Dalam perniagaan kita perlu buat unjuran kewangan terhadap perbelanjaan dan pendapatan syarikat pada bulan-bulan atau tahun-tahun yang mendatang.

Dengan membuat unjuran kewangan pendapatan dan perbelanjaan, pengurusan syarikat akan lebih bersistematik dan mampu membuatkan perniagaan berkembang maju.

Unjuran ini seumpama buat perancangan ke mana kita nak pergi. Kalau saya tanya mana anda nak pergi dan jawapan yang saya dapat adalah jalan-jalan, ia nampak seolah-olah tidak ada desakan dan kesungguhan.

Tapi kalau saya tanya dan jawapan yang diberikan adalah pergi ke KLCC, jawapan yang diberikan nampak yakin dan ada kesungguhan. Jawapan yang sebegitu sudah tentu lebih banyak kecenderungan untuk anda pergi dan sampai ke destinasi yang ditetapkan.

Begitu juga dengan membuat unjuran kewangan terhadap pendapatan dan perbelanjaan syarikat, jika dilakukan dengan betul dan terperinci, kemungkinan untuk dilaksanakan dan mencapai apa yang diunjurkan adalah lebih tinggi. Berbanding jika hanya buat congakan dalam kelapa, perniagaan anda tak akan sampai ke mana-mana.

Langkah untuk buat unjuran kewangan

  1. Sediakan cash flow. Ini adalah perkara asas yang perlu ada. Sediakan cash flow yang menunjukkan aliran wang keluar dan masuk secara terperinci setiap bulan. Buat cash flow bulanan selama 2 ke 5 tahun.
  2. Gunakan data pendapatan dan perbelanjaan yang lepas. Kebiasaannya, kita buat cash flow dengan isikan semua maklumat sebenar perbelanjaan dan pendapatan setiap bulan. Bila habis sesuatu bulan itu, kita akan tutup akaun dan jumlahkan semua perbelanjaan dan pendapatan selama sebulan, maklumat itulah yang dimasukkan ke dalam cash flow. Berdasarkan maklumat sebenar itu, kita dah boleh congak apakah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan pendapatan yang tertentu.
  3. Buat perancangan tindakan. Biasanya lebih menarik jika kita buat unjuran meningkatkan pendapatan daripada tahap yang ada sekarang. Dari maklumat lepas, jika kita mahu gandakan pendapatan, sesuatu yang lebih mesti disediakan dan dilaksanakan. Kebiasaannya dua perkara penting ini mesti dipertimbangkan:
    1. Aktiviti pemasaran yang mampu gandakan jumlah jualan. Aktiviti ini mestilah logik dan boleh dilaksanakan serta terbukti berkesan samada berdasarkan pengalaman kita yang lalu atau dari pengalaman orang lain.
    2. Keperluan sumber untuk melaksanakan peningkatan jualan yang berganda. Sumber manusia, bahan mentah, ruang pembuatan, dan lain-lain lagi sebagainya.
    3. Kewangan bagi mengadakan kedua-dua perkara yang disebutkan di atas.
  4. Buat review bulanan. Setelah unjuran dilakukan, dan perancangan tindakan disediakan. Pastikan semuanya dilaksanakan dengan betul. Adakan review perancangan dan pantau keputusan secara tetap samada mingguan atau bulanan. Buat pembaikan mana yang tak kena dan teruskan sampai matlamat tercapai.

Perlukah bisnes kecil buat unjuran kewangan

Ini tentu satu persoalan yang akan dikemukakan oleh para peniaga kecil. Apakah perlu peniaga kecil-kecilan buat unjuran kewangan sedangkan perniagaan kami kecil saja.

Jawapannya adalah YA!, samada kecil atau besar tidak ada bezanya. Jika perniagaan kecilpun anda tak mampu sediakan semua perancangan sebegitu, apakah anda rasa perniagaan besar anda akan mampu lakukannya?

Oleh itu, samada anda berniaga kecil atau besar, glamour atau tidak, kampung atau bandar, buatlah unjuran kewangan terhadap pendapatan dan perbelanjaan perniagaan anda. Insyaallah perniagaan itu akan maju!

Total
6
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge