usahawan dan kegagalanAnda mungkin nak jadi usahawan. Memang ramai orang yang ada cita-cita nak jadi usahawan. Bagi kebanyakan orang, usahawan dikaitkan dengan kekayaan dan kebebasan.

Sebab paling utama ramai yang kaitkan usahawan dengan kekayaan dan kebebasan adalah atas faktor promosi atau pendedahan luar biasa terhadap golongan usahawan yang berjaya dan kaya.

Itu memang logik. Hanya yang berjaya, naik kereta besar, rumah besar, syarikat besar akan mendapat liputan besar. Dalam 10 berita tentang perniagaan yang mendapat liputan besar, mungkin nak cari satu berita berkenaan kegagalan perniagaan atau usahawan pun susah.

Apa berlaku kepada usahawan atau perniagaan yang merudum?, biasanya mereka sembunyikan diri. Mereka kecilkan dri sampai tak ada orang dapat mengesannya, mungkin hanya kenalan rapat sahaja yang tahu apa yang sedang berlaku.

Begitulah yang terjadi pada usahawan atau perniagaan yang gagal. Mereka kekal terpencil dan tersosok dari sebarang liputan sehinggalah naik semula dan berjaya. Bila dah kaya, kereta besar, rumah besar, perniagaan besar, liputan datang memburu, liputan yang besar pula.

Nak jadi usahawan perlu tahu hakikat sebenar dunia keusahawanan

Fakta sebenar dunia usahawan adalah jumlah yang gagal jauh lebih banyak daripada jumlah yang berjaya. Jumlah mereka yang papa kedana disebabkan perniagaan lebih ramai berbanding mereka yang berkereta besar dan punyai perniagaan besar.

Jumlah mereka yang berakhir dengan hutang keliling pinggang jauh lebih ramai berbanding mereka mengumpulkan duit bertimbun. Rasanya ramai juga yang tahu fakta tersebut.

Tapi ia kekal sekadar tahu. Sebaliknya dalam tahu otak kita tak sedar kerana dipaparkan usahawan kaya dan berjaya lebih banyak, jauh terlalu banyak berbanding yang gagal.

Ertinya, kita tahu kalau nak jadi usahawan perlu terima hakikat bahawa kita perlu gagal secara purata sebanyak 3 atau 4 kali sebelum berjaya. Hanya yang terus mencuba sahaja akan sampai kepada matlamatnya.

Jika anda dah tahu kemudiannya sedar hakikat sebenar ini, mari fikirkan pula anda nak jadi usahawan jenis macam mana.

Nak jadi usahawan ada 3 pilihan utama

Secara umumnya hanya ada 3 jenis usahawan sahaja yang berlegar dalam dunia keusahawanan. Anda perlu tahu maklumat ini kalau benar-benar nak jadi usahawan.

Bila dah tahu 3 jenis golongan usahawan ini, buatlah pilihan agar anda satu hari nanti mendapat liputan besar-besaran. Itu tandanya perniagaan sudah berjaya dan anda menjadi satu lagi faktor pendorong untuk lebih ramai nak jadi macam anda.

Baiklah!, berikut saya senaraikan 3 jenis usahawan yang ada:

#1. Usahawan yang buat silap dan berterusan buat silap

Ini rasanya yang paling ramai, tapi mereka sembunyika diri tak muncul-muncul sebab usahawan jenis begini tak suka liputan besar-besaran. Tak ada orang suka jika semua orang tahu dia gagal. Jadi dia kekal tersorok.

Kenapa usahawan begini terus gagal dan gagal?

Tidak ada masalah untuk gagal. Ia bukanlah sesuatu yang teruk sangat. Tetapi kegagalan menjadi teruk apabila kita gagal dan tidak ambil iktibar dari kegagalan tersebut.

Inilah yang berlaku pada usahawan kumpulan pertama yang ramai ini. Dia gagal dan tidak belajar dari kegagalannya. Dia terus membuat kesilapan yang sama dan akhirnya berhenti dan pergi cari kerja makan gaji untuk melupakan kisah kegagalannya. Bila dah lupa, nak belajar apa lagi…?

#2. Usahawan yang gagal kemudiannya berjaya

Jenis usahawan begini tak ramai jumlahnya. Banyak data menunjukkan hanya 20% saja mereka yang nak jadi usahawan, lalu mula berniaga akan kekal berniaga lebih dari setahun. Ertinya tak ramai.

Pergi lebih jauh lagi, dalam tempoh 5 tahun pula hanya 20% daripada yang melepasi setahun perniagaan itu yang masih kekal. Jumlahnya semakin menyusut.

Maknanya dalam 100 orang yang mula berniaga, hanya akan tinggal 20 orang lepas setahun perniagaan. Kemudiannya pula ditapis lagi kepada hanya 5 orang sahaja yang sambung berniaga selepas 5 tahun.

Tengok betapa ramai yang menyepi diri dan mendiamkan diri menyorok dari publisiti…tinggal 5 orang sahaja yang masih gagah ke depan.

Siapa mereka ini?, mereka adalah kumpulan kedua yang setiap kali berlaku kegagalan, belajar dari kegagalan tersebut dan buat pembaikan. Mereka tidak lagi ulang buat kesilapan.

Begitulah seterusnya gagal, belajar, perbaiki dan terus ke hadapa lagi.

#3. Usahawan yang tak rasa gagal , tapi belajar dari kegagalan orang lain

Ini usahawan yang paling cerdik. Ini jenis usahawan yang yang tak sombong untuk terus berkawan dengan para usahawan yang pernah gagal.

Jangan sombong untuk rapat bersama para usahawan yang gagal dan belajar bagaimana mereka gagal. Bila tahu di mana ada perangkap, kita lebih mudah untuk mengelak daripada perangkap.

Usahawan jenis ini rajin berkawan dan rajin menimba ilmu daripada para usahawan lain. Matlamat mereka selain dari mencari jalan untuk berjaya, mereka juga mencari perangkap untuk dielakkan.

Anda boleh tahu semua rahsia ini dengan mengikuti perjumpaan usahawan lain yang dah banyak pengalaman. Ada banyak kursus atau bengkel perniagaan dianjurkan sekarang, tapi berapa banyak kursus yang kongsikan cerita bagaimana saya gagal. Agak susuah nak cara bukan?

Ya lah!, siapa nak dengar cerita bagaimana saya gagagl, ia hanya menakutkan para usahawan yang tengah bersemangat. Tapi percaya lah!, maklumat kenapa saya gagal yang banyak membolehkan anda kurangkan kegagalan.

Anda nak jadi usahawan jenis yang mana?

Oleh itu sila pilih sekarang, kalau nak jadi usahawan, anda nak jadi usahawan jenis mana satu. Kalau nak jadi usahawan jenis ketiga, boleh ikuti bengkel asas perniagaan yang saya anjurkan pada bulan depan 22 Mar 2014, hari sabtu.[bannerbox id=2]

Insyaallah saya akan kongsikan kisah-kisah kegagalan yang ada. Dan Insyaallah akan saya jemput usahawan yang banyak menghadapi kegagalan demi kegagalan….ada ramai sebenarnya. Andapun tahu jumlah mereka ramai.

Jika anda salah seorang daripada usahawan yang sedang gagal, pernah gagal dan masih gagal, atau pernah gagal dan sekarang sudah berjaya, saya jemput untuk menghubungi saya segera di 019-226 0807

Saya perlukan anda untuk membantu semua para usahawan lain mengenali perangkap yang pernah anda pijak. Samada anda dah berjaya atau masih belum berjaya, tidak kisah. Maklumat atau ilmu anda amat berharga untuk dibiarkan begitu saja. Gagal bukanlah sesuatu yang tak berharga.

Jom kita kongsikan pada mereka yang nak jadi usahawan!

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Perkongsian yang sangat menarik dan bermanafaat….Every big business start with small business…..itulah salah satu ungkapan penting untuk berjaya…

    Bagi mereka yg serius dalam mengembangkan perniagaan,akaun semasa syarikat merupakan satu kemestian.untuk membuka account semasa memerlukan introducer.insyaAllah saya membantu usahawan2 yg memerlukan introducer.boleh lawati blog saya.credit pada owner blog.terima kasih.maklumat lanjut: http://www.kaya-knowledge.blogspot.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge