pemenang kontest hidup ringkasSebagaimana yang semua dah ketahui contest yang disebutkan di atas telah berakhir pada 31hb Oktober lalu dengan jumlah penyertaan yang ok jugak.

Seramai 22 orang blogger hebat-hebat telah menyertainya dan terima kasih banyak-banyak saya ucapkan mewakili penganjur Kelab Pidato Perdana.

Anda boleh rujuk senarai pesertanya di sini.

Untuk yang telah menyertainya tentu tahu bahawa penganjur telah meletakkan syarat penentu kemenangan berdasarkan jumlah trafik yang berjaya di bawa masuk ke website Kelab Pidato Perdana. Kemudian faktor kualiti penulisan pula akan diambil kira.

Oleh itu penganjur telahpun mendapatkan jumlah trafik yang berjaya di bawa masuk untuk semua peserta yang turut serta dan keputusannya agak tidak menarik dan membuatkan penganjur pening bagaimana nak buat.

Berikut saya senaraikan blog yang berjaya membawa masuk trafik ke website Pidato Perdana:

  1. pendapatanda.com dengan jumlah trafik sebanyak 91
  2. Ahmadfaizal.com dengan jumlah trafik sebanyak 62
  3. Akmaomar.com dengan jumlah trafik sebanyak 37
  4. arabmykrk.com dengan jumlah trafik sebanyak 17
  5. ligakampung.com dengan jumlah trafik sebanyak 7
  6. menulismenconteng.com dengan jumlah trafik sebanyak 5
  7. irwanalissatemy.com – 4
  8. khairulzamri.com – 4
  9. sabreehussin.com – 3
  10. tehramuan.com – 3
  11. wanzawawi.com – 3
  12. blog1malaysia.com – 2

Begitulah senarai peserta yang berjaya membawa masuk trafik ke wbsite kelab Pidato Perdana sejak bermulanya contest sehinggalah tamat pada hujung bulan oktober baru-baru ini.

Dari segi kualiti penulisan tidak dapat dinafikan semuanya menulis dengan berkualiti dan boleh dikatakan rata-rata yang turut serta dalam contest ini ada pengalaman dalam bab pengucapan awam. Maka tidak hairanlah mereka mampu menghuraikannya berdasarkan pengalaman sendiri.

Oleh itu saya dengan segala hormatnya mengumumkan pemenang contest tulis pasal pengucapan awam seperti yang tertera di bawah:

  • Hadiah pertama berupa wang tunai RM300 jatuh kepada pendapatanda.com
  • Hadiah ke-2 berupa wang tunai RM200 jauth kepada ahmadfaizal.com
  • Hadiah ke-3 berupa wang tunai RM100 jatuh kepada akmaomar.com

Berikut pula mereka yang akan menerima wang sagu hati berupa wang tunai RM30

  1. arabmykrk.com
  2. ligakampung.com
  3. menulismenconteng.com
  4. irwanalissatemy.com
  5. khairulzamri.com

Walaupun sasaran yang cuba dicapai dari segi trafik agak tidak memberansangkan, namun pengalaman menganjurkan contest ini amat berharga. Harap semua yang turut serta turut sama dapat belajar sesuatu dari kontes ini.

Keputusan adalah muktamad dan sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kawan-kawan semua. Bagi yang tersenarai di atas sila emailkan nama blognama penuh, nombor akaun dan nama bank (Maybank kalau boleh) kepada:

misssandytan@gmail.com

Nota: sila copy email anda kepada saya mohdshubhi@gmail.com sebagai rujukan dan follow-up.TK

sumberimej

Total
18
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

18 comments

  1. dapat 3 je?
    huhu
    nampaknya aku gagal dalam misi menghantar trafik kali ni

    apa pun tahniah kepada semua pemenang, peserta dan penganjur

  2. Tahniah kepada SEMUA PESERTA.. Maklumat,nasihat dan ilmu yang anda kongsi amatlah berharga kepada saya. Menang atau kalah, sekurang-kurangnya anda menang dalam menulis dan menghantar berbanding kami yang tak menulis malah tak menyertai..Semuanya adalah pemenang ! Tahniah sekali lagi..
    ahmad azhari recently posted…Pendidikan Kewangan UsahawanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge