usahawan yang relaks

Bolehkah kita menjadi usahawan yang relaks, sentiasa tenang dan tak sibuk.

Ada tak satu perniagaan yang mudah, tenang dan tak payah bersusah payah atau kelam kabut?, itu soalan yang ditanya oleh seorang kawan baru-baru ini.

Untuk menjawab soalan itu, saya rasa samada seseorang usahawan itu sibuk banyak kerja dan kelam kabut dengan segala urusan perniagaannya tidak ada kena mengena dengan jenis perniagaan yang diceburinya.

Semua jenis perniagaan samada perniagaan peruncitan, perniagaan kontrak buat rumah atau bangunan, perniagaan jual beli secara online, perniagaan khidmat cuci bangunan, perniagaan pasar malam perniagaan goreng pisang, perniagaan cendol, perniagaan rojak atau pasembor…..

…dan lain-lain lagi, kesemuanya boleh dijalankan oleh semua usahawan tanpa perlu sibuk kelam kabut berselerak dalam kehidupan dan sebagainya.

Rahsia usahawan yang relaks adalah:

  1. Usahawan yang relaks biasanya tak kedekut. Bila tak kedekut, dia tidak lokek mengambil pekerja atau rakan kongsi yang dapat melaksanakan kerja jauh lebih baik dan cekap dari dirinya sendiri. Ada ramai kawan-kawan saya yang lokek kedekut tahik hidung masin yang tak mahu merekrut pekerja dan melakukan hampir kebanyakan kerjanya sendiri. Kalau ambil pekerjapun, gaji dibayarnya sedikit. Macam mana nak dapat pekerja yang berkualiti.
  2. Usahawan yang relaks tak kemut ilmu. Bila kita suka mengajar dan membimbing pekerja apa saja kemahiran yang kita ada, mereka akan mampu ambil alih tugasan kita dan bolehlah kita relaks. Ramai usahawan yang rasa takut untuk mengajar pekerja supaya pandai kerana khuatir mereka akan lari dan menjadi pesaing pula selepas itu. Apa nak dikhuatirkan begitu, sekurangnya kita telah lahirkan satu lagi usahawan baru yang mungkin berjaya lebih jauh dari kita dan menyumbang pula untuk agama, bangsa dan negara. Itu jauh lebih bagus dari kaya-raya sendiri-sendiri.
  3. Usahawan yang relaks tak serik. Biasanya apabila kita serahkan tugasan pada orang lain atau orang bawah atau rakan kongsi, sudah pasti kerja yang dilakukan tidak sepertiman yang kita sendiri lakukan. Akan ada rungutan dari pelanggan dan sebagainya. Ini kadangkala menyusahkan kita. Tetapi itu adalah perkara biasa dalam proses belajar. Biarkan ianya bermula dengan tidak sempurna dan biarkan mereka lakukan kesalahan agar lebih cepat dipelajari. Jika anda suka hukum semua kesalahan dan serik untuk serahkan tugasan, sampai mati semua kerja akan terpaksa dilakukan sendiri…macam mana nak relaks?.

Usahawan yang relaks buat apa pula?

Bila semua urusan kita serahkan pada orang lain, maka apa pula tugasan kita? takkan asyik nak duduk rumah dan nga nga menonton tv atau berbaring tak habis-habsi dalam rumah?

Sebenarnya banyak kerja usahawan yang relaks boleh lakukan. Yang paling penting sekali adalah menambahkan jaringan kenalan terutamanya mereka yang ada wang ataupun kemahiran.

Wang mungkin diperlukan seandainya syarikat anda mahu berkembang dan perlukan suntikan dana. jadi bila anda ada kenalan mudahlah untuk mencari orang yang sanggup melabur pada idea niaga anda.

Pekerja yang bagus dan mahir pula diperlukan agar wang yang dilaburkan ke dalam syarikat atau idea niaga anda disempurnakan oleh orang yang hebat dan sesuai agar kejayaannya lebih terjamin.

Seleain daripada dua tugasan di atas, usahawan yang relaks sebenarnya mampu melihat keseluruhan perjalanan syarikat dari kaca mata orang luar. jika kita duduk terperap dalam perniagaan saban waktu, maka usahwan akan tenggelam dalam perniagaanya dan tidak mampu melihat peluang pembaikan.

Jadikan sasaran menjadi usahawan yang relaks sebagai matlamat anda berniaga

Menjadi usahawan yang relaks adalah salah satu sasaran saya sejak awal lagi, menjalankan perniagaan. Oleh itu saya merangka semua urusan dan strategi perniagaan saya ke arah itu dan alhamdulillah saya dan lebih dua tahun jadi usahawan yang relaks.

Jika anda perlukan mentor untuk melatih anda menjadi seorang usahawan berjaya dan relaks, saya sudah tentu merupakan seorang yang sesuai untuk itu kerana saya sendiri berjaya melakukannya dan tahu jalan untuk mencapainya.

Untuk mendapatkan bantuan dari saya mulakan terlebih dahulu dengan sertai bengkel ‘menilai potensi perniagaan anda’. Kita mulakan dari perkara asas agar perniagaan yang ada benar-benar berpotensi.

Selepas itu boleh sertai program HR Biz Coaching yang saya tawarkan bermula tahun depan. Insyaallah akan saya umumkan pengambilannya dalam masa terdekap nanti. Sertai terlebih dahulu Bengkel Menilai Potensi Perniagaan. Baca dan mendaftar dengan klik di sini

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. Saya nak jadi usahawan yang rileks. Dah dapat tips boleh apply terus. Cuma ambil pekerja belum mampu lagi. InshaaAllah bila mampu boleh delegate kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge