Ahli Kelab Ushawan Hidup Ringkas telah melebihi 100!

By | 18/12/2012

Terima kasih pada semua yang mendaftar untuk menjadi ahli Kelab Usahawan Hidup Ringkas dengan memohon masuk ke Group FB Kelab Usahawan Hirup Ringkas.

Saya bercadang untuk buat satu perjumpaan di lokasi yang akan ditentukan kelak agar semua yang mendaftar dapat berjumpa dan berkongsi maklumat dan impian kejayaan masing-masing.

Saya yakin semua yang berdaftar sedikit sebanyak punyai impian untuk menjadi usahawan. Yang lebih penting sekali adalah menjadi usahawan atau profesional yang berjaya dalam kehidupan.

Sebagai manusia, tidak satu cara yang lebih pantas untuk berjaya selain daripada membina jaringan kenalan yang serasi dan bersemangat tinggi untuk saling bantu membantu. Oleh itu langkah menyertai Kelab Usahawan Hidup Ringkas merupakan satu langkah yang baik.

Banyak yang ingin saya usahakan dengan Kelab Usahawan Hidup Ringkas ini termasuklah menubuhkan dana untuk membantu para usahawan kecil memula atau membesarkan perniagaan juga membantu usahawan yang kesempitan.

Sebelum itu kita perlulah mendaftarkan terlebih dahulu Kelab ini agar ianya berlandaskan undang-undang dan tidak diselewengkan.

Namun ia adalah perancangan jangka panjang yang memerlukan kerjasama serta minat daripada semua yang turut serta. Kita juga perlu mempunyai keazaman yang tinggi untuk meninggalkan jasa pada masyarakat.

Tidak ada manusia yang lebih baik selain daripada mereka yang banyak mendatangkan manfaat kepada manusia lain.

Sebagai langkah permulaan, kita akan cuba anjurkan satu perjumpaan ahli Kelab Usahawan Hidup Ringkas dalam masa yang terdekat ini.

Saya alu-alukan cadangan daripada semua ahli untuk mengesyorkan lokasi, masa, hari dan agenda perbincangan yang bakal diadakan dalam perjumpaan tersebut.

Bagi yang belum turut serta jangan tangguh lagi untuk turut sama sertai FB Group Kelab Usahawan Hidup Ringkas

 Terima Kasih
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

3 thoughts on “Ahli Kelab Ushawan Hidup Ringkas telah melebihi 100!

  1. bhyusop

    Assalammualaikum tuan,

    Saya berminat menyertai perjumpaan ini.
    Saya cuma ingin dapatkan maklumat dari mana2 usahawan tentang apa yang diusahakan sekarang dan cabaranya.
    Saya berkelapangan pada 6 jan hingga 13 january 2013.
    Terima kasih,
    Badrul

    Reply
  2. Jank Fairuz

    Saya cadangkan adakan sesi tukar bisnes kad di area Lembah Klang. Jumpa di kedai makan pun ok. Hanya cadangan, dan saya memang berminat nak join.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge