World-In-Your-Hands-Concept-MapArtikel kali ini saya hanya ingin berceloteh sahaja. Berkenaan andaian mengarut terhadap duit dan perniagaan. Juga kesannya terhadap andaian mengarut tersebut pada para usahawan.

Duit dan perniagaan dalam zaman moden ini tak boleh dipisahkan. Kalau zaman dahulu mungkin ada sedikit perbezaan sebab tok nenek kita dulu berniaga main tukar barang.

Konsep duit memang dah ada, tapi sekadar salah satu dari pilihan pertukaran dalam perniagaan. Saya tak berapa arif tentang bagaimana orang dulu kala berniaga, yang pastinya orang dulu tak bergantung pada duit untuk menjalankan perniagaan.

Sekarang duit dah jadi segala-galanya buat sebahagian besar dari kita. Sehinggakan mata jadi kelabu fokuskan pada duit.

Orang mula mengandaikan dengan duit kita boleh dapat segala-galanya. Lalu timbullah andaian mengarut,

  • Kalau ada duit baru boleh dapat rumah
  • Kalau ada duit baru boleh kahwin
  • Kalau ada duit baru boleh dapat kereta
  • Kalau ada duit baru boleh kaya
  • Kalau ada duit baru boleh berniaga
  • Kalau ada duit baru boleh tidur lena
  • Kalau ada duit baru boleh jalan makan angin
  • Kalau ada duit baru boleh majukan perniagaan
  • Kalau ada duit baru boleh makan sedap

Akibat dari perhatian yang terlalu fokus pada duit, membuatkan kebanyakan dari kita menjadi tidak kreatif. Ramai yang mengeluh dan mengharapkan mereka ada duit, dan mereka mahu banyak duit.

Seandainya kita tukar pemahaman terhadap duit itu sebagai hanya salah satu daripada cara untuk dapatkan kesemua yang saya senaraikan di atas tadi, maka kehidupan dan perniagaan akan menjadi jauh lebih mudah.

Kita perlu tanam kepercayaan bahawa duit hanyalah satu daripada banyak lagi cara untuk dapatkan apa yang kita mahukan. Duit hanya sebagai medium atau perantara dan masih ada anyak lagi perantaraan lain.

Apa yang penting, kita mesti jelas dengan apa yang kita mahukan.

Kalau anda katakan mahu duit sebanyak RM1 juta, anda perlu mampu jawab nak buat apa dengan duit sejumlah itu?

Mungkin anda nak beli rumah besar dan sebuah kereta mewah. Jadi sebenarnya itulah yang anda mahukan. Sebuah rumah besar dan sebuah kereta mewah, duit hanyalah salah satu cara untuk dapatkan perkara tersebut.

Dua fakta tentang duit yang mengejutkan

Ada dua fakta penting yang mampu membuka mata anda yang masih anggap duit dapat membuatkan anda maju ke depan dan mula atau besarkan perniagaan.

  1. Kebanyakan orang kaya yang ada sekarang bermula dengan tak ada duit.
  2. Majoriti orang yang menang loteri atau nombor ekor dengan jumlah wang yang banyak akan jatuh bankrup atau susah dari sebelum menang dalam tempoh setahun atau dua tahun selepas menang.

Daripada fakta pertama, anda perlu tolak andaian bahawa kalau nak berjaya jadi kaya mesti bermula dengan ada banyak duit.

Saya kata begitu sebab ramai kawan-kawan yang sedang berniaga sekarang berikan alasan tak ada duit yang menyebabkan mereka tak boleh maju. Jadi fikirkan semula andaian anda itu.

Fakta kedua pula anda boleh lihat dengan jelas terbukti bahawa bila orang diberikan duit yang banyak, mereka berakhir dengan jadi lebih susah.

Ertinya anda akan menjunam bila dapat banyak duit. Maka di mana buktinya andaian bahawa kalau nak berjaya kena ada duit banyak?

Mungkin anda perlu pertimbangkan cadangan ini,

” Kalau nak berjaya, mesti mula dengan tak ada duit…?”

Soalan seterusnya adalah,

” Bagaimana aku nak capai sasaran dengan tak ada duit sekarang ini. Selain dari duit, apa yang boleh membantu aku capai sasaran?”

Satu lagi soalan khas buat mereka yang berniaga,

“Siapa yang boleh bagi aku berjaya dengan perniagaan yang sedang aku jalankan sekarang ini?”

Dan untuk pengetahuan anda, jawapan pada soalan akhir di atas tentu anda setuju jika saya katakan bahawa, pelanggan lah yang boleh bantu anda sekarang.

Oleh itu kalau nak berjaya, pergilah cari pelanggan anda itu.

Ingat, duit hanya salah satu perantara untuk realisasikan sasaran anda. Kalau anda tak ada duit, carilah perantara lain.

Total
23
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

    1. biasalah, itu namanya berniaga. Ada untung ada rugi. Pastikan kekerapan untung mengatasi kekerapan rugi dan seimbangkan pendapatan supaya sentiasa untung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge