fahami masalah perniagaan anda
Dalam apa saja perniagaan yang saya buat atau baru buka, saya akan pastikan perniagaan tersebut di pasang siap dengan ‘alat troubleshoot perniagaan’.

Saya pakai perkataan troubleshoot sebab tak ada satu perkataan yang sesuai dalam bahasa kita untuk menggambarkan perkataan itu. kalau para pembaca tahu perkataan yang lebih sesuai dalam bahasa kita, tolong bagi tahu.

Apa dia alat troubleshoot perniagaan?

Tentu anda tertanya-tanya apakah bendanya alat troubleshoot perniagaan itu, macam mana rupanya, jenis plugin macam pasang widget pada blog wordpress ke?

Kita boleh juga gunakan alat tersebut untuk mendiagnosis kedudukan perniagaan yang sedang kita jalankan dan seterusnya memahami kekurangan atau kelebihan yang ada untuk diperbaiki.

Walaupun alat ini merupakan perkara yang cukup penting, namun kebanyakan para usahawan memandang remeh akan kepentingannya dan biasanya mereka menyediakan peralatan ini sekadar melepaskan batuk di tangga atas dasar keperluan untuk laporan audit syarikat sahaja jika ianya Sdn Bhd.

Pembaca tentu dah dapat agak apa alat troubleshoot perniagaan ini bukan?, Ya! ianya adalah “Perakaunan Syarikat”. Untuk menyediakan akaun sayarikat anda boleh samada:

  1. Merekrut seorang kerani yang berpengalaman dalam menyedia dan menguruskankan akaun syarikat, atau
  2. Mendapatkan khidmat syarikat pengurusan akaun menyedia dan mengemaskini segala rekod perniagaan syarikat anda secara kontrak.

Kenapa pengurusan akaun perniagaan penting?

Jika saya namakan akaun syarikat sebagai alat troubleshoot perniagaan anda, sudah tentu anda dapat faham kegunaannya. Perkara paling asas dalam laporan akaun yang semua usahawan lihat adalah samada perniagaan menjana keuntungan atau ditimpa kerugian.

Katakan hasil daripada laporan akaun menunjukkan perniagaan anda mencatat keuntungan. Dan keuntungan yang diperolehi hanya sekadar 5% sahaja.

Setelah anda pergi minum petang dengan seorang kawan yang berada di dalam industri sama, anda berkongsikan peratusan untung yang telah anda perolehi dengannya (dengan bangganya!).

Alangkah terkejutnya anda apabila rakan anda itu menyatakan perniagaannya mencatat keuntungan sebanyak 20%. Oleh kerana rakan anda lebih lama dalam perniagaan itu dan menyatakan bahawa itulah kadar yang biasa didapati dalam pasaran, anda mendapat satu maklumat penting daripadanya..

Maklumat itu adalah bahawa perniagaan yang sedang anda jalankan rupanya bermasalah!!!. Anda perlu segera balik dan menyemak segala laporan akaun…

berapa perbelanjaan duit keluar…

berapa jumlah jualan…

berapa kos jualan…

berapa kos logistik…

berapa kos sumber manusia…

…kos bahan mentah dan lain-lain lagi.

Semua urusan yang saya sebutkan di atas menjadi mudah jika anda sudah menyediakan satu sistem laporan secara terperinci dengan menggunkan sistem perakaunan seperti UBS, MYOB dan lain-lain lagi.

Bila anda masuk semula ke pajabat, buka sistem dan buka semua laporan secara terperinci dan mula lihat satu persatu segala kos dan sebab duit keluar dan masuk.

Keadaan menjadi cukup malang jika semua itu tidak disediakan. Dalam keadaan tersebut, anda mungkin hanya tahu untung dan rugi secara kasar berdasarkan jumlah wang yang ada dalam poket…semuanya andaian sahaja dan tidak tepat.

Jika mereka yang meraba-raba dalam gelap seperti itu dapat bertahan kurang daripada setahun dalam menjalankan perniagaannya, anda tentu tahu apa puncanya bukan?

Tak mampu rekrut kerani akaun berpengalaman

Itulah masalah besar yang dihadapi oleh para peniaga kecil. Kos untuk mendapatkan pekerja akaun berpengalaman mungkin dalam kadar RM1800 ke RM2500 sebulan. Jika jumlah wang sebanyak itu masuk dalam poket anda tentu jauh lebih menyeronokkan bukan? berbanding terpaksa diberikan pada orang lain.

Lagipun jika anda membayar jumlah tersebut untuk tambahan seorang pekerja bagi menguruskan akaun syarikat, bermakna wang baki untuk anda sebagai taukeh hanya tinggal sedikit sahaja. Mungkin tak lepas untuk susu anak!!!.

Oleh itu janganlah risau, anda boleh gunakan pilihan kedua iaitu bayar dalam lingkungan RM150 ke RM500 sebulan sahaja pada syarikat Azamacc Services Sdn Bhd. Jika berminat hubungi En Azam 016 – 6655 659.

Syarikat Azamacc Services Sdn Bhd merupakan salah satu daripada rangkaian syarikat-syarikat yang saya ada di bawah syarikat Easelife Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berusaha untuk memudahkan kehidupan anda….

Untuk memahami apa itu akaun sebelum mampu troubleshoot sebarang masalah dalam perniagaan, ada perlu belajat sedikit asa mudah perakaunan untuk perniagaan. Dapatkan maklumat dan belajar tentang akaun dengan klik pada gambar di bawah:

Fahami akaun syarikat untuk troubleshoot perniagaan

Total
3
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

32 comments

  1. ia ingatkan saya kerugian bakal di tanggung.setakat ni syukur semua terkawal.tapi simpanan terdesak kata mak mesti ada.

  2. Assalamualaikum,

    Tumpang lalu.

    Taklimat sebagai usahawan takaful akan diadakan pada

    24hb April 2013 pada pukul 10 pagi di

    IKHLAS Point ,
    Menara 11A, Avenue 5,
    Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi,
    59200 Kuala Lumpur

    Jika anda berminat sila hubungi Saiful 0193282215 atau hadir di alamat diatas.

    Terimakasih pada Bihi memberi kebenaran tumpang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge