Adakah blogger seorang usahawan?

By | 22/08/2013

Kerjaya BloggerDalam dunia blogging baru-baru ini ramai yang memperkatakan tentang buat duit melalui aktiviti blogging.

Ada juga yang mencetuskan idea menjadikan blogging sebagai kerjaya.

Soalan yang muncul dalam fikiran ketika melihat cetusan idea tersebut adalah;

“Adakah blogger seorang usahawan?”

Ada banyak perbezaan antara seorang usahawan berbanding dengan individu yang kerja sendiri.

 

Beza usahawan dengan kerja sendiri

Usahawan ada keistimewaan untuk tidak bekerja selain dari melakukan apa yang dia suka disamping banyak menggunakan otaknya bagi membina dan membesarkan empayar perniagaannya.

Mereka yang kerja sendiri pula tak ada keistimewaan ini. Rutin hariannya sama sahaja seperti seorang pekerja makan gaji cuma bezanya adalah dia tak ada boss.

Malah pekerja sendiri lebih parah keadaannya kerana cutinya tidak berbayar. Jika makan gaji, ada MC dapat menjamin dia untuk masih mendapat gaji penuh!. Nampaknya kerja sendiri jauh lebih teruk daripada bekerja makan gaji.

Berbalik pada persoalan menjadikan blogger seorang usahawan, kita dapat lihat blogger akan hidup mirip sebagai seorang yang kerja sendiri.

Jika blogger berjalan kaki dan dihempap setandan kelapa muda, alamat dia akan terkangkang di hospital 3 bulan kalau masih hidup!. Secara lansung aktiviti bloggingnya terhenti dan rankingnya turun dan situasi SEO pada blognya tergugat.

Oleh itu, apa yang dapat kita dapat rumuskan di sini, jika seorang blogger hanya mengharapkan blognya dengan hasil penulisannya yang tersendiri untuk menjana pendapatan, dia sudah tentu bukan seorang usahawan.

Untuk menjadikan blogger sebagai usahawan, dia mestilah mampu menjana pendapatan walaupun tidak membuat sebarang posting atau penulisan. Pendapatan blogger seorang usahawan itu tetap masuk ketika dia bercuti atau melancong.

Bagaimana nak jadikan blogger sebagai usahawan?

Salah satu cara yang saya terfikirkan bagi mengatasi masalah kebergantungan yang tinggi pada individu blogger itu sahaja adalah dengan melakukan aktiviti blogging secara berjemaah.

Seorang blogger yang ada sifat keusahawanan akan melakukan perkara berikut dalam membentuk blog penjana wang pada semua blogger di bawahnya:

  1. Buat blog – Ini tak payah diterangkan, bila sebut blogger, dia mesti ada blog. Mulakan satu blog yang niche dan menarik dengan konsep dan strategi yang hebat untuk jangkamasa 5 tahun.
  2. Rekrut blogger – Mulakan dengan menyenaraikan kriteria blogger yang diperlukannya dan mulakan merekrut sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang lagi blogger yang bergaji tetap.
  3. Sediakan modal – Sudah tentu buat permulaan, modal diperlukan untuk membayar gaji para bloggernya sehingga blog berjaya menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar gagi serta elaun atau komisyen tambahan.
  4. Sediakan carta organisasi – Sebuah perniagaan tak akan lengkap jika tak ada carta organisasi. Ia perlu untuk pembahagian kerja yang jelas dan spesifik dan mengenal pasti ketua serta tanggung jawab masing-masing. Sudah tentu Blogger usahawan tadi bertindak sebagai Ketua Blogger cum Pengarah Urusan.
  5. Pastikan dalam carta ada 4 perkara asas – Organisasi itu mesti ada jabatan Pemasaran, Operasi, Kewangan dan Sumber Manusia.
  6. Mulakan perniagaan dan pantau perkembangannya sehingga berjaya!

Saya tak pasti dah ada orang yang melakukan perkara ini. Mereka yang melakukannya terpaksa korbankan rasa ego untuk mempunyai blog personal kerana ianya sudah menjadi blog organisasi.

Saya rasa blog Denaihati.com ada ciri-ciri ini, cuma tak pasti adakah beliau sudah mempunyai blogger sepenuh atau separuh masa yang memberikan tumpuan pada membina sesuatu yang unik dan menjana kewangan untuk menyara organisasinya.

Apapun, saya lebih suka untuk menjadi usahawan berjaya terlebih dahulu kemudian barulah menjadi blogger yang kongsikan pengalamannya untuk ganjaran di akhir nanti. Insyallah!

Apa pendapat anda?

33 thoughts on “Adakah blogger seorang usahawan?

  1. Hafizul

    Terbaik entri ni..tak pernah pulak saya fikir mcm ni..haha..beul tu bro..kalau tinggal sari dua, ranking alexa dah kelaut..ni kalau tinggal berbulan2..nak tak nak kena buat mcm yang bro cakapkan tu lah…tapi sebenarnya bro usahawan apa ekkk?nak tahu gak serba sedikit kalau tak menjadi masalah..haha
    Hafizul recently posted…Apa Erti KemerdekaanMy Profile

    Reply
  2. Joe

    Nice idea… Member aku pun pernah ajak aku buat something similar macam nie. Cume sebab keje yang membebankan. Lain la kalau at least sorang mmg fulltime, dpt jugak back up.
    Joe recently posted…Syarikat Web Hosting Terbesar?My Profile

    Reply
  3. Ismail N

    Sebenarnya ada blogger Malaysia yg kini bertaraf usahawan. Gobala Krishna ialah one fine example. The guy started dengan buat blog2 kecil dan buat duit dgn AdSense dan jual2 brg di blog. Sekarang, tengok lah dia.
    Namun, utk capai kejayaan sebegitu bukan mudah. Punyai traffic yg baik bukanlah penentu jika ia tidak bawa CUSTOMER. In the end, kita terpaksa asses berbaloi ker buat kerja ni sepenuh masa. Cuma jangan dilupa juga perpatah org tua ‘jika ada kemahuan, tentu ada jalan’. Mahu cari jalan tu lah yg paling susah sekali…
    Ismail N recently posted…More Than Teachers and EducatorsMy Profile

    Reply
  4. ema

    mula-mula buat blog hanya utk suka-suka ibaratkan diari online yg boleh dikongsi bersama….bila dah terbaca blogger yang bercerita boleh buat income dgn blog..mmg terdetik hati kenapa tak buat benda yg sama…tak berharapan tinggi pun dgn iklan-iklan yg di letakkan dalam blog untuk dapatkan income sebab sepanjang menulis blog mmg tak pernah merasa income dari iklan tu..yg utama tujuan adalah hanya untuk menulis blog saja.
    ema recently posted…Tak balik raya masak untuk siapa.My Profile

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      Terlalu banyak benda yang boleh dijual, perlu fikir …’boleh ke aku jual benda ni…? akan jumpa jawapan.

      Reply
  5. Kujie

    Kalau yang serius menjadikan blog sebagai sumber pendapatan , dia kena buat mcm ni… kena ada pelapis untuk update dan cari bahan.

    Blog peribadi saya juga ada 4-5 orang admin dan author – mereka boleh update bila2 masa
    Kujie recently posted…Berita Terkini Kemalangan Bas Di GentingMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge