Belajar dari bengkel perniagaanAlhamdulillah saya belajar satu lagi perkara baru dalam bengkel menilai potensi perniagaan yang dianjurkan baru-baru ini. Ada saja perkara baru yang boleh dipelajari setiap kali bengkel tersebut dianjurkan.

Bengkel kali ini dihadiri oleh peserta yang hebat-hebat. Ada dua orang doktor, ada seorang trainer, ada guru ada pelajar daripada Universiti Pertahanan.

Trainer yang menhadiri bengkel perniagaan saya tersebut merpakan seorang trainer yang jauh lebih berpengalaman daripada saya.

Dia juga lebih senior daripada saya yang baru setahun jagung berjinak dalam bidang yang boleh dimasukkan dalam kategori trainer juga.

Namun begitu saya bersyukur dan berterima kasih pada saudara Mohar, nama panggilannya, kerana memberikan komen yang sungguh positif terhadap bengkel perniagaan yang telah saya anjurkan.

Mungkin dia mahu memberikan semangat pada saya, memandangkan dia seorang trainer. Biasanya trainer memang terlatih dan suka melihat sudut positif saja pada setiap perkara. Ertinya memang ada sudut positif pada bengkel perniagaan tersebut dan ada sudut positif pada diri saya sendiri.

Banyak input-input menarik yang berjaya diselitkan oleh saudara Mohar sepanjang bengkel perniagaan tersebut berjalan. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada beliau.

Perkara menarik yang saya belajar

Pada bengkel pertama sekali yang saya anjurkan, masa yang diperuntukkan untuk menghabiskan bengkel tersebut adalah separuh hari. Saya akan habiskan keseluruhan perkara yang mahu disampaikan sebelum zohor, dan selepas itu semua boleh bersurai.

Antara komen yang saya dapat hasil daripada borang analisa bengkel adalah berkenaan dengan masa yang diperuntukkan. Ada yang komen bengkel rasa terlalu singkat dan elok diperpanjangkan lagi masa.

Setiap kali bengkel baru saya anjurkan saya akan panjangkan sedikit lagi masa bagi memenuhi perminataan peserta yang saya fikir perlu dipenuhi. Apa saja yang saya belajar dari komen para peserta yang dirasakan bagus akan saya terapkan dalam penganjuran bengkel baru.

Akhirnya pada bengkel baru-baru ini, saya tambah beberapa modul baru, saya perlahankan rentak penyampaian, saya banyakkan perkongsian pengalaman dan bermacam-macam lagi, sehngga membuatkan bengkel hanya tamat pada pukul 4.30 petang.

Dan setelah selesai, semua orang pulang, macam biasa saya akan baca terlebih dahulu kesemua borang analisa prestasi bengkel untuk mengetahui apa komen-komen para peserta.

Antara perkara yang sama tak pernah berubah adalah, kesemua (99%) memberikan komen hampir tiada perkara buruk yang didapati pada setiap bengkel yang saya anjurkan. Respon semua peserta dalam bab perkara buruk dalam bengkel memang membuatkan saya rasa cukup seronok.

Tetapi masih ada lagi komen yang memohon agar kursus atau bengkel itu dipanjangkan lagi masanya, walaupun saya dah habiskan satu hari untuk bengkel terbaru ini!. Walaupun saya dah panjangkan, mereka masih mahu panjang lagi!.

Bila melihat komen sebegitu yang ada pada setiap bengkel walaupun setiap kali bengkel baru saya panjangkan lagi tempohnya, saya terfikir berkemungkinan komen itu bukannya satu komen yang negatif, sebaliknya satu komen yang terselit perkara positif yang memberansangkan.

Saya dapat tafsirkan permohonan untuk dipanjangkan lagi tempoh masa perjalanan bengkel itu timbul atas dasar rasa masih tak puas mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman ketika berada di dalam bengkel. Perkongsian ilmu dari saya sendiri, penceramah jemputan dan dari para peserta dirasakan seperti tidak jemu dan mahu ditambah lagi.

Satu lagi sebab kuat saya katakan begitu adalah, saya dapati dalam semua bengkel yang telah dianjurkan, para peserta seperti tak mahu balik setiap kali bengkel telah menutup tirainya.  Ini tandanya mereka masih tak puas…! apakah itu tandanya positif atau negatif? apa pandangan anda?.

Bengkel selanjutnya pada bulan April 2014

Insyaallah bengkel yang sama akan saya anjurkan lagi buat mereka yang berminat pada penghujung bulan April 2014 nanti. Tarikh belum saya tentukan lagi tapi biasanya insyaallah akan diadakan pada hari Sabtu juga.

Jika anda berminat untuk membaca komen salah seorang peserta, Dr Mohar, yang merupakan seorang Jurulatih  dan Penceramah dalam bidang Pengurusan, boleh baca di blog nya di sini.

Oleh itu bagi anda yang mahu turut serta boleh segera daftarkan diri dengan klik butang di bawah:
[squarebox id=3]

Total
1
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge