Soalan cepumas untuk usahawan yang dah buat perniagaan sepenuh masa…

“Apa masalah sebenar perniagaan saya?”

Kalau anda yang dah jadi usahawan, dah mulakan perniagaan di bawah sebuah syarikat. Tak kisah samada syarikat entreprise ataupun syarikat sendirian berhad, dan anda rasa gelabah, risau, hilang keyakinan dan seribu satu macam lagi perasaan.

Perasaan yang membuatkan anda tak boleh tidur setiap malam. Perasaan yang membuatkan ada rasa senak perut setiap kali nak pergi kerja dan paling sedih sekali perasaan seperti rasa menyesal berhenti kerja dan berniaga…

Kalau ada semua itu, satu nasihat paling mudah yang dapat membantu anda adalah dengan bertanyakan soalan…

“Apa masalah sebenar perniagaan aku ini…?”

Cari masalah sebenar perniagaan

Para pakar sering kaitkan pemimpin yang hebat dengan keupayaan mereka bertanyakan soalan yang hebat. Bermula dengan mencari soalan yang hebat untuk bertanya samada pada diri sendiri maupun pada mentor adalah langkah awal untuk menjadi seorang usahawan yang hebat.

Oleh itu, hentikan semua urusan sementara waktu, serahkan tugasan anda pada orang lain samada pekerja atau rakan kongsi atau rakan niaga atau siapa saja yang boleh bantu perniagaan diteruskan, anda akan lapangkan masa untuk diri anda sendiri.

Bila ada masa lapang, duduk sendirian dan mula tanya soalan yang penting ini. Pegang pen dan letakkan buku nota atas meja dan conteng soalan…

” Apa masalah sebenar perniagaan saya?”

Tarik nafas panjang-panjang dan mula senaraikan satu persatu apa saja masalah yang terlintas dalam kepala anda. Buatlah sebanyak mungkin senarai yang boleh difikirkan.

Bila dah buat semua senarai itu, anda akan mula rasa semakin lama semakin jelas. Nafas anda semakin tenang dan anda mula rasa semakin yakin dan bersemangat semula untuk meneruskan kerja berfikir itu.

3 masalah sebenar perniagaan anda

Berdasarkan pengalaman saya sendiri sejak bergelumang dalam dunia perniagaan saya boleh bantu anda ringkaskan kesemua senarai yang masalah perniagaan yang anda senaraikan tadi.

Percayalah walau panjang manapun anda senaraikan masalah perniagaan, anda tak akan lari daripada 3 masalah sebenar perniagaan anda. 3 Masalah tersebut adalah:

  1. Masa
  2. Pekerja / rakan niaga ( Team)
  3. Duit

Cuba semak semula senarai yang anda dah buat tadi dan masukkan salah satu daripada 3 masalah sebenar perniagaan anda tadi. Setiap masalah yang disenaraikan tentu akan membawa anda kepada salah satu daripada 3 masalah sebenar perniagaan yang saya berikan di atas.

Bila anda dah senaraikan kesemuanya cuba kira mana satu paling banyak. Adakah masalah masa, masalah team atau masalah duit?

Saya rasa anda tentu sedang tersenyum dan jawab dengan spontan… masalah duit adalah masalah yang paling banyak, betoi tak?

Kalau dah tahu itu masalahnya buatlah perancangan macam mana nak cari duit..LOL!

Ertinya nak kena buat satu lagi senarai untuk menjawab masalah sebenar perniagaan anda iaitu…

“Macam mana aku nak cari duit?”

Buat apa saja cadangan penyelesaian yang terlintas di kepala, tolong berfikir secara kreatif dan yakin diri anda yang anda adalah manusia yang amat kreatif dan bukan seorang pemalas yang bengap tak tahu nak senaraikan sebanyak mungkin cara nak cari duit…

Saya nak bagi hint sikit untuk anda selesaikan masalah duit di atas.

Untuk maklumat anda, sebanyak lebih dari 65% masa usahawan terbuang tanpa buat aktiviti menjual produk atau perkhidmatannya… berapa masa anda terbuang dengan buat aktiviti tak guna selain dari menjual? jawab bang! jawab!

Jadi anda dah jumpa masalah sebenar perniagaan anda sekarang… keluar dari bilik anda dan pergi jual apa saja produk atau perkhidmatan yang anda ada dan bring in more money!!!

Total
19
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge