Cara memilih perniagaan yang sesuai
Jika ada kemahiran, depan rumahpun boleh mulakan perniagaan!

Perniagaan apa yang sesuai jika anda ada duit RM100 ribu?. Tentu ada ramai para pengidam keusahawanan yang ada duit simpanan sebanyak itu punyai soalan yang sama.

Tidak semestinya ada duit dengan jumlah RM100 ribu, kurang atau lebih daripada itu juga tidak menghalang orang yang dah lama sangat teringin nak berniaga memikirkan perniagaan apa yang sesuai dengan jumlah wang yang mereka ada.

Perniagaan apa yang sesuai tidak bergantung semata-mata dengan jumlah duit

Memang betul kalau anda rasa bahawa untuk memilih perniagaan apa yang sesuai, perlu melihat jumlah duit yang kita ada. Dalam dunia perniagaan, duit tidak boleh tidak mesti terlibat dalam mana-mana urusan yang dijalankan.

Tetapi mencari jawapan untuk menjalankan perniagaan yang sesuai dengan mengambil kira faktor duit yang kita ada saja sebenarnya adalah salah.

Jika anda wang sebanyak RM100 ribu sekarang, soalan yang perlu ditanya adalah,

“Macam mana nak tambah duit yang saya ada dengan bermodalkan RM100 ribu?”

Soalan itu lebih sesuai ditanya berbanding bertanya nak berniaga apa dengan modal RM100 ribu.

Jika anda ada RM100 ribu dan nak tambah lagi jumlah tersebut ada macam-macam cara boleh dilakukan.

Anda boleh simpan dalam Tabung Haji dan dalam masa setahun, wang RM100 ribu itu akan menjadi lebih kurang RM106 ribu dengan penambahan sebanyak RM6 ribu.

Jika anda masukkan dalam Unit Trust pula dan sanggup menunggu selama lebih kurang lima tahun. Purata penambahan anda berkemungkinan adalah melebihi RM150 ribu atau lebih lagi.

RM100 ribu juga boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan beli dan jual barang atau biasanya kita sebut sebagai trading.

Apa yang anda perlu buat hanyalah mendaftarkan syarikat Entreprise  dan kemudiannya daftarlah syarikat itu dengan Kementerian kewangan.

Masukkan tajuk yang anda rasa sesuai dan mampu serta mudah jalankan seperti stationary atau lain-lain. Sertai tender pembekalan dan jika dapat, anda akan mampu gandakan wang RM100 ribu menjadi RM120 ribu dalam masa kurang dari setahun.

Ertinya, menjalankan perniagaan hanyalah salah satu daripada cara nak tambahkan wang RM100 ribu yang anda ada. Ada banyak lagi pilihan lain selain daripada berniaga jika mahu tambah wang yang kita ada.

Macam mana nak jawab soalan, perniagaan apa yang sesuai?

Berbalik kepada tajuk entri di atas, untuk menjawab soalan perniagaan apa yang sesuai kita perlu melihat diri kita sendiri. Bukannya wang semata-mata.

Cara terbaik adalah dengan menjadikan wang bukanlah satu masalah. Andaian itu perlu dilakukan agar kita benar-benar dapat membuat satu pilihan yang sesuai.

Walaupun anda ada RM100 ribu, simpan saja terlebih dulu wang itu dan cuba cari jalan untuk memulakan perniagaan secepat mungkin dengan kos yang paling minimum.

Kebiasannya, kita perlu ambil kira 3 perkara berikut untuk memilih jenis perniagaan yang sesuai:

  1. Kemahiran yang ada – pengalaman dalam industri tertentu membuatkan kita mempunyai ilmu atau maklumat teknikal yang boleh dijadikan asas perniagaan.
  2. Kecenderungan atau minat yang kita ada – Minat dalam perkara tertentu boleh membuatkan kita lebih fokus pada kepuasan berbanding kewangan. Ini mampu menyuntik kesabaran sepanjang usaha membina perniagaan.
  3. Jenis jaringan yang telah kita bina selama ini – Jenis jaringan biasanya adalah besar. Kita boleh lihat semula ke belakang untuk menyenaraikan siapa kita kenal. Dari zaman persekolahan, universiti, kerjaya, jiran kampung, jiran tempat tinggal sekarang, kumpulan atau pertubuhan yang yang kita aktif sertai dan lain-lain lagi seumpamanya mampu membantu mempercepatkan jualan perniagaan kita.

Bila dah jelas akan perniagaan yang mahu dijalankan berdasarkan kriteria yang digarikan di atas, barulah mula selesaikan masalah modal. Tak kisah samada anda perlu RM10 ribu, RM100 ribu atau RM1 juta.

Perniagaan yang berpotensi, dijalankan pula oleh orang yang berkemahiran dalam industri serta mempunyai minat yang mendalam terhadap apa yang dia lakukan, ramai pelabur berminat untuk menjadi rakan kongsi anda.

Untuk tahu samada perniagaan anda berpotensi atau tidak. Juga untuk pastikan anda merangka strategi agar perniagaan anda berpotensi tinggi untuk berjaya, anda hanya perlu sertai Bengkel Menilai Potensi Perniagaan yang saya anjurkan.

Dengan 3 perkara asas di atas anda akan dapat menentukan satu perniagaan yang…

  • Sesuai dengan latar belakang dan tidak mengambil masa yang lama untuk mendalami industri atau perniagaan tersebut.
  • Dapat masuk ke dalam pasaran dengan pantas hasil dari kemahiran dan kenalan serta pengelaman yang ada.
  • Dapat merumuskan hasil jualan secepat mungkin dengan bantuan rantaian kenalan yang telah anda ada selama ini.

3 faktor di atas akan membantu anda berjaya dengan lebih pantas dan mengelakkan diri daripada menghadapi masalah habis minyak ketika kenderaan sedang berjalan.

Setakat ini dulu entri ringkas kali ini yang saya tulis lanjutan daripada banyak pertanyaan yang sama dalam bab perniagaan apa yang sesuai. Harap membantu ala kadar buat mereka yang pening nak menentukan perniagaan apa yang sesuai.

Total
23
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

17 comments

  1. Komen2 yg membina… bg saya lebih baik simpan di Asb.. dapat jugak tahun 6 ke 7k setahun.. daripada memulakan sesuatu yg baru nak bermula.. lain lah kalau memang turun temurun dah buat .. now nak kembangkan..
    Memulakan sesuatu yg baru memang tggi risiko, takut dapat penat shj,, gulung tikar duit pun hilang macam tu shj :((.
    (Pengalaman hilang 30k_ sebab cuba2)

  2. Sekadar berkongsi pengalaman berniaga.

    Saya jalankan perniagaan Event Management. Saya mulakan dengan modal RM500 sahaja. Selebihnya saya bermodalkan ILMU, pengalaman dan semangat kental.
    Di tahun pertama memang tak dapat sebarang income, sekarang dah lebih dua tahun berniaga, saya dah berjaya dapat project event berpuluh ribu sebulan, sekali sekala project 6 angka.

    Ikut resmi kaum China berniaga – jangan sesekali menjadikan alasan DUIT untuk matikan segala impian dalam hidup.

    Kalau takde modal DUIT, cari modal ilmu dan pengalaman dulu. Cabar diri dengan membuat sesuatu task diluar kemampuan diri. Paksa otak untuk berfikir secara kritis, paksa diri untuk laksanakan.
    Kemampuan kita sebenarnya melebihi apa yang kita jangkakan.
    “Do the best, lets Allah do the rest”

  3. Kalau tak ada pengalaman macam saya ni terpaksa guna org lain utk buat kerja dan dapatkan project tapi bila dah gunakan org lain byk pulak risiko , misalnya duit tak bayar..modal hilang..untung pun tarak.

    Tapi kalau tak buat tak bertambah pulak duit tu..jalan terbaik saya masukkan dalam ASB dan saving insurance..tapi x banyaklah dapat macam buat business kan..
    Hannyabdullah recently posted…Chinese Fishing Nets Fort Cochin , Kerala IndiaMy Profile

  4. Setuju….org yg ada rm1 lebih hebat dari yg ada RM1,000 kalau boleh “pusing” RM1 jd RM5..kalau nak tahu caranya sertai bengkel Tuan Tanah, sy sendiri akan ikut hingga ke lubang cacing..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge