Bagaimana bina perniagaan ‘bertaraf dunia’

By | 15/10/2012
electric-globe-1500x1000Bolehkah perniagaan goreng pisang dibina sehingga menjadi ‘world class’?.
Bolehkah sebuah perniagaan kecil yang pendapatannya ala kadar dibentuk sehingga menjadi world class?

Perniagaan bertaraf dunia bukan diukur dari segi pendapatannya.

Bukan juga diukur dari segi berapa besar syarikat tersebut dan berapa besar keuntungannya.

Tapi bila kita sebut perniagaan bertaraf dunia ia membawa maksud tahap pencapaian, pengurusan dan bagaimana ia beroperasi yang amat memuaskan persis syarikat global bertaraf dunia!

Anda di luar sana yang sedang berniaga, apakah status perniagaan sekarang? adakah ia cukup memuaskan sehingga setiap kali pelanggan masuk berurusan dengan perniagaan anda, dia tidak akan memilih lagi perniagaan lain.

Jika anda berniaga, apakah anda kini sedang menjadi hamba kepada syarikat anda sendiri atau syarikat yang menjadi hamba kepada diri anda?.

Apakah anda telah mencapai apa yang telah dibayangkan sebelum menjadi seorang peniaga dulu?

Bagi yang baru menjalankan perniagaan pula apakah anda tahu ke mana hala tuju perniagaan dan bagaimana serta apa yang perlu anda bina dan bentuk agar perniagaan terus segar dan berjalan tahun demi tahun?

Tidakkah anda tahu kurang dari 20% perniagaan baru yang akan selamat dalam tempoh setahun berniaga? apakah anda akan menerima nasib yang sama?

Semua jawapan di atas boleh kita kongsikan bersama dengan mengikuti Bengkel Usahawan Jaya yang akan saya anjurkan.

Mari sama-sama kita bina sebuah perniagaan bertaraf dunia. Mari kita pastikan anda sebagai taukeh, berjaya menjadikan perniagaannya sebagai alat mencapai gaya hidup yang diingini.

Ayuh kita buktikan perniagaan kecil juga mampu dibentuk menjadi sebuah perniagaan bertaraf dunia!!!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge