Apa yang perlu difikirkan untuk bina perniagaan berjaya

By | 05/01/2015

perniagaan terbaikSiapa yang tak mahu membina sebuah perniagaan yang berjaya?

Memang itulah yang saya mahu buat sekarang. Memang itu yang menjadi fokus utama saya apabila masuk tahun baru 2015 ini dan ambil keputusan untuk melonjak naikkan lagi syarikat saya menjadi jauh lebih baik daripada sekarang.

Macam biasa, bila dah berikan tumpuan pada apa yang nak dijayakan, otak saya akan ligat berfikir bagaimana nak mencapai semua yang ada dalam kepala saya.

Fokus utama adalah untuk jadikan perniagaan berjaya. Untuk melahirkan sebuah syarikat yang berjaya, perkara utama yang perlu difikirkan adalah macam mana nak tahu samada syarikat kita berjaya atau tidak?

Untuk memudahkan saya merangka sebuah syarikat yang berjaya, formulanya mudah sahaja. Saya perlu pastikan bahawa syarikat saya boleh dijual dan ada orang nak beli kalau saya nak jual. Serta tawarannya amat lumayan yang membolehkan saya pencen tak kerja lagi selepas itu.

Jadi, formula ringkas untuk lahirkan sebuah perniagaan berjaya adalah,

” Lahirkan sebuah syarikat yang pelabur berebut-rebut nak beli dengan harga yang menarik “

Tudia! formula mudah kan!

Apa yang perniagaan berjaya perlu ada ?

Sekarang barulah mudah untuk menjawab apakah perkara yang perlu saya fikirkan untuk menjadikan perniagaan saya sebuah perniagaan berjaya.

Saya kena jawab bagaimana nak pastikan orang berebut-rebut nak beli syarikat atau perniagaan saya. Anda juga boleh tumpang fikirkan sama sekarang terhadap perniagaan anda. Bagaimana agaknya nak buat agar perniagaan anda ada orang nak beli?

Agaknya kalau perniagaan anda jenis yang ‘one man show’ tu ada orang nak beli ke?, apatah lagi kalau one man tu adalah anda sendiri.

Kalau anda sendiri jual perniagaan tu, dan cabut, sudah tentu perniagaan tu juga akan mati. Jika macam tu siapa nak buat kerja tak bijak beli perniagaan yang sebegitu?

Itu salah satu perkara penting yang melintas dalam kepala. Ertinya, perniagaan yang berjaya mesti ada kriteria tertentu yang membuatkan orang nak beli. Dan mencari apakah kriteria itu adalah tugas saya sekarang.

Bila dah ada kriteria yang tetap, maka saya perlu mengerahkan segala kudrat dan akal yang ada pada memenuhi kesemua kriteria tersebut.

Jika berjaya, maka syarikat akan menjadi rebutan para pelabur. Dan kalau saya tak nak jualpun, tak ada apa nak rugi sebab saya masih menjadi pemilik sebuah perniagaan berjaya.

Sebenarnya saya dah ada dalam kepala apakah perkara yang mesti saya fikirkan untuk jadikan perniagaan berjaya jauh lebih baik daripada yang ada sekarang.

Jika anda nak tahu apakah kriteria-kriteria tersebut, saya akan kongsikan pada artikel yang akan datang. Dalam artikel itu saya akan terus lurus ke agendanya tanpa ada goreng-goreng macam artikel ini.

Sengaja saya cetuskan idea ini dalam gorengan kali ini untuk menggerakkan otak anda yang sedang membaca. Saya yakin anda sendiripun dah mula terfikir apakah formula atau kriteria yang mesti ada pada sebuah perniagaan berjaya, bukan?

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

5 thoughts on “Apa yang perlu difikirkan untuk bina perniagaan berjaya

  1. Pingback: 3 perkara mesti ada untuk perniagaan berjaya – anwaarsyamil

  2. Restu Bond

    Tuan..
    Terima kasih atas pngalaman dn tunjuk ajar..sy baru meniaga 1 tahun 7 bln..Bermula dengan sewa booth alhamdulillah dah masok bln ke 3 pembukaan Kedai sy..byk sudah sy melakukan kesilapan spnjang meniaga..saya akan terus bljar…dan melakukan kesalahan dlm perniagaan jugak satu pembelajaran utk saya..kesalahan itu buleh di elak dgn adanya ilmu…tp pengalaman jugok ilmu sgt2 berguna..

    Reply
  3. bukharimalek

    Terbaik.. terima kasih di atas perkongsian tuan admin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge