Artikel kali ini disumbangkan oleh salah seorang Coach dalam Team Hidupringkas Biz Coaching untuk tatapan anda semua. Beliau merupakan seorang usahawan dalam industri F&B dan menyertai cabaran menjadi Coach dalam projek HR Biz Coaching yang saya anjurkan. Kita baca apa yang saudara Sulaiman kongsikan di bawah…

seorang usahawan

Anda sepatutnya seronok menjadi seorang usahawan

Apa yang mendorong anda jadi orang bisnes?

Boleh dikatakan hampir semua orang menjadikan wang dan harta sebagai pendorong untuk menceburkan diri dalam dunia peniagaan.

Gambaran hidup mewah atau paling kurang pun kita hendak hidup selesa bersama keluarga.

Boleh beli kereta idaman, boleh sediakan rumah yang selesa, boleh bawa keluarga pergi jalan-jalan makan angin dan bermacam-macam lagi gambaran yang seronok kita angankan semasa hendak mulakan perniagaan.

Sama juga dengan saya, perkara-perkara inilah yang sangat mendorong.

Hakikat sebenar dunia perniagaan

Namun dunia sebenar perniagaan tidak seperti yang kita jangkakan, terutama masa kita hendak mula bertatih.

Kita tersangatlah sibuk mengalahkan PM keluar gelap balik pun gelap, tapi cukup bulan kita tidak tahu duit untung pergi mana.

Duit habis untuk bayar sewa, gaji, pembekal dan yang lagi ‘best’ segala usaha dan tenaga kita hanya untuk bayar hutang. Fuhh tak tidur malam dibuatnya.

Ada yang sampai sekarang masih mengalami mimpi ngeri dikejar hutang walaupun sudah 10 tahun berniaga. Sahih anda tidak akan gembira.

Punca tidak seronok dengan dunia perniagaan sendiri

Berikut saya kongsikan diantara beberapa faktor yang sering dihadapi oleh usahawan bimbingan saya atau mungkin juga menjadi punca kepada anda tidak gembira.

1. Tabiat atau cara hidup sebagai usahawan yang tidak betul.

Kita tidak pernah menggunakan diari untuk mencatit perkara yang berkaitan dengan urusan perniagaan tapi setiap hari tanpa gagal kita mampu update isu-isu lain di wall Facebook .

Tidak pernah peruntukkan masa untuk merancang, bila tidak pernah mencatit dan tidak merancang memang sukar untuk mengukur tahap pencapaian bisnes kita.
Bila kita tidak tahu tahap pencapaian, mana nak datangnya keseronokan.

Kurang besenam juga punca kita tidak seronok, tidak bertenaga, lesu, cepat letih akibat kurangnya stamina. Sel-sel otak juga payah nak berhubung haha.

Kurang jaga makan, yang kita buat jaga atau celik saja kita makan. Badan mudah lesu dan mengantuk bila terlebih makan, penyakit juga mudah hinggap dan menjadi punca malapetaka untuk kita tidak gembira walaupun kita kaya.

2. Pengurusan Kewangan yang tidak teratur

Seperti yang sering dipaparkan di dalam blog ini, mengurus kewangan itu penting. Ramai yang berduka dengan perniagaan mereka sendiri kerana tidak pernah urus duit dengan baik.

Tugas yang paling mudah pun tak buat malah tidak pernah sampai seru pun untuk mencatit wang keluar dan wang masuk syarikat,.

Tidak pernah ambil tahu pasal jualan dan kos bulanan. Sudah memadai hanya tahu duit sentiasa ada dalam poket tidak kiralah sikit atau banyak, duit peribadi atau duit syarikat.

Bila kita tidak tahu untung atau rugi dan tidak ambil tahu pasal tahap prestasi kewangan syarikat, bagaimana kita hendak seronok.

Cuba banyangkan bila kita ada buat graf pencapaian dan ia menunjukkan kenaikan yang mencanak, apa yang anda rasa? sudah pasti kita akan seronok.

3. Pemasaran tidak mantap

Sejak mula buka bisnes tidak pernah pun ajak bakal pelanggan datang ke kedai. Kita asyik berprasangka baik buat iklan sekali setahun dengan andaian pelanggan akan datang setiap hari menyerbu kedai kita sambil berkamping pada malam sebelumnya.

Aktiviti pemasaran ini ibarat macam kita makan nasi. Hari-hari kita perlukan makan untuk hidup. Samalah dengan pemasaran, kita perlu hari-hari jemput pelanggan datang.

Buat iklan sekerap yang mungkin. Bila kerap kita panggil keraplah pelanggan akan datang dan ramailah yang menyerbu kedai kita, bila sudah ramai yang serbu dan tak menang tangan, sudah pasti senyuman anda sampai ke telinga.

Dari seorang yang kusut menjadi usahawan yang girang.

Pengalaman saya membimbing seorang usahawan kedai tayar di Kota Merudu Sabah, En Celesterwells bin Razond merupakan bekas kontraktor Elektrik di sekitar Sabah.

Pernah mendapat kontrak puluhan hingga ratusan ribu, sehingga pada satu masa duit turun macam air hujan dari langit-mencurah-curah (itulah yang pernah diungkapkan kepada saya).

Namun keseronokkan itu tidak kekal lama, sampai suatu ketika perniagaan semakin merosot. Beliau menjadi letih, tertekan, mudah marah dan tidak lena tidur setiap malam akibat dari masalah perniagaan.

Mula mencari jalan penyelesaian. Beliau cuba menukar arah perniagaan dengan menceburi bidang pernigaan tayar dan berharap agar perniagaan ini dapat mengubah nasib.

Perkara ini sering dibuat oleh ramai perniaga, ubah haluan kononnya pernigaan ini sudah tidak bagus, kena buat bisnes baru yang boleh dapat pendapatan baru atau sekurang-kurangnya dapat mood baru.

ternyata itu bukan jalan penyelesaian, Bukan perniaagan itu yang tidak bagus, Yang silap adalah cara bagaimana kita menguruskan pernigaan itu.

Berbalik kepada cerita En Celes tadi, Setelah beberapa bulan menyertai bimbingan, Beliau mula nampak dan mengakui ada beberapa faktor yang menyebabkan beliau kusut dalam perniagaan.

Seperti faktor yang saya senaraikan di atas, 3 punca utama beliau yang perlu ditangani segera. Satu demi satu perkara saya cuba terapkan dan ubah, walaupun pada sesi awal beliau tidak yakin program ini dapat membantu, sebab nak ubah tabiat manusia bukan perkara yang mudah.

Selepas pertemuan ke 4 barulah beliau celik dan mengikuti program ini secara fokus, Alahamdulillah perubahan sudah nampak pada sesi yang ke 6.

Perubahan dari segi jualan dan keuntungan meningkat walaupun sedikit, yang paling penting sekali kepala tidak pening lagi dan beliau sudah seronok menikmati kerjaya sebagai usahawan sekarang berbanding dahulu.

Bagi anda yang sedang pening memikirkan masalah perniagaan atau yang nak tingkatkan prestasi syarikat, anda boleh menyertai kami dalam program business coaching anjuran HidupRingkas.com sedikit masa lagi.

Dan anda sepatutnya seronok menjadi seorang usahawan

P/S Bagi anda yang berada di Sabah, Jika ingin menukar tayar dalam harga bajet boleh lah berkunjung ke kedai Celes @ Tayar Kg Batu 4, Jalan Langkon, 89108, Kota Marudu, Sabah Tel : 019-5364300

Dapatkan tayar 2nd Hand bunga tebal, ada warranty.

Total
42
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

15 comments

  1. Assalam Tuan Subhi,

    Saya merupakan salah seorang peserta tuan untuk seminar Menilai Potensi Perniagaan. Setiap minggu. mmg senantiasa menunggu entry terbaru dari blog tuan.

    Hopefully, dapat sertai sessi/program coaching yang akan tuan anjurkan. Perlukan mentor untuk membawa bisnes ni ke jalan yang lurus, dan bukan jalan yang sesat…

    Thanksa lot, untuk perkongsian tuan setiap minggu.

    ” LEARN something today, so you can TEACH something tomorrow”

    1. Dulu ketika makan gaji, pergi buat urusan di pejabat kerajaan di putrajaya, terbit satu perasaan ” Best nye orang kejer kat putrajaya ni under government,ofis cantik, segala nye mcm heaven jer dok keje jat sini”

      Selepas setahun buat bisnes sendiri, terbit satu perasaan yang lain pulak bile buat urusan di pejabat kerajaan di putrajaya ” Kenapa la org melayu ni suka sangat nak makan gaji?”.

      Best ooo buat bisnes.. he he he he..

    1. Hantar ler cerita pengalaman pahit manis tu kat sini, kita kongsikan sebagai panduan dan pedoman… buat artikel pengalaman mula berniaga dan senaraikan kesilapan sebagai panduan… apa macam , boleh ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge