Bagaimana nak mula bengkel baiki kenderaanSetelah saya siarkan artikel berkenaan peluang menjadi usahawan bengkel kenderaan, ada beberapa email sampai, yang bertanyakan bagaimana nak mula dan membuka bengkel baiki kenderaan.

Nampaknya ada ramai juga pembaca yang berminat nak menjalankan perniagaan bengkel membaiki kenderaan. Tetapi masih tak ada idea bagaimana mahu memulakannya.

Industri automotif memang ada menawarkan banyak ruang perniagaan yang berdaya saing.

Salah satu daripadanya adalah perniagaan membaiki dan menyelenggara kenderaan yang biasanya mampu membawa pulangan yang menarik.

Jumlah kenderaan yang ada di seluruh pelusuk negara semakin tahun semakin meningkat. Semua kenderaan yang dibeli samada lama atau baru perlu diselenggara dengan baik.

Bukan saja ianya penting dari segi keselesaan dan penjimatan kos menggunakan kenderaan, malah aktiviti selenggara kenderaan merupakan salah satu aspek penting dalam keselamatan. (sumber imej)

Bagaimana nak mula jadi usahawan bengkel baiki kenderaan

Daripada pengamatan saya, kebiasaannya mereka yang menjadi usahawan dalam bidang membaiki dan menyelenggara kenderaan merupakan mereka yang memang meminati bidang tersebut.

Bagi mereka yang meminati segala aspek kenderaan, tak timbul persoalan bagaimana nak mula buka bengkel baiki kenderaan. Mereka secara spontan akan mula membaiki kenderaan setiap kali ada kesempatan.

Bagi yang minat tetapi tak ada ilmu kemahiran membaiki kenderaan pulak, biasanya mereka akan berusaha untuk minta kerja di bengkel-bengkel baiki kenderaan orang lain semata-mata untuk belajar.

Bagi yang ada peluang pula akan masuk ke pusat pengajian seperti Giat MARA  untuk mempelajari ilmu tentang automotif. Ada juga yang pergi belajar jadi mekanik dengan bekerja di bengkel orang terlebih dulu dan kemudiannya masuk Giat MARA atau lain-lain institusi pengajian.

Bagaimana nak mula buka bengkel cara usahawan berjaya

Mungkin boleh saya kongsikan sedikit cerita ringkas untuk mendapat sedikit gambaran bagaimana nak mula menjalankan perniagaan bengkel baiki kenderaan dengan menuruti contoh usahawan berjaya yang saya jumpa sepanjang menjalankan kursus perniagaan kepada para usahawan bengkel membaiki kenderaan

Usahawan yang saya jumpa ini memulakan aktiviti membaiki kenderaan sejak di sekolah menengah lagi. Dia cukup minat dengan apa saja perkara berkenaan kereta dan terlalu obses dengannya. Sehinggalah akhirnya dia berhenti sekolah sebelum tamat tingkatan 5.

Mula baiki kenderaan di kawasan rumah

Apa yang dia lakukan adalah mengambil upah mempaiki kereta orang di belakang rumahnya. Apa saja peralalatan yang ada digunakannya dan jika tak ada dia akan dapatkan di kedai hardware sahaja.

Lama-lama, jumlah kenderaan yang datang ke rumahnya untuk dibaiki bertambah dan orang kampung mula tak selesa dengan kehadiran banyak kereta keluar dan masuk ke dalam kampung.

Melihat keadaan itu, dia terpaksa berpindah ke tempat atau kedai yang sesuai di pekan untuk membuka bengkel membaiki kenderaan secara lebih betul dan teratur.

Untuk mendapatkan premis kedai bukannya mudah, perlu ada duit. Jadi dia mohon RM1 ribu daripada ayahnya. Malangnya ayahnya yang kecewa dengan sikap anaknya yang tak minat bersekolah itu tidak sudi membantu kerana marah.

Nasib baik ibunya membantu dan secara diam-diam memberikan wang simpanannya sebayak RM1 ribu untuk digunakan sebagai modal mendapatkan premis bagi membuka bengkel baiki kenderaan.

Mula menyewa kedai untuk buat bengkel baiki kenderaan

Dengan modal RM1 ribu itu, dia menyewa sebuah premis tingkat bawah terletak di lokasi agak tercorot di belakang sekali. Wang baki setelah membayar cagaran serta lain-lain kos sewaan hanya tinggal RM50 sahaja.

Dengan modal itu, dia tambah sedikit peralatan membaiki di kedai hardware. Walaupun peralatan hardware semuanya tidak berkualiti dan tidak sesuai untuk dijadikan peralatan membaiki kenderaan, dia tak ada pilihan kerana modal tak ada.

Nak angkat enjinpun dia terpaksa gunakan cara manual dengan bantuan kudrat kawan-kawan sebelum mampu menggunakan cara yang lebih mudah dan betul.

Sekarang ada 2 kedai dan satu kilang

Dengan cara itulah dia memulakan perniagaan bengkel kenderaannya perlahan-lahan dan sekarang dia ada 3 bengkel membaiki kenderaan yang semuanya berjaya menjana pendapatan yang lumayan. Salah satu daripada bengkel baiki kenderaan tersebut lebih bertaraf kilang kerana lengkap dan layak untuk kerja baik pulih melalui tuntutan insuran

Begitulah sedikit perkongsian bagaimana nak mula menjalankan perniagaan bengkel membaiki kenderaan bagi anda yang ada minat.

Dalam kebanyakan kes, semua usahawan akan main redah saja dan sanggup mulakannya secara kecil-kecilan dengan menggunakan apa yang ada. Jadi jika anda nak tahu bagaimana nak mula menjadi taukeh bengkel kenderaan, cara paling mudah adalah pergi sewa tempat atau cari lokasi di mana-mana, dapatkan peralatan, dan buat pemasaran…mudah saja

Total
63
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

12 comments

  1. Macam mana cara nak buat pinjaman buka bengkel baiki dan service kereta?syarat pinjaman
    ?
    Peralatan sendiri sudah sedia kami ada….cuma modal nak sewa kedai dan nak beli barang spare part sahaja tidak cukup modal…

  2. Macam mana cara nak buat pinjaman buka bengkel baiki dan service kereta?syarat paman?
    Peralatan sendiri sudah sedia kami ada….cuma modal nak sewa kedai dan nak beli barang spare part sahaja tidak cukup modal…

  3. Assalamualaikum,
    Belum Ada Kereta, Nak beli kereta..
    Dah Ada Kereta, Nak tukar atau tambah kereta..
    Kalau nak beli Kereta Perodua, cari SHAHRIL!!
    kereta Perodua Baru, Perodua Bezza, Perodua Alza, Perodua Myvi, Perodua Axia, boleh hubungi saya utk mendapatkan Diskaun Perodua Terkini

  4. Admin..saya nak tanya..dimana nak dapat saluran bantuan dari mana2 pihak yang boleh membantu kami yang ingin memulakan perniagaan bengkel kereta ni..contoh dari segi pinjaman kewangan atau kursus2 khas..kalau tahu..admin tolong kongsikan ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge