keusahawanan negaraJika anda merupakan salah seorang pembaca blog hidupringkas.com ini, anda tentu salah seorang yang suka akan bidang keusahawanan.

Samada anda seorang usahawan, sepenuh atau separuh masa, atau bakal menjadi seorang usahawan satu hari nanti, saya syorkan agar berikan perhatian pada INSKEN.

INSKEN atau nama panjangnya adalah Institut Keusahawanan Negara perlu menjadi salah satu daripada agensi kerajaan yang perlu anda ikuti perkembangannya.

Anda perlu peka kepada segala program yang bakal dianjurkan oleh INSKEN yang mungkin dapat membantu anda menjadi seorang usahawan yang berjaya, Insyaallah.

Cerita dari Institut keusahawanan negara

Mungkin cerita dari orang yang memimpin INSKEN ini dapat anda selami bagi mengenali sedikit sebanyak hasrat agensi keusahawanan negara ini.

Saya petik cerita perumpamaan dari En Norizan Bin Syarif, yang merupakan CEO kepada Institut Keusahawanan Negara, untuk anda baca:

Usahawan Sepat Ronggeng, Usahawan Sepat Benua

Ikan sepat ronggeng hidup di permukaan air bersih, ia berwarna jernih dan isi nipis. Ikan sepat benua hidup di dasar, bergelumang dengan lumpur dan berwarna hitam. Isi sepat benua tebal, sedap dimakan.

Usahawan sepat ronggeng kejar kontrak, berikan kepada orang lain, ambil komisen dan hidup bergaya dengan kereta dan rumah besar.

Mereka tak faham erti susah. Kalau susah pun, susah nak dapat kontrak.

Usahawan sepat benua pernah hidup berkuli. Ada masa ikat perut. Dulu berjualan di bawah pokok. Sudah kaya pun, kehidupan sama seperti sebelumnya. Mereka kongsi kekayaan dengan usahawan baru, mereka bantu usahawan baru berniaga.

Oh ya, kalau buat pekasam, ikan sepat benua memang sedap. Ikan sepat ronggeng sesuai dibuat ikan kering. Kalau jual, kira longgok!

Harapan saya pada Institut Keusahawanan Negara

Berdasarkan perkongsian daripada En Norizan Bin Sharif di laman Fb beliau, saya yakin usaha yang diamanahkan kepada beliau mampu melahirkan rebih ramai lagi para usahawan yang berdaya saing.

Kita perlukan ramai usahawan yang tulin dan berdaya saing untuk turut sama menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara, juga terhadap tahap ekonomi rakyat terutamanya kaum bumiputra agar berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kaum lain yang jauh ke depan meninggalkan kita.

Dari pengalaman bersama-sama dengan para usahawan baik yang dah berniaga mahupun yang berhasrat nak berniaga, isu nak bantuan kerajaan berupa Dana adalah satu isu paling tinggi diberikan keutamaan.

Itu mentaliti sesat yang perlu dibuang jauh dari minda seorang usahawan tulin. Asyik-asyik dana yang diminta dari kerajaan sedangkan ilmu dan amalan keusahawan diabaikan tidak membawa kemana-mana dalam perjalanan membina perniagaan anda.

Lebih parah lagi adalah para usahawan yang tak buat aktiviti pemasaran, tak pantau perjalanan kewangan perniagaan mereka, tidak membaiki tabiat keusahawanan berjaya dan malas bejar serta bersikap negatif, dan mereka harapkan Dana Kerajaan datang membantu mereka tanpa apa-apa syarat.

Jika ditanya kenapa mereka layak mendapat bantuan dana kerajaan atau lagi bagus kalau boleh dapat bantuan kewangan yang tak perlu dibayar, sebabnya adalah kerana mereka adalah Bumiputra.

Itu saja!, sebab mereka bumiputra, maka kerajaan wajib bagi duit sebanyak mungkin supaya mereka berjaya menjadi usahawan. Sedangkan kejayaan sesebuah perniagaan bukan hanya disebabkan bermula dengan duit yang banyak.

Pergilah tanya semua usahawan tulin, apakah mereka bermula dengan duit yang banyak sehingga mereka jadi jutawan kaya raya…? Jawapannya tentu tidak.

Semua kawan-kawan saya yang berjaya sekarang setakat yang mereka ada bermula dari kosong. Mereka mulakan dari kecil, bertatih-tatih jatuh bangun dan tidak bergantung harap dibantu untuk bangun semula.

Ada usahawan yang bila jatuh tak mahu bangun selagi tak ada orang lain datang tolong angkat. Itu sikap salah yang perlu dibuang jauh kalau anda nak berjaya.

Tak ada jalan pintas untuk berjaya. Tak ada jalan mudah untuk berjaya. Kajian terhadap usahawan yang berjaya di Amerika mendapati semua usahawan pernah menghadapi kegagalan sebanyak 3.5 kali sebelum mereka berjaya.

Ingat! selagi anda terus mencuba, belajar dari kegagalan samada pada diri sendiri atau daripada kegagalan orang lain, anda pasti akan menempuh kejayaan juga satu hari nanti.

Program terkini Institut Keusahawanan Negara

Berikut saya kongsikan sedikit maklumat terhadap aktiviti terkini Institut Keusahawanan Negara. Manalah tahu jika masih ada kesempatan khas untuk orang Utara, anda boleh turut serta.

Kalau tak boleh kali ini, mungkin akan diadakan lagi dilain hari.

Saya tertarik dengan konsep Coaching yang cuba diterapkan oleh INSKEN bagi membimbing para usahawan dan bakal usahawan kita.

Memang konsep coaching adalah terbaik bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya. Lagipun terlalu ramai orang yang tawarkan konsep coaching ini yang kadang kala lebih bermatlamatkan nak buat duit dari membantu usahawan lain.

Saya tak pasti samada INSKEN akan jalankan program business coaching ini secara percuma atau berbayar.

Apapun, saya yakin samada berbayar atau percuma, ianya sudah tentu tebih terjamin mutunya dan berintegriti berbanding daripada tawaran perseorangan yang berorientasikan keuntungan.

Berikut aktiviti atau tawaran terkini Institut Keusahawanan Negara:

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) & Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) dengan hormat menjemput anda menyertai program “Garis Mula INSKEN500” pada 21 April 2015 di Sri Mentaloon, Alor Setar (Kediaman YAB MB Kedah).

Program 8 pagi – 5 petang & akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Kandungan program:

  1. “Lima Modal Bisnes”
  2. “Berenang Bersama Jerung”
  3. Peluang membuat pra-pendaftaran semua program INSKEN
  4. Taklimat inisiatif yang disediakan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri (TERAJU), MaGIC dan Kerajaan Negeri Kedah untuk usahawan.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada usahawan & bakal usahawan. Berminat? Sila WhatsApp atau SMS “nama penuh” dan “nama syarikat” (sekiranya ada) kepada 0133334801.

Sila sebarkan maklumat ini kepada semua WhatsApp group dan media sosial seperti Facebook & Twitter.

Mai, jangan tak mai!

Jom kita semua terjun mendapatkan bimbingan daripada Institut Keusahawanan Negara !

Total
21
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Erk saya bab penulisan kraitef je yang boleh hurai. Bab usahawan ni belum sampai seru lagi .muhammad fakhruddin recently posted..VA:F [1.9.22_1171]please wait…VA:F [1.9.22_1171](from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge