Team HR Biz CoachingBagi yang dah lama ikuti blog hidupringkas.com saya ini, tentu dah pernah baca pasal satu team yang saya ada. Team tersebut saya panggil sebagai Team HR Biz Coaching.

Baca nama team itu saja anda dah dapat agak apa maksud dan tujuan kumpulan yang saya tubuhkan tersebut.

Ia bertujuan untuk membantu anda semua, para usahawan kecil dan sederhana di luar sana menguruskan perniagaan dengan lebih baik. Memecahkan segala halangan yang membantutkan perkembangan perniagaan anda, setelah sekian lama mendatar.

Bagaimana HR Biz Coaching timbul

Saya banyak berkongsikan segala panduan mudah dalam blog ini untuk menguruskan perniagaan secara percuma. Saya juga banyak kongsikan idea kehidupan untuk semua pembaca berteraskan amalan gaya hidup ringkas yang saya selesa dengannya.

Dari semua perkongsian tersebut, saya berjaya buat satu modul lengkap bagaimana nak uruskan perniagaan dan kembangkannya dengan cara yang mudah.

Dari situ pula mula timbul permintaan untuk saya anjurkan kursus pendek keusahawanan dan saya buat. Kemudian timbul pula permintaan untuk saya buat business coaching, dan saya buat juga.

Sedar tak sedar, dah masuk 5 tahun saya berikan tumpuan pada aktiviti business coaching secara kecil-kecilan bersama dengan 6 orang lagi rakan-rakan usahawan lain yang telah saya latih dan perturunkan ilmu dan konsep HR Biz Coaching pada mereka.

Sampai sekarang mereka masih lagi sibuk melaksanakan amanah yang diberikan untuk buat business coaching pada para usahawan di seluruh Malaysia. Tapi tak ramai yang sedar aktiviti kumpulan saya tersebut disebabkan kami tak kongsikannya kepada umum. Kami buat diam-diam saja tanpa cuba jadi glamour yang biasanya lebih banyak menimbulkan masalah daripada kebaikan.

Bila HR Biz Coaching akan dibuka semula

Sebenarnya dah ramai para usahawan yang mendaftar dalam senarai HR Biz Coaching yang saya buat. Ramai yang berminat nak ambil tawaran bimbingan yang ada itu. Tapi saya masih tak gerakkan lagi semua permintaan tersebut sebab masih sibuk menghabiskan peserta yang masih ramai dalam bimbingan.

Setelah lama berfikir, maka saya buat keputusan untuk mula megambil peserta secara aktif bermula tahun depan 2018 yang akan datang tak lama lagi. Tapi hanya peserta terpilih saja yang akan diambil untuk menghadkan jumlah peserta yang diberikan perhatian supaya kualiti perkhidmatan dari HR Biz Coaching terjaga.

Insyaallah, bagi yang berminat boleh terus mendaftar di Pautan HR Biz Coaching dan tunggu untuk saya hubungi nanti.

Bagaimana HR Biz Coaching membantu anda

Sebelum itu, saya nak kongsikan sedikit bagaimana Team HR Biz Coaching ini dapat membantu anda dalam menguruskan perniagaan menjadi lebih baik dari sekarang.

Cuba bayangkan jika anda mendiami sebuah rumah yang berbau seperti stokin busuk selama bertahun-tahun. Agak-agaknya anda perasan tak yang rumah yang anda tinggal itu berbau busuk stokin?

Jawapannya adalah tidak! sebab anda dah lali dengan bau tersebut sampai tak perasan lagi betapa tak sedapnya bau busuk sedemikian. Itulah kelebihan kita manusia. Cepat sesuaikan diri dalam apa saja keadaan samada baik atau buruk jika berterusan degil menahan keadaan tersebut.

Jika ada orang luar datang masuk ke dalam rumah anda, maka orang luar akan dengan mudah dapat mengesan bau busuk itu dan sampaikannya pada anda. Itupun jika orang luar itu jenis mulut laser dan berterus terang. Kalau tak, biasanya bau itu akan dipendam begitu saja.

Seandainya anda berterus terang pada orang luar itu untuk jujur memberikan komen apa saja tentang rumah anda itu, maka barulah mereka akan nyatakannya. Tapi masalah masih tak dapat diselesaikan oleh orang luar itu.

Hanya anda sendiri yang tahu selok belok rumah anda dan dapat mencari sendiri dari mana datangnya bau busuk stokin itu. Semuanya dengan panduan yang diberikan oleh orang luar yang neutral dengan bau yang ada.

Mengesan halangan bisnes berkembang

Jadi macam itulah konsep bagaimana HR Biz Coaching bertindak dalam membantu anda perbaiki cara pengurusan diri anda sendiri dan juga perniagaan yang anda jalankan.

Itu konsep secara mudah yang boleh saya sampaikan kat sini.

Sudah tentu bukan semua perkara yang perlu di lihat. Hanya isu-isu yang menyentuh perniagaan dan pengurusan perkembangan perniagaan sahaja yang kami lihat. Dan semuanya sudah tersedia pada modul yang saya rangka dan perbaiki dari masa ke masa sejak 5 atau 6 tahun sudah sehingga sekarang.

Apa yang membuatkan bisnes anda terbantut

Cuba bayangkan dalam tempoh setahun atau dua tahun kebelakangan ini.

Apakah situasi perniagaan anda?

Adakah ianya sedang berkembang naik dengan lancar mencanak. Atau sedang mendatar saja tiada perubahan atau mungkin tengah merudum.

Biasanya, setelah beberapa lama anda berniaga, perniagaan akan mula mencapai satu titik tepu. Anda cuba buat berbagai pendekatan tapi nampaknya jadi macam tu juga. Dan tentu anda rasa hairan sebab apa jadi macam itu.

Tahukan anda sebab apa apabila dah capai titik puncak yang tepu tersebut dan perniagaan anda dah mendatar dan tidak lagi berkembang ?

Sebab utamanya adalah disebabkan anda hanya ulang buat benda yang sama sahaja. Ia dicetuskan oleh cara pemikiran anda yang tidak berubah dan paling sedih, anda sendiri tak sedar yang anda berfikir macam itu.

Macam kes bau stokin kat atas tadi. Anda dah lali dan selesa dengan keadaan tersebut, maka anda sudah tentu tak akan ada perubahan terhadap hasil yang keluar.

Memang satu perkara yang amat sukar untuk mengesan macam mana otak kita sendiri berfikir. Samada baik atau tidak kita sendiri tak tahu melainkan ada orang luar yang sanggup bersabar dan jujur memberikan maklum balas dan turut sama menjadi pembantu membuat perubahan pada diri anda sendiri dan juga perniagaan anda.

Itulah yang Team HR Biz Coaching akan buat dan begitulah HR Biz Coaching dapat membantu anda.

Jika anda berminat, daftar terlebih dahulu kat sini.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge