Apa maknanya modal perniagaanAntara sebab orang tak menjadi usahawan dan memulakan perniagaan adalah disebabkan alasan tak ada modal perniagaan.

Kebiasaannya, bila disebut modal perniagaan kebanyakan daripada kita akan ambil faham duit.

Itulah yang sering difahami dan tak salahpun kerana duit merupakan salah satu daripada modal yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan.

Modal perniagaan bukan hanya duit

Rasanya saya pernah menulis bab modal perniagaan sebelum ini. Tapi tak kisah untuk diulang lagi di sini bahawa modal perniagaan ada banyak selain daripada duit. Antaranya adalah:

  1. Kemahiran – Dengan kemahiran tertentu, ramai orang sudah berjaya menjadi usahawan dan menjalankan perniagaan berdasarkan kemahirannya itu. Jika kita ada kemahiran, modal duit biasanya akan datang dengan sedikit usaha. Banyak jenis kemahiran yang boleh di senaraikan sebagai contoh. Antaranya adalah:
    1. Kemahiran bertukang – Boleh buat rumah
    2. Kemahiran menulis – Boleh buat buku cerita atau novel
    3. Kemahiran bersilat – Boleh buka pusat seni mempertahankan diri
    4. Kemahiran wordpress – Boleh buat kelas mengajar wordpress
    5. Kemahiran undang-undang – Boleh buka firma undang-undang
    6. Kemahiran baiki motor – Buka bengkel motor
  2. Jaringan kenalan – Orang yang punya ramai kenalan dari berbagai lapisan masyarakat mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Malah kalau nak diikutkan takrifan usahawan sebenar, golongan yang kenal segenap lapisan masyarakat inilah yang mampu menjalinkan segala sumber untuk melaksanakan matlamat perniagaannya. Jika anda tak ada kemahiran dan tak ada duit pula, keupayaan menghubungkan dua orang yang ada wang dan kemahiran mampu membuatkan anda jadi usahawan.
  3. Reputasi yang hebat – Ini juga salah satu daripada modal yang cukup berguna. Orang yang terkenal dengan jujur dan rajin boleh membuatkan ramai orang ingin berkongsi dengannya untuk melaksanakan apa saja urusan. Reputasi anda adalah jenama diri anda. Oleh itu, jangan ingat jika anda suka buat kerja sekerat jalan ketika bermain tidak memberikan kesan terhadap reputasi diri anda.

4 perkara yang membentuk modal perniagaan

Apabila kita mencampurkan kesemua yang saya senaraikan di atas tadi, dan ditambah pula dengan duit, maka kesemuanya menjadi 4 jenis modal. Kita ulang sekali lagi di bawah:

  • Duit
  • Kemahiran
  • Jaringan kenalan
  • Reputasi hebat

Cukup jika anda memiliki salah satu sahaja daripada yang disebutkan di atas itu untuk membolehkan 3 lagi gabungan modal datang mengekori anda.

Contohnya jika ada hanya satu modal perniagaan di atas,

Jika anda banyak duit, maka orang yang ada kemahiran selesa berkawan dengan anda. Begitu juga mereka yang ramai kawan sudah tentu akan pastikan anda merupakan salah satu dari senarai kawannya.

Orang yang banyak duit juga membuatkan graf saham dirinya naik. Zaman sekarang reputasi positif lain seperti jujur dan bersopan santun akan sentiasa dikalahkan oleh reputasi material yang banyak.

Walaupun seseorang itu kasar perangainya dan suka berlagak, tetapi di mata masyarakat reputasinya tetap tinggi dan dimuliakan setiap kali pergi makan kenduri di kampung.

Begitulah jadinya jika anda hanya ada salah satu saja daripada empat modal utama untuk berniaga. Oleh itu binalah salah satu dengan tekun dan insyaallah anda pasti akan dapat kumpulkan kesemua 4 modal.

Semua modal perniagaan dah ada kecuali duit

Bagaimana pula jika anda ada kemahiran, reputasi baik dan kenalan yang ramai tetapi tak ada duit samada dalam poket atau dalam akaun simpanan. Anda hanya kasi pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Nak buat macam mana?

Semua orang boleh berikan nasihata atau jawapan untuk soalan ini. Jika anda tak ada duit dan perlukan duit untuk dijadikan modal perniagaan, tak ada cara paling betul selain daripada…

Mintalah pada orang yang ada duit!

Perkataan penting di sini adalah “MINTA”.

Ramai yang fobia dengan perkataan minta duit daripada orang ini kerana berbagai alasan. Namun walau apapun alasan yang ada, duit tak akan datang jika anda tak mula minta daripada orang atau badan yang ada duit.

Pada siapa boleh kita minta duit?

Biasanya orang minta duit daripada:

  1. Keluarga
  2. Kawan
  3. Bank
  4. Kerajaan
  5. Ceti atau Along
  6. Majikan
  7. Pelabur
  8. Dll

Dalam kesemua yang saya senaraikan di atas, jangan minta daripada Along atau ceti. Lebih baik jangan berniaga daripada berhutang dengan ceti atau Along.

Cuba minta dari bank terlebih dulu

Bagi saya, cara paling baik untuk minta duit adalah dengan memintanya terlebih dahulu daripada Bank atau institusi bantuan lain samada pihak Kerajaan atau Swasta.

Untuk itu, anda terpaksa menyediakan banyak syarat yang ketat dan diri anda sendiri perlulah punyai rekod yang baik. Samada bank akan luluskan permintaan anda atau tidak bukan menjadi soal.

Sebaliknya maklumat bagaimana pihak bank menilai diri anda dan juga idea perniagaan anda itulah yang lebih penting untuk diketahui. Banyak yang boleh dipelajari hanya daripada proses meminta duit untuk menjalankan perniagaan sahaja.

Jangan minta dari kawan

Jangan berhutang daripada kawan rapat untuk menjalankan perniagaan. Biasanya mereka malu alah dan akan memberikan juga walaupun hakikatnya dia rasa tak selesa.

Bila berhutang dan anda gagal membayar balik wang tersebut, perhubungan dengan kawan menjadi masam dan anda akan memutuskan perhubungan dengan kawan yang ada duit.

Jadi, cara terbaik adalah dengan mangajak kawan menjadi rakan kongsi. Jika dia bersetuju, kawan itu akan mengeluarkan duitnya sebagai modal perniagaan memulakan idea niaga anda.

Jika dia tidak bersetuju, cuba dapatkan sebab kenapa. Adakah kerana,

  • Idea niaga tidak digemari kawan
  • Tidak yakin dengan perniagaan…atau
  • Tidak yakin dengan kemampuan diri anda

Apa saja maklumat yang diberikan amat berguna untuk diri anda dalam proses menyediakan diri menjadi seorang usahawan. Jangan paksa kawan pinjamkan duit dan jangan juga paksa kawan menjadi rakan kongsi.

Jadikan keluarga pilihan terakhir

Setelah gagal dapatkan pinjaman bank dan gagal juga mengajak rakan menjadi rakan kongsi, anda boleh beralih pula pada keluarga. jadikan mereka sebagai landasan akhir untuk anda minta duit.

Sama seperti kawan di atas tadi, jangan pinjam. Terlalu banyak risiko sampingan jika wang yang dipinjam tidak dijelaskan semula. jangan jadikan perhubungan keluarga masam hanya kerana wang.

Tetapi tawarkan terlebih dahulu sebagai rakan kongsi. Keluarga akan serba salah jika anda mahu pinjam duit dan akan tetap memberikannya juga walaupun dia tyak yakin dengan anda.

Jadi jalan terbaik adalah ajak dia menjadi rakan kongsi dan nyatakan bahawa anda tidak memaksa. Jika dia rasa tak yakin naytakan secara berterus terang dan cuba dapatkan maklumat sebenarnya agar anda boleh perbaiki.

Apa nak buat jika semua yang disebutkan di atas tidak sanggup memberikan duit pada anda?

Mudah saja…jangan berniaga!.

Jika tak ada seorangpun di kalangan Bank, kawan dan keluarga yang tidak percaya pada kebolehan anda, ada sesuatu yang tak kena pada reputasi anda selama ini.

Sila semak apa yang tak kena itu dan ambil masa semula untuk perbaikinya. Hakikatnya, jika reputasi anda baik, tidak ada halangan yang berat untuk anda dapatkan modal perniagaan dengan mudah.

Total
2
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. Saya pernah mulakn perniagaan brbentuk servis.
    peringkat permulaan saya bermodalkn $400.
    Dalam minggu pertama nilai jualan $400
    Kmudian d ikuti minggu seterusnya ..
    akhirnya saya punya jualan $400 seminggu.
    dlm sebulan meningkat kpd $1500 keatas..
    Akhirnya trpaksa d berhentikan sbb kekurangan modal..
    jenis perniagaan yg saya buat ialah topup..
    tidak trmasuk pmbayaran pelbagai bil sbb tiada modal..potensi ada tapi modal tiada..
    planggan saya terdiri dari rakan2 ..setelah saya hentikan sbb kkurangan modal ..masih da lagi yg brtanya..
    prospek ada modal tiada..

  2. salam semuanya…
    kontraktor melayu yg tak ada modal cmna pulak ?takkan nak mintak modal dari usahawan cina?boleh tak kita lari dari mintak bantuan orang cina (yg memang ada duit) utk mendapatkan modal perniagaan,dari segi kemahiran,jentera dan peralatan?usahawan melayu mintak modal dari usahawan cina utk urus perniagaan adakah boleh maju?contohnya kontraktor alibaba,bagaimana untuk memajukan bumiputra islam dalam perniagaan tanpa minta tolong bantuan orang cina kerana majoriti masyarakat cina mempunyai kelebihan di dlm ekonomi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge