connections-1500x10003 jenis bisnes online ini merupakan sambungan daripada artikel yang lalu bertajuk, Perancangan Bisnes Online – Siri 2.

Artikel bisnes online ini masih berkisar dalam bab perancangan dan persediaan untuk memulakan bisnes online.

Kalau sebelum ini kita bercerita kisah kekuatan yang ada pada anda untuk membuat pilihan perniagaan apakah yang mahu dlakukan, kali ini kita bercerita pulak kisah 3 jenis perniagaan yang boleh wujud dalam bisnes online.

3 jenis bisnes online

Biasanya ada 3 jenis bisnes online sahaja yang sering diguna pakai dalam dunia internet:

  1. Bisnes online yang bertujuan untuk menyokong perniagaan sebenar yang sedang dijalankan dalam dunia sebenar.
  2. Bisnes online yang jual produk dan perkhidmatan secara online sepenuhnya
  3. Bisnes online yang jual khidmat berkaitan dengan internet dan juga penjualan maklumat.

Penting untuk anda tahu 3 jenis bisnes online tersebut di atas untuk memudahkan anda membuat perancangan terhadap bisnes yang bakal anda jalankan nanti.

Kita lihat sedikit penerangan terhadap ketiga-tiga jenis bisnes online yang disebutkan di atas tadi. Mungkin lebih tepat jika dikatakan, 3 kegunaan internet dalam dunia perniagaan.

Sokongan kepada perniagaan sebenar

Mungkin anda dah buat perniagaan secara real diluar sana sudah lama. Barangkali itu merupakan perniagaan yang dikendalikan oleh keluarga anda turun temurun sejak zaman ton nenek anda lagi.

Zaman toknek kita dulu mana ada internet lagi. Jadi semua perniagaan berjalan secara tradisional dan real sebagaimana yang masih kita amalkan dalam kehidupan sebenar di luar sana.

Bila internet muncul, adalah merupakan satu kerugian yang amat besar jka tidak digunakan sebagai satu aktiviti sokongan terhadap perniagaan yang telah dijalankan secara real di luar sana. Ianya lebih kepada aktiviti marketing untuk memberitahu pelanggan kewujudan anda.

Biasanya orang akan buat website. Pastikan website yang dibuat itu kelihatan profesional dan membantu menaikkan kredibiliti anda di mata pelanggan. Oleh itu, website percuma atau jenis ‘bina website dalam 5 minit’ tidak berkesan untuk menyokong perniagaan yang dah ada.

Jual produk dan perkhidmatan

Ini rasanya jenis perniagaan yang paling banyak muncul semenjak dua menjak ini. Dengan adanya internet, semua orang yang ada kepakaran untuk menghasilkan produk dirumah mereka, atau ada kepakaran untuk melaksanakan urusan perkhidmatan tertentu, boleh mula buka bisnes online.

Dengan buat bisnes online menjual produk atau perkhidmatan yang anda ada, tak perlu ada kedai atau pejabat dan sebagainya. Dari rumah anda sahaja dah boleh terus mulakan perniagaan. Anda hanya perlu pastikan portal bisnes online anda kelihatan profesional dan simple.

Jual khidmat berkaitan internet

Pernah tak anda download apa-apa file dari internet ? tentu pernah jika anda dah lama membiasakan diri dengan penggunaan internet dan juga komputer.

Sekarang, apa saja software untuk komputer anda boleh dibeli terus secara online. Tak payah pergi ke Shopping atau IT Mall lagi. Inilah perniagaan yang paling rancak, mudah dan banyak dilakukan di seluruh dunia.

Selain itu, berbagai maklumat juga boleh dijadikan sebagai produk untuk dijual melalui internet. Ada banyak syarikat khidmat perunding yang membuat kajian terhadap sesuatu perkara dan menyimpan segala penemuan penting kajin tersebut sebagai maklumat untuk dijual.

Ada banyak khidmat berkaitan internet dan komputer ditawarkan melalui bisnes online. Khidmat buat marketing secara online, khidmat buat akaun secara online dan sebagainya.

Bisnes online mana pilihan anda

Berdasarkan 3 jenis kegunaan internet dalam dunia perniagaan yang disebut di atas, sekarang anda tentu lebih jelas perniagaan mana satukah yang akan anda buat dalam projek bisnes online anda nanti.

Adakah anda nak mantapkan dan memberikan sokongan terhadap perniagaan yang sudah dijalankan sejak sekian lama, atau anda nak mula jual produk buatan tangan anda sendiri, atau anda nak jual kepakaran anda, atau mungkin nak jual maklumat atau ilmu yang anda rakamkan dan buat video.

Sempena hari pertama berpuasa dalam bulan Ramadan hari ini, saya ucapkan kepada semua para pembaca blog ini yang menunaikan puasa fardu bulan ramadan, SELAMAT BERPUASA !.

Semoga puasa kali ini dapat membasuh segala kekotoran hati nurani dan membasuh segala penyakit yang melekat di tubuh badan, insyaallah !

Total
11
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Satu perongsian yang menarik.
    Saya seorang pengurus di sebuah syarikat swasta, namun dalam masa yang sama saya menyertai dunia perniagaan dengan menjadi ‘part time’ trainner. Sekarang saya sudah menerbitkan satu buku untuk membantu peniaga dan bakal peniaga membina sebuah perniagaan yang berdaya saing.

  2. Bisnes online yang saya jalankan sekarang ni ialah nombor satu dan dua. Saya mempunyai sebuah pusat rawatan Islam di Ipoh yang memberikan khidmat rawatan untuk merawat masalah sihir.

    Saya gunakan internet untuk buat promosi tentang pusat rawatan tersebut. Dan saya juga gunakan internet untuk jual produk yang berkaitan dengan perniagaan sebenar saya.

    Saya bina website khusus untuk produk tersebut dan promosikan. Saya jadikan sebagai income tambahan untuk perniagaan pusat rawatan saya.

    Terima kasih tuan. Selepas baca saya lebih jelas.
    Perawat Islam recently posted…9 Jenis Sihir & Bagaimana Mengenalinya?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge