Apa yang diborakkan dalam Sarapan usahawanjaya

By | 22/11/2012

Alhamdulillah berjaya juga kumpulkan beberapa usahawan dalam program sarapan pagi pada hari ini, Rabu 21/11/2012. Bagi saya perjumpaan sebegitu cukup menarik kerana atas beberapa faedah:

  1. Berkongsi pengalaman dan peluang yang ada sesama usahawan tak kira yang baru atau yang dah lama berniaga.
  2. Bersama-sama memikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah atau cabaran yang sedang dihadapi oleh para usahawan.
  3. Memberikan semangat untuk memajukan perniagaan lebih jauh apabila semangat ingin berjaya yang wujud pada semua usahawan yang hadir bersama digabungkan secara tidak disedari. Mereka yang hadir sudah tentu ada azam mahu berjaya yang menyebabkan mereka berusaha menghadirkan diri.
  4. Dapat belajar masalah baru yang belum pernah kita hadapi apabila dikongsikan oleh usahawan lain.
  5. Dapat menjana jaringan baru dan seterusnya membentuk satu pemikiran dan tenaga yang baru untuk bekerja selepas itu.
Antara perkara yang ditekankan dalam perjumpaan kali ini adalah:
  • Bagi yang sedang kerja makan gaji dan bercita-cita menjadi usahawan
    • Jangan asyik bertukar perniagaan dari satu perniagaan ke satu perniagaan yang lain sepanjang sambil bekerja. Itu namanya nak buat duit tambahan dan bukannya nak berniaga.
    • Para makan gaji sebenarnya sudah tidak perlu memikirkan masalah kewangan, oleh itu buat satu perniagaan yang kecil-kecilan yang anda minat dan bina perlahan-lahan.
    • Jangan tengok pada keuntungan yang besar buat permulaan. Keuntungan RM50 seminggupun sudah memadai, asalkan anda fokus.
    • Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bila dah jadi bukit, maka terjunlah sepenuh masa.
  • Bagi yang dah berhenti kerja dan berniaga
    • Masalah yang melanda adalah perkara biasa. Jika setiap orang yang berhenti kerja dengan mudah naik maju jaya, alamat tak akan ada orang yang makan gaji!
    • Hadapi masalah dengan memberikan tumpuan pada impian besar yang ada dalam kepala. Matlamat besar perlu ada dalam kepala dengan jelas. Tanpa matlamat besar ini, anda akan kelemasan dan hilang arah.
    • Jika anda sedang hadapi masalah kewangan. Cari bantuan dari berbagai sumber. Anda perlu yakin bahawa anda mampu membayarnya semula dan perlu ada perkiraan bila anda mampu berdikari dan melamngsaikan segala bantuan yang telah diminta.
    • Cara terbaik dan paling cepat dapatkan wang adalah dengan MINTA pada orang yang ada duit!
    • Jangan buat pinjaman tanpa ada keyakinan atau perkiraan bagaimana akan membayarnya kelak. Lebih tak ada duit dan tak ada perniagaan daripada ada hutang dan tak tahu macam mana nak bayar!
    • Jangan berhenti timba ilmu dan amalkan perkara berikut:
  • Bagi yang sudah lancar dan mahu membesarkan perniagaan
    • Luangkan masa untuk belajar dan mencari idea bagaimana dapat mengembangkan perniagaan yang sedang dilakukan.
    • Jangan cemburu tengok peniaga lain yang perniagaan mereka besar-besar dan punya kemampuan kewangan yang besar.
    • Mereka yang dah besar sebenarnya mengambil masa untuk itu semua dengan istiqamah melakukan dua perkara:
      • Susun perniagaan agar ia mampu berjalan dengan sendirinya.
      • Susun tahap pengurusan kewangan agar semua orang teringin untuk melabur pada syarikat perniagaan yang sedang anda jalankan.
    • Jika anda berikan tumpuan tanpa melatah buat perniagaan baru yang berbagai-bagai dengan harapan jadi cepat kaya, anda mensia-siakan masa menambahkan nilai syarikat perniagaan anda.
    • Perniagaan yang stabil dan mampu berjalan dengan sendiri boleh menjana kewangan yang banyak sekali gus dengan dua cara:
      • Jual kesemua syarikat anda pada mereka yang mahu membelinya. Anda akan dapat cash segera dan boleh gunakan cash tersebut untuk membentuk perniagaan lain yang anda rasa lebih minat atau lebih berpotensi.
      • Biarkan ia berkembang secara automatik dengan memantap kesemua sistem di bawah
        • Operasi
        • Jualan dan pemasaran
        • Kewangan
        • Sumber manusia
Banyak lagi perbincangan lain yang diselit ketika berborak sambil bersarapan. Insyallah jika ada sambutan saya akan adakan lagi pertemuan sarapan pada masa yang akan datang.
Saya mohon mereka yang menyertai sesi pertama ini dapat memberikan komen atau cadangan bagaimana dapat kita mantapkan lagi sesi sarapan usahawanjaya pada masa yang akan datang. Kerjasama anda semua amat-amat saya hargai.
Terima kasih
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge