Antara masalah mereka yang berdarah pahlawan dan mahu terjemahkan sikap kepahlawanan itu di zaman moden ini dengan menjadi usahawan, adalah bagaimana menentukan perniagaan terbaik untuk mereka.

Sengaja saya tuliskan ‘berdarah pahlawan’ untuk mereka yang bersemangat berkobar-kobar mahu menjadi usahawan kerana suasana hidup di dalam dunia keusahawanan adalah sama saja dengan suasana survival dalam dunia kepahlawanan di zaman purba dulu.

Persaingan dalam dunia keusahawanan amat sengit. Ada aktiviti cantas mencantas. Kalau dalam zaman kepahlawanan dulu seorang pahlawan mencantas kepala, dalam dunia keusahawanan sekarang usahawan mencantas keuntungan.

Jika anda dah biasa berniaga atau sedang jalankan perniagaan sekarang, anda tentu tahu yang aktiviti lawan harga atau orang putih kata ‘price war’ sering menjadi antara masalah utama yang memeningkan kepala para usahawan.

Menetapkan harga secara berpakat adalah salah dari segi undang-undang. Ia boleh dianggap satu usaha membantutkan persaingan dan menjadi satu keburukan kepada para pengguna.

Jadi, anda tentu setuju jika saya katakan anda berdarah pahlawan kerana ada semangat untuk jadi usahawan. Tapi anda tentu sedang pening kepala untuk menentukan perniagaan terbaik yang boleh dilakukan.

Berbagai pendapat menentukan perniagaan terbaik

Ada berbagai pendapat terhadap cara menentukan perniagaan terbaik untuk mereka yang nak berniaga. Pendapat yang paling popular adalah dengan melakukan satu perniagaan yang kita suka.

Falsafah itu mengesyorkan anda ambil sahaja hobi atau minat atau kecenderungan jiwa anda dan tukarkan segala aktiviti tersebut menjadi satu perniagaan. Kelebihannya adalah anda terus jalani kehidupan bekerja dengan buat apa yang anda suka dan dalam masa yang sama menjana duit untuk terus menyara kehidupan anda.

Ada ayat terkenal di barat yang menyebut, “jika anda buat apa yang anda suka, anda tidak berkerja sepanjang hayat”. Memang tepat sekali andaian itu. Ertinya anda sentiasa melayan hobi kegemaran anda sepanjang masa. memang best macam tu.

Nasihat Warren Buffet dalam menentukan perniagaan terbaik

Saya suka nasihat Warren Buffet bila ditanya perniagaan apa yang sesuai untuk mereka yang nak berniaga lakukan, dia jawab,

“Sering terjadi, seseorang itu semakin meningkat tua akan cenderung melakukan apa yang dia suka atau minat, di mana akhirnya dia akan jadikan itu sebagai aktiviti kerjanya. Oleh itu apa salahnya jika anda mulakan sekarang dan tak perlu tunggu masa tua”.

Nasihat orang Cina menentukan perniagaan terbaik

Ada satu lagi pendapat yang terkenal di kalangan usahawan berbangsa Cina, menekankan bahawa kita perlu buat apa yang kita terpaksa buat. Kita buat kerja bukan disebabkan kita suka nak buat perkara tersebut, sebaliknya kita terpaksa buat juga sebab nak cari makan.

Jadi buatlah apa saja, menurut mereka asalkan anda dapat hidup dan menyara apa saja tanggungan yang anda ada. jangan memilih kerja dan jangan memilih perniagaan. Cari makan bukanlah satu pilihan, ianya adalah satu kemestian.

Nasihat saya untuk cari perniagaan terbaik

Kalau anda nak ikut pendapat saya, gabungan kedua-dua pendapat di atas diperlukan sepangjang kita menjalani kehidupan sebagai seorang usahawan.

Kita ikut saja pedoman dalam menunaikan tanggung jawab sebagai seorang muslim yang baik. Iaitu berdasarkan tugasan melepaskan dua kewajipan asas seperti berikut,

  1. Fardu ‘Ain – Adalah menjadi tugasan wajib kita mencari nafkah bagi menunaikan keperluan semua tanggungan di bawah kita. Oleh itu selagi tugasan itu tak dapat dilunaskan, wajib untuk kita cari nafkah atau cari duit dengan buat kerja samada kerja itu kita suka, kita minat ataupun tidak.
  2. Fardu Kifayah – Selepas tugasan fardu ‘ain tertunai, maka barulah boleh kita fikirkan untuk melaksanakan tugasan Fardu Kifayah pula. Ia lebih kepada tanggung jawab sosial yang sebahagian daripada mereka yang dah terlepas fardu ‘ain. Dalam usaha melaksanakan fardu kifayah ini, carilah sesuatu yang anda minat dengan mendalam. Bukan senang nak fokus pada tugasan fardu kifayah, kalau tak ada motivasi diri yang mendalam, kita akan berhenti kerana al-maklum, kerja nak buat kebaikan ini banyak cabarannya.

Dengan memilih kerja atau perniagaan yang kita minat dan berfokuskan fardu kifayah , segala cabaran yang mendatang dalam usaha memajukan samada perniagaan atau kerjaya kita akan lebih istiqamah kerana minat akan banyak membantu.

Ringkasnya, kalau nak berniaga, pada mulanya buat saja apa saja kerja yang boleh menjana duit, asalkan halal. Jayakan dia sampai anda lepas urusan fardu ‘ain.

Kemudiannya bila dah stabil perniagaan mula itu, himpun duit secukupnya dan carilah satu perniagaan berdasarkan minat dan kecenderungan anda. Dan bina dengan baik sampai ke tahap yang paling tinggi.

Kebarangkalian untuk anda berjaya dalam perniagaan tersebut adalah lebih tinggi memandangkan anda dah ada pengalaman dan ilmu yang mencukupi untuk malayari perniagaan tersebut.

Memilih perniagaan terbaik untuk anda

Namun begitu, kalau duit dah cukup, sekurang-kurangnya untuk melepaskan keperluan anda dan tanggungan selama setahun atau lebih, bolehlah anda terus bermula dengan perniagaan pertama berdasarkan minat anda.

Saya kongsikan di sini perkara-perkara yang perlu anda gariskan dan fikirkan dalam mencari apa sebenarnya perniagaan terbaik buat diri anda, untuk anda jalankan.

Budaya

Apa budaya keluarga anda? Apa budaya masyarakat setempat anda?. Cuba senaraikan segala budaya tersebut satu persatu kerana ada pengaruh terhadap diri anda dalam menentukan minat dan kecenderungan.

Ada orang keluarganya jenis bergaya, jenis bangsawan dan ada etika tertentu dalam menjalani kehidupan. Itu menjadi pengaruh besar terhadap diri anda dan ada banyak pengetahuan terhadap semua itu yang boleh dijadikan kelebihan buat anda berbanding orang lain.

Lingkungan masyarakat yang sama dengan budaya tersebut juga adalah luas buat anda kerana anda sudah terdedah dengannya sekian lama berakar umbi. Ini memudahkan anda untuk melakukan aktiviti pemasaran secara terancang dan meluas.

Agama

Sudah tentu bagi anda yang beragama Islam wajib menjadikan hukum hakam Islam sebagai garis panduan. Setakat mana pengamalan anda, setakat mana ilmu anda dalam memahami agama itu banyak mempengaruhi segala kecenderungan dan minat anda dalam menentukan perniagaan terbaik untuk diri anda sendiri.

Senaraikanlah segala maklumat berkenaan agama yang anda anuti, yakni Islam dan fikirkan apakah perniagaan yang boleh anda lakukan untuk melepaskan masalah umat manusia.

Jika agama adalah kecenderungan anda, ada banyak cara untuk menjadikan aktiviti perniagaan sebagai ibadah dan dalam masa yang sama melepaskan masalah orang dan boleh menjana duit untuk maslahah ummah.

Agama juga menentukan komuniti yang anda kenali dan bercampur gaul. Komuniti inilah yang menjadi potensi sebagai pelanggan anda terutamanya pada waktu mula menjalankan perniagaan.

Pendidikan

Sekolah mana anda bersekolah rendah? sekolah menengah? ada ramai kenalan dan persepsi yang dikongsikan bersama dengan rakan-rakan dari sekolah yang sama.

Adakah anda melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah? universiti mana anda masuk? kursus apa anda ambil dan aktiviti apa anda aktif sepanjang melanjutkan pelajaran anda di situ?

Senaraikan semua maklumat tersebut satu persatu kerana ada banyak rahsia tersembunyi yang anda tak pernah fikirkan selama ini yang sebenarnya boleh menjadi peluang untuk memulakan satu perniagaan.

Apakah anda masih berhubungan dengan kesemua atau sebahagian daripada rakan sekolah, rakan universiti dan seumpamanya. Apakah kedudukan atau status majoriti daripada mereka sekarang yang boleh cetuskan peluang perniagaan.

Pendidikan juga memberikan maklumat apakah kemahiran yang anda ada membezakan anda dengan kebanyakan orang lain. Mungkin ilmu tersebut boleh digunakan dalam merangka perniagaan yang anda suka.

Kerjaya

Selepas kesemua di atas, anda sudah tentu ada pengalaman dalam kerjaya. Ada orang yang duduk keal dalam satu kerjaya yang sama dan dalam jurusan kerjaya yang sama dalam masa yang lama.

Ada juga yang kaki melompat kerja dari satu tempat ke satu tempat. Bertukar aliran atau jurusan kerja dari satu ke satu yang lain.

Semua itu mengandungi banyak maklumat yang boleh dijadikan panduan dalam mengenal pasti perniagaan terbaik untuk diri anda. Dan biasanya kerjaya punya banyak pengaruh dalam menentukan apakah perniagaan yang lebih mudah untuk anda jalankan.

Senaraikan semua maklumat berkenaan kerjaya anda satu persatu dari mula sampai sekarang dan lihat kecenderungan atau aliran kelebihan yang anda ada. Mungkin di situ ada peluang dan minat yang mendalam untuk anda terjemahkan dalam idea perniagaan terbaik anda.

Apa perniagaan terbaik untuk anda

Jika anda lihat senarai yang saya berikan di atas, semua itu boleh dijadikan pedoman untuk anda memilih perniagaan terbaik buat diri anda. Semua yang disenaraikan itu ada banyak pengaruh terhadap kecenderungan diri anda dan apa yang anda suka.

Kesemua faktor di atas juga banyak menentukan lingkungan kenalan dan komuniti yang ada biasa. Ia adalah kemudahan yang tersedia untuk anda samada dari segi bantuan, kemudahan, pemasaran dan lain-lain lagi yang amat diperlukan dalam membina perniagaan terbaik untuk anda.

Total
11
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. saya tertarik dengan falsafah cina, ada unsur keterpaksaan disitu dan in shaa allah untuk setengah orang, unsur tersebut dapat beri tekanan agar lebih berdaya saing

  2. Saya memulakan bisnes kali pertama3 thn lepas atas sbb suka2. Bukan tak laku tp bisnes berjln tanpa apa perancangan dan sokongan mybbkan saya penat, letih dan macam2. Lepas 2 thn stop saya bangkit semuala bkn kerana suka2 tp kerana utk masa depan dan jenis bisnes adalah produk fizikal.yg menarik kebangkitan kali ke-2 menjdkan saya lbh terancang, lbh mencari ilmu, dan dpt mengenali lbh ramai org.
    TQ krn sudi menerbitkan blog ini.

  3. Kadang2 benda yang kita suka tak semestinya boleh jual..Tapi boleh juga jual dgn kita wujudkan pasaran baru..mungkin akan ambil masa yg lama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge