Anda perlu ada dua benda ini untuk pergi jauh

By | 24/04/2013

Samada anda usahawan atau apa saja pekerjaan yang dilakukan untuk menjalani kehidupan, anda tak boleh elak dari dua perkara di bawah jika mahu pergi lebih jauh dan berjaya.

Semangat
Ramai yang pergi ke berbagai seminar motivasi usahawan. Ketika berada di dalam kursus motivasi tersebut, semangat akan melonjak-lonjak naik. Kalau boleh, masa itu juga mahu balik dan terus berhenti kerja dan melakukan apa saja untuk menjadi jutawan.
Sebaik saja pulang, anda mula menyalurkan semnagat yang telah dipam ketika seminar tadi untuk melaksanakan rancangan perniagaan anda. Hari demi hari, minggu demi minggu berlalu, usaha nampaknya macam tak ada pulangan dan semangat semakin pudar dan pudar.
Bukan sekali dua anda telah melalui kisah sebegini malah berkali-kali dan berbagai projek keusahawanan atau berbagai rancangan perniagaan telah dijalankan, semuanya berakhir dengan cerita yang sama.
Jika anda menghadapi atau pernah menghadapi masalah sebegini, berkemungkinan besar anda hanya mencari semangat atau motivasi sahaja selama ini, tetapi tidak mencari teknik perlaksanaan yang betul untuk berjaya.

“Semangat yang berkobar-kobar ada pada seekor lembu tidak dapat meruntuhkan sebuah bukit walaupun jika ditanduknya berkali-kali”

 Jangan jadikan diri kita seperti seekor lembu yang bersemangat tinggi tetapi menyalurkan semangat itu dengan buat kerja yang tidak berkesan.

Betul dalam perlaksanaan
Ramai orang punyai semngat tinggi menjalankan perniagaan. Mereka mula berniaga dari bawah, sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan perniagaan membesar.

Setelah beberapa lama, keletihan mula terasa. Perniagaan seolah-olah menjadi satu beban yang tidak mendatangkan pulangan yang berbaloi pada hidup kita.

Dalam keadaan ini, semngat yang tinggi hanya mampu meningkatkan kesibukan diri kita sahaja tanpa memberi apa-apa kesan pada kehidupan dan pencapaian diri. Perniagaan mungkin nampak besar, tapi kekalutan juga semakin tidak terurus.

Lama kelamaan, semunya akan lingkup dan sebaik saja perniagaan tersebut ditutup, anda akan rasa lega seperti seorang hamba abdi baru dibebaskan oleh tuannya.

Punca jadi begitu biasanya adalah disebabkan oleh cara anda melakukan atau menguruskan perniagaan tidak betul. Untuk membetulkan perlaksanaan perniagaan, anda perlukan pengetahuan.

Dengan ilmu perniagaan yang betul, anda akan mampu mengubah cara berfikir dan cara bertindak yang betul. Oleh itu luangkan masa untuk menyemak samada anda betul dalam perlaksanaan urusan perniagaan anda.

Nasihat saya
Cukup dengan mengikuti satu atau dua kursus motivasi perniagaan untuk menaikkan semangat anda dan selebihnya cari ilmu atau kursus yang terperinci untuk melaksanakan dan membina perniagaan dengan cara yang betul.

Tidak ada kejayaan hanya dengan berbekalkan semangat yang kental. Semangat perlu disertai dengan cara perlaksanaan yang betul dan penuh terperinci.

Bayangkan perniagaan anda sebagai sebuah kapal terbang. Anda sedang membina sebuah kapal terbang yang bakal terbang dan membawa penunpangnya ke sana-sini.

Untuk membina kapal terbang yang mampu naik dan terbang dengan stabil, anda tidak boleh main hentam saja pembinaannya asalkan rupanya nampak seperti kapal terbang. Tidak ada kapal terbang yang akan naik dan terbang dengan baik jika cara pembinaanya tidak betul…..fikirkanlah betul-betul!

Untuk usahawan kecil yang mahu berjaya, anda boleh dapatkan khidmat bimbingan saya selama setahun di sini. Anda akan dibimbing untuk melaksanakan perniagaan dengan cara yang betul agar semangat tidak dibazirkan begitu saja dengan melakukan perkara tidak betul berulang-ulang.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge