Jom berubah jadi usahawanJika anda sering baca blog Hidupringkas.com ini, anda tentu sedar saya sering menghasut agar para pembaca berubah jadi usahawan. Kalau dah sedar saya harap anda tak marah.

Saya tak pasti dah berapa ramai sudah yang berjaya saya hasut untuk berubah menjadi usahawan. Tak ada maklumat pula setakat ini.

Menarik jika ada yang sudi mengaku di ruang komen di bawah dengan berikan sebab kenapa anda berubah jadi usahawan. Nyatakan juga rasa lega anda kerana berjaya berubah jadi usahawan.

Setakat yang saya tahu secara pasti dah ada seorang yang berjaya saya hasut untuk berubah jadi usahawan. Kawan tersebut memberitahu saya bahawa dia nekad berubah jadi usahawan setelah sering membaca artikel tulisan saya. Alhamdulillah saya puji keberaniannya.

Kenapa saya sering hasut orang berubah jadi usahawan

Ada banyak faktor kenapa saya tak segan silu menghasut rakan-rakan diluar sana agar berubah jadi usahawan. Antaranya adalah:

  1. Menjadi usahawan merupakan satu kerja yang mulia. Ramai yang tahu tentang maklumat 9 dari sumber rezki adalah dari berniaga. Bila berubah jadi usahawan anda perlu banyak bergantung pada Tuhan secara sedar. hanya itu tempat terbaik paling tinggi sebagai tempat pergantungan.
  2. Ramai usahawan membuatkan bangsa kita kuat. Dunia sekarang bergantung bnayak pada kekuatan ekonomi sebagai penentu kekuatan. Negara yang maju dan kuat biasanya punyai ramai usahawan. Ekonomi negara juga akan kuat bila ramai orang jadi usahawan.
  3. Menjadi usahawan banyak membantu jika mahu hidup ringkas. Berubah jadi usahawan banyak berkait rapat dengan keinginan mencari kebebasan. Masa, sumber dan fleksibiliti boleh digunakan sebaik mungkin jika anda jadi usahawan.
  4. Menjadi usahawan membuatkan anda menyediakan peluang pekerjaan. Jika anda makan gaji, anda banyak menyumbang hanya pada majikan. Jika jadi usahawan anda banyak menyumbang pada ramai pekerja.
  5. Lagi ramai usahawan, lebih banyak peluang untuk saya berbakti. Bila dah masuk umur lanjut sebegini, saya lebih banyak impikan untuk meninggalkan sumbangan. Nak jadi uslaz atau ulama saya dah jauh ketinggalan. Oleh kerana saya sendiri seorang usahawan, maka lebih bijak sumbangan itu disalurkan pada para usahawan.

Kenapa anda masih tak berubah jadi usahawan

Jika kita tanya orang ramai yang bukan usahawan, apa bayangan mereka terhadap rupa seorang usahawan tentu ramai yang akan berikan rupa begini:

  • Pakai pakaian kemas, bertali leher, beg James Bond penuh duit. Atau pakaian berjenama mahal, jam tangan mewah, dan kasut hebat.
  • Seorang yang memandu kereta mewah seperti BMW, Mercedes, Audi, Ferrari dan lain-lain seumpamanya.
  • Seorang yang cakap banyak dengan penuh yakin dan boleh menundukkan orang yang mendengar arahannya.
  • Bersifat kejam, cekal dan pentingkan keuntungan melebihi segala-galanya.
  • Seorang yang tak ada masa. Sering ke sana sini sibuk menguruskan perniagaan besar.
  • Seorang yang berpengaruh dengan kenalan ramai orang hebat terutamanya ahli politik atau kerajaan.

Dan lain-lain lagi seumpamanya yang bila anda semak dan bandingkan dengan diri anda, ternyata anda bukan begitu. Lalu dengan penuh insaf, anda tertunduk sambil berkata aku bukan macam itu. Manakan layak aku jadi usahawan.

Jika itu pandangan anda, memang anda silap besar. Patutlah tak ada impian dan nekad untuk berubah jadi usahawan.

Bayangan rupa seorang usahawan yang ada dalam kepala anda tidak lebih daripada imej palsu cereka filem Hindustan dan drama Melayu.

Berita baik untuk yang nak berubah jadi usahawan

Tahukah anda bahawa nak jadi usahawan tak ada syarat kelayakan samada dari segi:

  • Pendidikan. Siapa saja boleh jadi usahawan. Samada tak penah bersekolah, buta huruf, ada diploma, ijazah atau Phd…semua layak jadi usahawan. Pandai atau bodoh kedua-duanya layak jadi usahawan.
  • Rupa paras. Samada anda kacak, huduh, sederhana, pendek, tinggi, gempal, kurus, cacat, atau apa saja, anda layak jadi usahawan
  • Keturunan. Samada anda keturunan Raja, penghulu, miskin, kaya anda layak jadi usahawan. Begitu juga jika anda Melayu, Mat Saleh Jerman, Jawa Totok, Rawa, Banjar, India, Cina atau apa saja bangsa, anda layak jadi usahawan.
  • Umur. Tak kira tua atau muda, lanjut atau setahun jagung, bawah umur atau atas umur…anda semua layak jadi usahawan.

Nampaknya, siapa saja anda, yang sedang membaca artikel ini, memang layak jadi usahawan. Tak ada satupun syarat yang saya kemukakan di atas yang menghalang anda untuk berubah jadi usahawan.

Habis kenapa tak tanam nekad, kenapa tak ada usaha untuk berubah jadi usahawan lagi?

Hampir semua yang berubah jadi usahawan bermula dengan kesempitan

Ramai kawan-kawan saya yang naik BMW, Mercedes atau Ferrari sekarang ini bermula satu ketika dulu dengan naik bas.

Malah ada juga yang terpaksa jalan kaki kerana nak bayar tambang bas pun tak cukup. Duit yang ada hanya ngam-ngam untuk beli karipap dan air sirap sebagai makanan tengahari. Cuba tanya Shahabudeen Jalil jika anda kenal dia.

Ada seorang kawan saya yang sekarang ada Ferrari, kapal dan bisnes ratusan juta, satu ketika dulu pergi buat sales naik bas awam. Sampai destinasi masuk tandas tukar pakaian kemas dan mula masuk pejabat orang menagih jualan.

Ramai lagi kalau nak diceritakan bermula dari keadaan yang mungkin jauh lebih terusk daripada keadaan anda sekarang. Semua itu kawan-kawan saya yang saya kenal secara peribadi. Tak masuk lagi usahawan berjaya lain yang saya tak kenal…terlalu ramai.

Nah! itulah rupa sebenar usahawan. Mereka berubah jadi usahawan kerana mahu lari dari ketidak selesaan menuju keselesaan yang mereka impikan.

Berubah jadi usahawan dengan kenal pasti ketidak selesaan anda sekarang

Oleh itu jika anda nak berubah jadi usahawan mula senaraikan semua rasa tidak selesa anda satu persatu. Apakh ketidak selesaan anda sekarang sebagai seorang yang makan gaji?. Lihat senarai itu dan ulang baca sampai jelas.

Cuba bayangkan bagaimana dapat anda lari dari rasa tidak selesa itu dengan berubah jadi usahawan. Hanya itu saja cara terbaik untuk berubah jadi usahawan.

Lupakan semua perkara lain, selain dari nekad untuk keluar dari rasa tidak selesa anda sekarang enuju kepada keselesaan yang menanti di masa hadapan. Insyaallah jika panjang umur, diizinkan Tuhan, anda akan sampai.

Total
2
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

17 comments

  1. Saya suka baca tulisan tn shubhi penuh idea dan semangat. Dulu saya bekarja dgn kerajaan…gembira cuma cpt bosan dan pendapatan pun agak bosan hehe. Dlm senyap2 saya buat usaha nasi campur sehingga saya dpt menyimpan lbh krg 6x Ganda dpd gaji masa tu, alhamdulillah. Skrg ni saya dh brniaga spnh msa , t ksh tn shubhi kerana tidak jemu brkongsi Ilmu.

  2. Salam tuan …tulis tuan membawa kesedaran pd sya…sya da impian nak jd usahawan…cuma tak tau bagaimana nak mula …cari pembekal…cari pelanggan…

  3. Ya, rasa tidak selesa tu memang banyak. Saya telah pun terpengaruh dengan tulisan-tulisan Tuan Shubhi dan dah jadikan panduan. Insya Allah bermula dengan cuti tanpa gaji terlebih dahulu. Lepas tu baru resign. Terima kasih Tuan kerana banyak memberi inspirasi.

  4. jujur saya katakan blog tuan ada faktor ‘push” utk saya terjun kedunia usahawan tapi masih ada lg ketakutan dan halangan dari keluarga utk tinggalkan dunia “hamba” kpd majikan diharap tuan terus menhasut dan cerita ttg kisah2 tuan sblum@selepas menjadi tuan..

  5. saya masih bekerja makan gaji. tapi sedang berusaha berniaga scara sambilan, belum layak digelar usahawan. cuma nak bagitau, blog tuan dan shahabudeen jalil yg mnjadi pendorong utk saya berniaga. saya berniaga burger keju d wktu malam. saya x penah berniaga, mahupun buat burger sebelum ni. saya belajar buat burger dr internet, brg2 utk buat burger serta kelengkapannya saya turut rujuk internet. dengan izin Allah, saya telah mula berniaga, sorang2. keberanian tu Allah bg melalui tulisan tuan, mnjadi pembakar semangat. teruskan menghasut org2 muda macam saya. Terima Kasih, Allah yg balas jasa tuan.. 🙂

  6. Rasa tdk selesa itu telah sekian lama saya senaraikan dan artikel ini telah hampir mengubah saya…cuma sy msh memerlukan sedikit lagi kekuatan…Harap tuan dpt memberikan lagi artikel yg dpt mencabar pemikiran sy utk terus berubah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge