makna perniagaan stabilSelepas saya menulis satu artikel berkenaan berapa lama perniagaan stabil selepas memulakan sesebuah perniagaan, timbul satu soalan cepumas seperti tajuk entri di atas, apa makna perniagaan yang stabil?

Memang menarik untuk kita melihat makna perniagaan yang stabil ini sebagai pedoman dan juga maklumat untuk kita merangka strategi bagi mencapai matlamat menjadikan perniagaan kita stabil.

Perniagaan yang stabil boleh difahami dari perumpamaan belajar naik basikal

Saya sering gunakan contoh belajar naik basikal dalam memberikan contoh tentang perniagaan. Banyak perkara yang sama keadaannya jika seseorang itu pernah belajar nak basikal jika kita mahu faham tentang ilmu perniagaan.

Ramai orang ingin tahu apakah cara yang paling hebat, mudah dan berkesan untuk belajar tentang perniagaan agar orang yang tak tahu berniaga boleh terus faham dan pandai berniaga.

Untuk menjawab soalan tersebut, cuba ingat semula bagaimana anda belajar naik basikal sampai akhirnya pandai menganyuh dan seimbangkan.

Hampir semua orang cekap naik basikal hanya setelah dia ambil basikal dan naik. Mungkin ada yang membantu dengan memegang terlebih dahulu sambil memapah anda, mungkin juga anda terus mencuba sendiri setelah melihat kawan atau saudara yang mampu naik basikal.

Pentingnya, tak ada orang akan faham cara naik basikal selagi dia tidak pegang dan naik basikal berkali-kali sehinggalah mahir. Seandainya anda pergi ke Harvard dan mengikuti kuliah cara naik basikal dari seorang professor yang pakar dalam bab basikal, dan diajar selama 6 jam teknik naik basikal, anda masih belum mampu naik basikal.

Walaupun anda rasa cukup faham apa yang diajarkan dalam kuliah tersebut, sebaik sahaja keluar dean kuliah dan diberikan basikal, belum tentu anda akan mampu dan mahir berbasikal.

Perniagaan sebenarnya sama sebijik macam itu juga. Masuklah Harvard, masuklah MIT, masuklah Business School mana sekalipun. Belajarlah sampai dapat PhD. Sebaik saja tamat belajar, anda belum benar-benar faham dan mampu menjalankan perniagaan dengan mudah dan berjaya.

Anda perlu terjun dahulu berniaga dan dari situ kefahaman mula datang satu persatu masuk ke dalam dada. Anda mula sesuaikan diri, melihat keputusan dan membuat perubahan demi perubahan, pembaikan demi pembaikan sehinggalah berjaya.

Itu semua makan masa dalam lingkungan 5 tahun!.

Apakah perniagaan yang stabil tak boleh ada masalah

Untuk menjawab persoalan di atas, lihat kembali soalan samada seorang pengayuh basikal yang cekap tak boleh jatuh dari basikalnya. jawapannya anda sendiri boleh jawab. Malah pengayuh basikal profesional yang masuk Le Tour de Langkawi pun biasa jatuh malah yang jatuh matipun ada.

Ertinya, jika perniagaan anda stabil macam mana sekalipun, kemungkinan ada masalah, perniagaan menjunam, perniagaan semput dan seumpamanya pasti ada sekali sekala.

Cekap ataupun belum cekap, kemungkinan akan jatuh tetap ada. Bezanya adalah, yang cekap jarang jatuh manakala yang kurang cekap lebih kerap jatuh.

Satu lagi perbezaan adalah mereka yang cekap naik basikal lebih berpengetahuan tentang kemungkinan yang akan berlaku dalam keadaan yang dilihatnya. Jika ada busut, dia boleh bayangkan akibatnya jika dia naik lagu dan langgar busut tersebut.

Kalau ada selekoh penganyuh pasikal yang cekap boleh agak kelajuan yang sesuai untuk ambil selekoh itu. Ini menunjukkan bahawa dia cekap membayangkan kemungkinan berdasarkan apa yang ada di sekelilingnya dan membuat penyesuaian bagi menghadapi kemungkinan tersebut agar selamat.

Berbeza dengan yang kurang mahir naik basikal. Dia masih belum dapat mengjangkakan kemungkinan berdasarkan keadaan yang berbeza. Sebab itu kita lihat anak kecil kita yang dah cekap berbasikal boleh memecut di selekoh yang rata maupun yang ada pasir.

Itu semua membuatkan dia terpelanting beberapa kali sebelum berhati-hati di lain hari. Bila dah kena baru dia belajar. Proses kena dan belajar dalam keadaan yang berbagai dan berbeza itulah yang akan membuatkan dirinya cekap dalam banyak keadaan.

Jadi apa maknanya perniagaan yang stabil

Dengan cerita naik basikal di atas saya harap anda boleh dapat faham apa makna perniagaan yang stabil. Dan anda tentu faham kenapa perniagaan stabil mengambil masa sekurang-kurangnya 5 tahun.

Dalam fasa itu, anda pada dasarnya sudah cekap dan berupaya mengjangkakan kemungkinan apa akan berlaku berdasarkan keadaan yang dihadapi atau bakal dihadapi. Anda boleh membuat penyesuaian bagi membetulkan keadaan atau bagi mengambil kesempatan jika ada.

Walaupun anda berpengalaman dan boleh tahu atau mengjangkakan segala kemungkinan, jika anda tidak bertindak, segalanya akan terlepas begitu sahaja. Samalah macam penganyuh basikal tadi bila dah tahu selekoh ada minyak atau pasir halus, dia terus lipat dengan laju juga, minta maaf sajalah…bergolek juga!.

Sebagai ringkasan, perniagaan yang stabil adalah perniagaan yang mana anda sebagai Taukeh dan juga kumpulan pengurusan yang ada di dalam perniagaan tersebut cekap membuat analisa dan jangkaan dalam berbagai keadaan. Anda hanya perlu mengambil tindakan yang sesuai sahaja bagi menghadapinya.

Lebih mudahnya jika saya katakan bahawa perniagaan yang stabil adalah sebuah perniagaan yang ‘predictable’. Lebih predictable, maka lebih sbail perniagaan anda!. Harap pembaca faham maksud saya….!

Nota: Jika anda punya pekerja yang tidak boleh dijangka atau suka membuat kejutan, anda sengaja membuatkan perniagaan tidak stabil jika tidak membuang pekerja tersebut! Pastikan aktiviti, pelaburan, operasi, pemasaran, sumber manusia dan semua urusan perniagaan anda adalah predictable.

 

Total
1
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge