Masalah yang biasa dihadapi dalam perniagaanEh!, termenung ja semenjak dua menjak ini!, berkerut dahi  memerah akal, apa masalah perniagaan anda agaknya?

Siapa saja anda, yang sekarang ini sedang membaca tulisan ini, jika anda merupakan seorang usahawan, pasti tahu dan mengaku bahawa tak ada seorang usahawan pun yang dapat lepaskan diri daripada menghadapi masalah.

Masalah tak akan pernah habis melanda usahawan semenjak dari mula berniaga, ketika perniagaan masih kecil sehinggalah perniagaan berkembang dan membesar.

Walau apapun masalah perniagaan anda, percayalah bahawa selama ini, sejak anda mula menjalankan perniagaan sehinggalah sampai di sini sekarang ini, masalah perniagaan itulah yang telah membawa anda ke mari.

Keadaan anda sekarang bergantung pada sikap anda terhadap masalah perniagaan

Ada dua kemungkinan yang sedang berlaku pada anda sekarang. Setelah beberapa lama menjalankan perniagaan, sudah tentu ada perubahan yang berlaku. Dari kecil menjadi besar atau dari besar semakin mengecil.

Kemungkinan #1

Anda sekarang mungkin seorang usahawan besar dengan syarikat dan perniagaan yang besar. Anda boleh jadi sudah punyai bangunan sendiri, ada pemandu yang sentiasa bersedia membawa anda ke mana saja mesyuarat selepas ini.

Kemungkinan #2

Atau anda sekarang mungkin seorang usahawan bermasalah. Perniagaan dari 10 mengecut tinggal 1. Pendapatan daripada RM3 juta setahun, kini dah menyusut tinggal RM100 ribu sahaja. Anda sudah tak ke pajabat dan membiarkan pekerja kendalikan perniagaan ikut suka hati mereka.

Walau yang mana satupun kemungkinannya, anda perlu tahu bahawa kedudukan anda sekarang adalah berpunca daripada apa masalah perniagaan anda, dan bagaimana anda menghadapinya.

Jika setiap masalah yang datang anda hadapinya dengan sabar, cari jalan sehingga berjala selesaikannya, maka anda akan meningkat setapak ke atas.

Jika setiap masalah yang datang anda merungut, melarikan diri, mencari alasan dan beralih arah kepada urusan lain yang anda suka dan selesa sedangkan ia tidak membantu perniagaan anda, maka anda akan jatuh setapak ke bawah.

Ringkasnya, orang yang berjaya, yang besar syarikat serta perniagaannya sekarang merupakan mereka yang sering menghadapi masalah demi masalah dan dia tunggu untuk diselesaikan. Dia tidak lari, tidak putus asa selagi masalah itu tidak diselesaikan.

Manakala orang yang merosot kedudukannya sekarang dan kekal lama dalam keadaan itu biasanya mereka yang samada tak pernah hadapi masalah atau ada masalah tetapi tidak diselesaikan. Sebaliknya melarikan diri.

Apa masalah perniagaan yang biasa dihadapi usahawan

Ada banyak masalah sebenarnya yang sering melanda usahawan tanpa henti sejak mula sampailah dia tutup perniagaan. Selagi perniagaan berjalan, kesemua masalah ini akan berulang-ulang.

Cuma bezanya adalah jika perniagaan anda kecil, masalah tersebut akan datang dalam skala yang kecil. Begitulah juga jika perniagaan anda besar maka masalah itu akan datang dalam skala yang juga besar.

Berikut saya senaraikan masalah asas yang sering dihadapi oleh para usahawan:

  1. Masalah semangat yang hilang – Ini merupakan masalah pada diri usahawan itu sendiri yang adakalanya datang dan pergi. Bila rugi teruk, semgat turun, bila banyak kerja sangat tapi tak untung, semangat juga akan mula pudar. Masalah ini perlu dihadapi dan diselesaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kerana ia merupakan perkara paling penting nombor satu dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.
  2. Masalah akaun – Ini juga antara masalah paling top di hadapi oleh ramai para usahawan. Ia melibatkan perniagaan yang tak menguntungkan, kos operasi yang tinggi, wang tunai tak ada, bayaran tak masuk. Tak tahu ke mana duit menghilang, tak pasti samada boleh bayar hutang dan lain-lain lagi seumpamanya. Jika masalah ini tak diselesaikan, akan membawa kepada timbulnya masalah pertama di atas.
  3. Masalah pekerja – Ini juga satu masalah yang amat lumrah datang silih berganti. Jika dilayan dan diambil hati boleh membuatkan taukeh lari. Usahawan akan sering berhadapan dengan pekerja yang tak buat kerja, malas, suka ponteng, tak tahu nak buat kerja, tak berminat datang kerja, tak boleh diharapkan, tak bekerjasama dan senarainya akan datang berjela-jela. Tak pernah habis.
  4. Masalah pemasaran – Ini juga masalah biasa dihadapi oleh para usahawan. Kekangan kewangan membuat tak ada banyak pilihan. Tersilap habiskan wang untuk pemasaran yang tak menjadi bakal membungkuskan perniagaan. Nak buat tak pasti, tak buat tak boleh. Kalau sekadar tunggu atas kerusi pejabat, pelanggan tak akan datang. Jadi nak buat macam mana?
  5. Masalah jualan – Jika masalah pemasaran berjaya diselesaikan dan berjaya membuka pagar yang memisahkan antara pelanggan dengan syarikat anda, timbul pula masalah jualan. Pelanggan datang tapi tak beli. Atau pelanggan beri respon tapi tidak dilayan pula dan sebagainya.
  6. Masalah tak ada sistem – Jika kesemua di atas berjalan, akan datang pula satu masalah di mana jika taukeh tak ada, seluruh pergerakan akan terhenti secara tiba-tiba. Semua orang mengharapkan kehadiran taukeh untuk selesaikan semua perkara penting. Taukeh yang sebegini biasanya matanya lebam dan bengkak dan dia dah bertahun-tahun tak pernah bercuti panjang.
  7. Masalah perniagaan tak menyerlah – Ini merupakan satu masalah biasa yang akan dihadapi oleh kesemua perniagaan yang dah lama berjalan. Ia hanya mampu menyara semua bil dan tunggakan, membayar sedikit dividen pada taukeh dan begitulah seterusnya. Biasa saja. Masalah ini membuatkan pelanggan tidak pernah ambil kisah untuk mencadangkan syarikat kita pada kawan atau kenalannya.

Cuba lihat semula senarai diatas dan tanya diri anda apa masalah perniagaan anda sekarang. Pastikan anda tahu mana satu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum melangkah kepada masalah yang lain pula.

Walau bagaimana pun apa saja masalah perniagaan yang saya senaraikan di atas pasti sentiasa akan datang silih berganti.

Melainkan jika anda berjaya memantapkan perkara nombor 6 di atas tadi, maka selagi tu perniagaan anda atau syarikat anda tidak akan mampu menyelesaikan masalahnya sendiri.

Untuk pengetahuan anda, kesemua perkara tersebut di atas merupakan perkara yang saya berikan tumpuan dalam program HR Biz Coaching yang saya anjurkan. Usahawan yang menghadapi masalah akan dikenal pasti apa sebenarnya masalah mereka.

Selanjutnya pendekatan terbaik dirangka bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut sehinggalah perniagaan meningkat dan maju ke peringkat yang lebih baik. Insyaallah!.

Namun begitu, bukan semua usahawan yang berpendangan bahawa dia perlukan seorang pembimbing atau jurulatih. Dia percaya boleh melakukannya sendiri.

Buat usahawan jenis sebegitu, sila ambil perhatian kesemua masalah perniagaan yang saya berikan tadi dan berusahalah selesaikannya sendiri. Yang pentingnya anda tahu apa masalah perniagaan anda dan tahu pula bagaimana nak selesaikannya.

Total
6
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Terima kasih bro kongsikan..antara realiti yang bakal ditempuh bila terjebak dalam dunia pernigaan…bukan perniagaan sahaja artikel ni bermanfaat..dalam blogging pun boleh gak buat rujukan artikel ni..ada gak yang kena mengena..hehe
    Hafizul recently posted…4 Tips Bermanja Dengan SuamiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge