Bagi yang dah lama berniaga, ini soalan cepumas yang wajib anda tanya.

Agaknya, kalau anda nak jual bisnes tu sekarang. Bisnes yang anda sedang buat tu. Bisnes yang jadi sumber pendapatan anda selama ini .. agak-agaknya, ada tak orang yang berminat nak beli?

Kenapa nak jual bisnes anda?

Ada macam-macam sebab kenapa orang yang ada bisnes atau ada syarikat perniagaan, terfikir nak jual saja bisnes yang dia sedang buat tu.

Paling kerap yang saya jumpa, dia nak jual bisnes sebab dah tak tahan menanggung rugi.

Kerja teruk setiap hari cuba hidupkan bisnes. Tapi malangnya setiap bulan kena ‘pump’ duit poket masuk ke dalam akaun syarikat sebab nak selesaikan segala pembayaran dan bil perniagaan.

Nak kena bayar gaji pekerja, duit syarikat tak cukup. Nak kena bayar bahan mentah dan segala kos tetap operasi perniagaan tapi duit dalam akaun syarikat tak cukup atau tak ada dah.

Kalau perniagaan anda berada dalam keadaan macam itu, ertinya jumlah jualan yang anda buat dalam perniagaan itu tak mencukupi. Sales tak capai titik pulang modal.

Agaknya, ramai ke orang yang sudi beli bisnes macam tu?

Anda sendiri tahu jawapannya.

Siapa kebulur nak beli bisnes yang merugikan?

Itu bukan cerita nak jual bisnes. Sebaliknya nak jual apa saja aset yang syarikat ada untuk berhenti terus dari perniagaan.

Kebiasaannya, harga jualan adalah harga runtuh. Pembeli akan tekan penjual yang memang dah tak ada pilihan selain dari cuba rendahkan kerugian yang dah memang ditanggung selama ini.

Kalau anda buat bisnes workshop kenderaan, anda akan jual segala peralatan yang ada. Tak timbul isu nak jual bisnes pun sebab terang-terang bisnes anda tu tak ada pelanggan.

Kalau anda buat perniagaan ajen pelancongan, anda mungkin nak jual lesen ajen pelancongan yang syarikat ada. Juga tak timbul nak jual bisnespun sebab memang tak ada bisnes yang mencukupi.

Bisnes ada untung tapi nak jual juga

Sebab lain yang membuatkan seseorang nak jual bisnes adalah kerana dia dah malas nak teruskan perniagaan yang dia jalankan sekarang.

Bisnes memang ada buat untung.

Malah dia sendiri selama ini banyak buat duit beli harta di sana sini melalui duit yang dijana oleh bisnes yang diusahakannya.

Duti simpanan taukeh juga boleh tahan banyaknya. Juga hasil dari keuntungan perniagaannya selama ini.

Sekarangpun bisnesnya masih tetap berjalan lancar dan menjana keuntungan.

Cuma taukeh dah mula rasa letih sangat mungkin atas faktor umur.

Anak-anak pula kesemuanya tak berminat dengan bisnes yang ayahnya jalankan. Masing-masing ada kerjaya yang baik. Hasil dari usaha ayah selama ini memberikan pendidikan yang baik hingga semuanya jadi profesional dalam kerjaya masing-masing.

Bila dah jadi macam tu, taukeh tak ada pilihan lain untuk rehatkan diri selain dari buat tawaran untuk jual saja bisnesnya pada sesiapa yang berminat.

Kalau ada kes macam itu. Agaknya ada ke orang yang berminat nak beli?

Jawapannya …

Belum tentu!.

Anda berniaga atau kerja sendiri?

Samada orang nak beli atau tidak bergantung kepada soalan kat atas tu. Samada anda ni seorang usahawan yang menjalankan perniagaan atau hanya seorang peniaga yang kerja sendiri.

Kalau nak tahu samada anda kerja sendiri atau berniaga sebagai seorang usahawan mudah saja.

Cuba bayangkan kalau anda anda tak pergi kerja macam biasa. Tutup semua telefon. Jauhkan diri dari perniagaan tu. Duduk rumah saja atau lebih bagus lagi pergi masuk ke dalam hutan Taman Negara di Pahang atau Perak berkampung dengan orang asli selama beberapa bulan.

Agaknya bisnes tu masih tetap berjalan lancar atau tidak?

Kalau dengan berbuat demikian, bisnes anda masih tetap berjalan lancar macam tak ada apa-apa yang berlaku. Masih tetap menjana keuntungan dan terurus dengan baik. Maknanya anda memang seorang usahawan yang berniaga dengan baik.

Tapi. Jika dengan berbuat begitu, bisnes anda terus mampus. Berterabur bertempiaran lari habis kesemua pekerja. Tak ada orang yang tahu nak buat apa-apa. Pintu kedaipun tak terbuka tanpa kehadiran anda. Maka itu jelas dan nyata anda selama ini hanyalah seorang yang makan gaji di premis perniagaan anda sendiri.

Bisnes jalan hanya sebab kemahiran anda.

Bisnes jalan hanya sebab anda ada.

Orang kenal bisnes yang anda buat sebab anda. Ertinya orang lebih kenal anda dari bisnes anda sendiri. Mereka mhukan perkhidmatan anda dan bukannya perkhidmatan atau produk yang ada dari bisnes anda.

Cuba fikirkan !

Siapa nak beli bisnes anda kalau macam tu?

Apa lagi jika orang yang nak beli tu tak dapat pastikan yang anda akan bantunya ambil alih dalam tempoh masa yang mencukupi sehingga dia dapat serap kesemua maklumat dan kemahiran yang anda simpan dalam diri anda itu selama ini.

Kalau orang yang nak beli bisnes anda itu ada kemahiran sama macam yang anda ada, isu lain yang mungkin timbul adalah, adakah pelanggan tetap yang ada selama ini nak berurusan dengan orang lain pulak?

Itu juga satu risiko yang besar pada orang yang nak beli perniagaan anda tu.

Maksudnya, jualan yang ada selama ini tidak solid. Mungkin tidak ada ikatan perjanjian atau kontrak yang jelas dan terjamin.

Siapa nak beli bisnes yang sebaik saja diambil alih, habis kesemua pelanggan lari?

Bina bisnes yang mudah untuk dijual

Sebelum nak fikirkan untuk jual saja perniagaan anda sekarang, anda perlu pastikan bisnes anda itu mudah untuk mendapatkan pembeli yang berminat.

Pastikan orang berminat nak beli syarikat anda dengan harga yang lumayan sebab bisnes anda memang terjamin menguntungkan walau siapa saja yang jadi taukehnya.

Bisnes anda dah auto pilot.

Bisnes anda ada jualan yang sangat solid dan terjamin kukuh.

Orang berurusan dengan bisnes anda sebab sistem perjalanan syarikat anda sangat cekap dan memuaskan hati semua pengguna. Bukan anda yang jadi nyawa penting untuk bisnes itu hidup. Sebaliknya sistem perjalanan keseluruhan bisnes itu sendiri yang anda dah bina dnegan baik selama ini.

Macam nak buat semua tu?

Cari coach.

Atau pergi kedai buku, cari buku yang berkaitan dan baca serta cuba laksanakan.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge