Anda perlu sertai Kelab Usahawan Hidupringkas

By | 26/11/2012

Seperti mana yang semua maklum, ada ruangan pendaftaran dengan memasukkan email di ruang atas blog ini. Ia adalah ruangan pendaftaran untuk menyertai Kelab Usahawan Hidup Ringkas. Perkara asas utama yang mahu dikongsikan adalah minat untuk menjalani kehidupan yang ringkas.

Selain daripada itu, jika anda:

  1. Seorang usahawan
  2. Berminat menjadi usahawan
  3. Akan berhenti kerja makan gaji untuk jadi usahawan
  4. Makan gaji dan minat menjadi usahawan tapi tak berani nak henti kerja
  5. Pernah jadi usahawan tapi sekarang jadi tak ketahuan
  6. Pernah berjaya dalam keusahawanan tapi sekarang merosot dan menjunam
  7. Pernah kena teruk dalam perniagaan tapi kini naik semula
  8. Atau apa-apa saja yang sama seperti kesemua di atas
Jika anda ada salah satu daripada ciri-ciri yang disebutkan di atas, maka saya cadangkan, saya merayu agar anda mendaftar dengan memasukkan email dan menjadi ahli Kelab Usahawan Hidup Ringkas.
Aktiviti yang dianjurkan
Antara program yang akan disusun adalah pertemuan sarapan bersama saya dengan lain-lain usahawan atau bakal usahawan atau peminat keusahawanan seramai lebih kurang 10 orang sahaja setiap kali pertemuan.
Apabila jumlah pendaftaran ramai, maka pengumuman sesi sarapan santai atau lain-lain program akan dibuat hanya kepada para ahli kelab sahaja.
Dalam pertemuan, kita akan berkongsi kejayaan, kesusahan, idea, peluang, motivasi dan lain-lain tajuk yang boleh membantu semua orang berjaya dalam perniagaan dan kehidupan masing-masing. Budget untuk setiap sesi adalah RM20/= seorang.
Sebagai usahawan kita hendaklah saling bantu membantu untuk besarkan syarikat sebesar-besarnya, manakala kita sebagai taukeh biarlah kekal menjalani kehidupan yang ringkas sederhana.
Sila daftar dengan segera untuk menjadi ahli Kelab Usahawan Hidupringkas agar anda tidak terlepas pengumuman untuk bersama serta sesi perbincangan dan perkongsian Sarapan Usahawanjaya!!!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Anda perlu sertai Kelab Usahawan Hidupringkas

  1. Zuhaidah Binti Sudin

    Saya baru hendak berhenti kerja, sedang mencari arah untuk memulakan perniagaan, harap sudi terima saya menjadi ahli kelab Usahawan Hidupringkas. Terima kasih.

    Reply
  2. osman

    saya perlukan bimbingan dari mentor hidup ringkas..setiap kali membaca tulisan hidup ringkas..banyak manfaat untuk memotivasikan diri..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge