – Matlamat dah ada, iaitu untuk berjaya melakukan jualan agar syarikat boleh bayar semua bil yang ada. Bila dah set matlamat, jangan alpa mencari jalan terbaik dan terbukti berkesan dalam menghasilkan gol. Catit kesemua cara yang dilakukan dan buat analisa berdasarkan usaha, kos dan hasil yang terbaik.
  3. Kekal istiqamah cara terbaik sehingga cara lebih baik ditemui – Bila dah jumpa cara menjual yang berfungsi baik, lekatkan diri dengan cara tersebut sampai bertubi-tubi. Di samping mengintai cara atau teknik baru (try an error dalam lingkungan 20% dari aktiviti), jangan berubah pendekatan sampai jumpa teknik yang lebih berkesan.
  4. Tapis hasil jualan – Biasanya dalam masa setahun kita akan lihat bakul penuh dengan berbagai jenis pelanggan yang kita dah dapatkan. Jangan tengok saja bakut itu. Buang semua pelanggan atas lantai dan semak satu persatu. Kenal pasti mana yang berbaloi untuk diteruskan dan mana yang tidak berbaloi. Lakukan semua saringan berdasarkan profit margin!!!
  5. Kekalkan pelanggan yang paling menguntungkan sahaja – Ramai usahawan tak buat proses saringan ini sampailah termuntah pelanggan terlalu ramai dan akhirnya tak tahu mana yang untung dan mana yang rugi. Jangan buat begitu. Nekad untuk tamatkan sahaja riwayat pelanggan yang tak sesuai dengan perniagaan atau syarikat kita.
  6. Kaji demografik pelanggan itu – Biasanya kita akan dapati hanya 20% sahaja dari kesemua pelanggan yang ada mendatangkan keuntungan berbaloi. Jumlah keuntungan atau jualan keseluruhan 20% pelanggan biasanya meliputi 80% daripada keuntungan keseluruhan perniagaan kita. Jadi jangan takut nak buang yang 80% pelanggan tak menguntungkan itu.
  7. Cari pelanggan yang sama seperti di atas – Selesai mengenal pasti semua ciri-ciri pelanggan terbaik kita yang 20% itu. Buat satu kriteria pelanggan sasaran kita berdasarkan demografik yang ditemui di atas. Berikan maklumat tersebut pada semua tenaga jualan agar mendapatkan pelanggan jenis itu sahaja dan jangan kejar selain daripada itu.
  8. Ulang perkara sama nombor 5 sampai ke nombor 7 di atas setiap tahun – Begitulah berterusan usaha yang perlu dilakukan. Sudah tentu ada perkara lain yang perlu dibuat yang saya tak ceritakan di sini. Kalau nak tahu, kenalah sertai HR Biz Coaching.

Setakat itu sahaja perkongsian saya kali ini berkenaan 8 langkah untuk berjaya dalam perniagaan yang saya amalkan untuk sampai di sini.

Rasanya itu dah cukup besar manfaatnya kalau semua usahawan yang baca blog hidupringkas.com amalkan. Insyaallah!.

Total
336
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. Ilmu dan tips yang sangat bagus telah dikongsikan di sini. Thumbs up.
    Tapi saya juga percaya yang namanya business tidak akan berlaku tanpa aktiviti penjualan dan penjualan juga berlaku apabila berkesannya teknik pemasaran. Tunjuk ajar ku sifu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge