Ada bakat usahawan?

By | 12/07/2013
Berhenti kerja

Anda dah jemu makan gaji dan mahu berhenti kerja tapi tak pernah terfikir samada anda anda bakat usahawan atau tidak.

Keputusan dah dibuat dengan nekad yang anda akan letak jawatan dalam masa terdekat.

Anda tak kisah lagi apa akan berlaku selepas itu.

Yang pasti adalah, anda akan bertukar daripada seorang yang makan gaji kepada seorang usahawan yang berdikari.

Jika anda seperti yang saya gambarkan di atas, NANTI DULU!.

Semak sebentar samada anda mempunyai darah keturunan atau bakat usahawan atau tidak dengan menjawab 6 soalan di bawah:

  1. Adakah anda jenis yang berdikari?. Anda seorang yang tidak menunggu arahan untuk menghabiskan kerja. Malah anda tidak perlu menunggu orang untuk memberikan anda kerja untuk dilakukan. Anda sendiri yang akan mencari dan melaksanakannya dan menghabiskan segala kerja yang telah dimulakan. Anda memang ada bakat usahawan dalam diri.
  2. Adakah anda punyai motivasi tinggi?. Anda akan cari kerja dan berusaha menghabiskannya dan mampu menaikkan semangat diri sendiri untuk terus melaksanakan kerja sehingga habis. Bukan setakat memberikan semangat pada diri sendiri, malah anda jenis yang mampu menaikkan semangat orang lain untuk menghabiskan segala tugasan dengan sempurna. Memang anda ada bakat usahawan yang mengalir dalam darah.
  3. Adakah anda jenis yang cepat mengalah? Apa yang anda lakukan setiap kali ada cabaran melanda? anda akan berjuang sampai menang atau mengelakkan pertempuran dan menyerah kalah? Sebaik saja anda menjadi usahawan, ribuan peluru datang dari segenap sudut untuk memaksa anda menyerah kalah. Masa tak cukup, wang tak ada, kawan perlekeh, polisi bertukar, bencana alam, barang naik dan seribu satu macam lagi masalah mahu menguji ketabahan anda. Jika semua itu membuatkan anda seronok dan bersedia hadapinya, anda memang ada bakat usahawan.
  4. Adakah anda seorang yang berfikiran terbuka? adakah anda seorang pendengar yang baik?. Ingat! tak ada orang yang tahu semua perkara. Sehebat mana sekalipun anda, anda tetap perlu mampu mendengar cadangan, tunjuk ajar dan kritikan. Keupayaan berfikiran terbuka akan menyelamatkan seorang usahawan daripada jatuh tersungkur sambil orang bertepuk tangan membalas dendam dengan kedegilan dan berlagak pandai anda.
  5. Adakah anda mengenali diri anda? Apakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri anda sekarang. Adakah anda tahu semua itu dengan jelas. Mampukan anda senaraikan semua kekuatan dan kelemahan dengan jujur dan menerima hakikat seadanya?. Keupayaan mengenal diri dan jujur pada diri sendiri perlu ada sebelum mampu mengenal masalah yang lain menganalisa dan membuat keputusan yang baik dalam perniagaan. Jika anda pasti apa kekuatan dan apa kelemahan, anda dah ada bakat usahawan sebenarnya.
  6. Sedarkah anda dalam dunia mana anda akan masuk? ramai yang berkata dia sanggup menghadapi segala dugaan walau terpaksa merenangi lautan api. Tapi orang yang sama juga akhirnya cabut lari hanya berdepan dengan masalah tak cukup duit. Apakah anda tahu perniagaan yang anda rangkakan sesuai dengan keupayaan. Adakah anda mendapat sokongan keluarga, kawan, dan ilmu yang anda ada?. Dunia usahawan bukan mudah dan anda perlu sedar semua itu. Jika anda sedar dan masih ingin terjun jadi usahawan, bakat usahawan terserlah dalam diri anda.
Jawab dengan jujur semua soalan yang saya kemukakan di atas. Selepas itu baru buat keputusan samada ada mahu berikan surat perletakan jawatan dan terjun berniaga.
Bukan tujuan untuk menakutkan, tetapi sekadar memberi ingatan bahawa dunia usahawan bukan perkara mudah. Tetapi ia bukan pula perkara mustahil dan ramai yang telah berjaya.
Asalkan anda jujur dengan diri sendiri dan membuat keputusan bukan disebabkan untuk melarikan diri daripada masalah pekerjaan yang sedang dihadapi sekarang, insyallah anda juga boleh menjadi usahawan berjaya.
Pastikan bakat usahawan mengalir deras dalam diri anda sebelum membuat apa-apa keputusan yang nekad!.

Ya! keturunan panglima yang ada bakat usahawan!, apa pulak selanjutnya?

Ok! anda dah tanya kesemua soalan di atas dan tidak syak lagi anda yakin punyai darah keturunan yang ada bakat usahawan.

Apakah perlu berhenti kerja sekarang dah terus menjadi usahawan atau tunggu dulu dan buat satu lagi pemeriksaan?

Seeloknya tunggulah dulu dan jawab soalan cepu emas ini:

Nak berniaga apa?. Perniagaan apa yang sesuai dengan saya?”

Soalan mudah itu nampak memang mudah tetapi itulah satu tugas penting yang bukannya mudah perlu dijawab oleh usahawan atau bakal usahawan.

Ini bagi mengelakkan usahawan tidak buat sesuatu separuh jalan dan menyedari dia tidak berminat dan tidak sesuai dengan perniagaan tersebut.

Menyelesaikan pertanyaan pada soalan di atas memerlukan masa dan kajian. Anda perlu mencari dalam pembacaan, melihat sekeliling dan bertanya orang yang berjaya.Anda juga boleh menyertai seminar atau kursus bagi mendapat idea dan hala tuju perniagaan yang bakal dibina.Salah satu seminar yang boleh disertai adalah “Konvesyen Usahawan Muslim” yang bakal diadakan pada 7hb Sept 2013 di Kompleks Pusat Islam (JAWI). Untuk maklumat lanjut sila klik di siniMenyertai seminar atau kursus keusahawanan membolehkan anda:

  • Berjumpa dengan lebih ramai spesis yang sama dengan anda.
  • Meningkatkan semangat dengan aura mereka yang mahu berjaya. Mereka semua yang sertai seminar bersemangat untuk menjadi usahawan berjaya.
  • Bertukar pandangan dengan usahawan lain dan mendapat idea baru dan cara pemikiran baru
  • Mendapat ilmu daripada panel yang memberikan maklumat keusahawanan dan cara yang betul untuk berjaya.
  • Bertanya pada pakar jika ada soalan.
  • Menghilangkan rasa segan dan malu atau rasa rendah diri dengan memberanikan diri anda bersama dengan kelompok para usahawan lain.
  • Mendapatkan idea perniagaan.
  • Mendapat pelanggan. Jangan terkejut jika anda mungkin berjumpa dengan bakal pelanggan pertama anda dalam seminar seperti itu.
  • Dan banyak lagi.
Oleh itu daftarkan segera untuk menyertai Konvesyen Usahawan Muslim agar anda tidak terlepas. Manalah tahu kalau-kalau tempat dah penuh dan terpaksa menunggu anjuran lain pulak.Cepat daftar di sini.
Nota:
Biasanya selepas seminar semangat naik mendadak. Tetapi bila balik dan selang beberapa hari dan minggu semangat hilang pulak.Jika anda begitu dan perlukan bantuan, boleh berhubung dengan saya untuk khidmat bimbingan peribadi. Email ke mohdshubhi@hidupringkas.com
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

13 thoughts on “Ada bakat usahawan?

  1. PakarNiaga.com (Amin)

    @hidupringkas
    Artikel menarik. long story.

    Kami pun baru sahaja sertai Cabaran ini…
    Sekadar mencari kenalan blogger baru..
    Selamat berkenalan.

    Jemput terjah pula di artikel kami.

    Ikhlas,

    Amin Johar
    Webmaster
    PAKAR NIAGA

    Reply
  2. Lynn Munir

    Usahawan bukan setakat kena bersedia dengan idea baru berniaga, malah merangka pemasaran itu sendiri dan terlebih penting ketahanan mental dan tidak mudah patah semangat.

    Reply
  3. Papa Mifz

    jadi usahawan nih dengar bunyi best , best memang best tapi kene strong hadapi dugaan mendatang…

    Reply
  4. suri

    ya.. surat dah bagi heee… mesti yakin dengan jitu kalu ada sorng pelanggan bt sy rugi bagi saya tu bt sy lagi semangat..syukru keluarga,suami bg sokogan.

    satu motivasi baik.terima kasih admin.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge