Bagaimana nak pilih rakan kongsi ?

By | 26/10/2015

Cute-chick-standing-min-mudUntuk mereka yang belum berniaga, atau baru nak jinak-jinak dalam perniagaan, bab nak pilih rakan kongsi ini biasanya diambil ringan.

Malah ramai yang lagsung tidak memikirkannya, apatah lagi untuk merangka satu polisi peribadi dalam urusan nak pilih rakan kongsi.

Sikap ini boleh difahami sebab saya sendiri pernah melalui semua perkara tersebut. Saya sendiri tak ada satu polisi yang tersendiri ketika waktu awal menjadi usahawan dulu. Malah tak terfikirpun.

Sebab paling utamanya adalah kerana keadaan fikiran yang memberikan sepenuh tumpuan untuk menjayakan perniagaan.

Maklumlah baru nak beralih arah dari dunia makan gaji kepada dunia keusahawanan. Yang paling penting ketika itu boleh berniaga dan mula jadi usahawan.

Pilih rakan kongsi

Secara umumnya, majoriti mereka yang baru nak mula berniaga akan mudah mempertimbangkan siapa-siapa saja yang boleh membantunya untuk berniaga, untuk dijadikan rakan kongsi.

Itu ayat penting… ‘siapa-siapa saja yang boleh membantu.. !’

Itu menunjukkan tidak adanya satu polisi langsung dalam aktiviti pilih rakan kongsi. Matlamat jitu untuk berniaga secepat mungkin membuatkan pertimbangan jangka panjang terus cair dan dilupakan.

Jika ada insan yang boleh membantu kita dapatkan pelanggan sedikit, dah dijanjikan untuk menjadi rakan kongsi.

Jika ada insan yang sanggup membantu buat apa-apa saja kerja yang boleh membebaskan sedikit masa kepada kita, boleh buat kita pilih dia jadi rakan kongsi.

Jika ada insan yang berpengalaman buat marketing, hanya kerana insan itu dalam line marketing, mudah saja kita nak tawarkan dia jadi rakan kongsi.

Ertinya, samada kerja perkeranian, kerja pakai komputer, kerja pemasaran, kerja jualan, kerja buruh kasar… apa saja yang dinamakan kerja, orang yang boleh membantu kita dah nak tawarkan jadi rakan kongsi.

Apakah itu cara yang betul untuk pilih rakan kongsi ?

Bersikap cerewet pilih rakan kongsi

Petua paling mudah untuk pilih rakan kongsi adalah untuk bersikap cerewet dalam menentukan siapa layak menjadi rakan kongsi.

Itupun jika anda benar-benar perlu ada seorang rakan kongsi. Jika tidak, elok bersendirian sahaja dan tak perlu ada rakan kongsi.

Jika anda mengadakan syarikat sendirian berhad, perlu ada dua orang rakan kongsi sebagai pengarah. Untuk itu, masukkan saja isteri anda sebagai rakan kongsi dan juga pemegang saham.

Jika anda masukkan isteri sebagai penama dalam rakan kongsi tersebut, pastikan anda pegang majoriti share, seeloknya anda pegang 99% dan isteri pegang 1%.

Seandainya isteri bangkang, ertinya dia mahu ambil perduli terhadap perniagaan dan syarikat tersebut, bincang dengannya berapa jumlah pegangan saham yang dia mahu dan apakah sumbangan yang dia boleh berikan.

Nampak tu !, dengan isteripun kena cerewt dan berkira dalam bab pegangan saham sebagai rakan kongsi !.

Tak perlu jadi rakan kongsi jika…

Satu petua mudah untuk tentukan samada anda perlukan rakan kongsi atau tidak adalah dengan berfikir samada perkara yang disumbangkan oleh rakan anda itu boleh dibayar atau tidak.

Kebanyakan daripada kemahiran yang rakan anda boleh sumbangkan boleh dibayar dalam bentuk komisyen atau gaji.

Itu sepatutnya menjadi pilihan pertama jika anda perlukan apa-apa bantuan darinya.

Bagaimana kalau dia tak mahu bantu jika tak dimasukkan sebagai rakan kongsi ?

Tak perlu risau ! dengan syarat sebegitu.

Anda boleh pergi cari orang lain untuk tawarkan kerja tersebut. Ramai lagi orang yang ada kemahiran dan mungkin jauh lebih bagus daripada rakan anda itu.

Petuanya di sini adalah sentiasa ambil pendekatan bayar gaji atau komisyen sebagai pilihan utama dan paling mudah.

Bagaimana anda pilih rakan kongsi ?

Saya tamatkan di sini dahulu.

Agak sibuk sekarang dan tak sempat untuk mengadap komputer menulis artikel kerap seperti dahulu untuk pembaca semua.

Sebelum saya sambung artikel berkenaan rakan kongsi ini, apa kata anda kongsikan terlebih dahulu pengalaman atau persoalan yang ada terhadap masalah rakan kongsi.

Anda boleh kongsikan masalah berkenaan rakan kongsi di ruang komen di bawah.

Terima kasih !

3 thoughts on “Bagaimana nak pilih rakan kongsi ?

  1. Mambang

    Alhamdulilah.

    Sekian lama saya mencari Dan membuat perbandingan blog mana yang memberikan idea Dan sudi berkongsi idea dengan penuh ikhlas. Akhirnya blog tuan ini AMAT berguna Dan banyak memberikan peringatan perbandingan blog lain yang lebih berminat menarik pembaca dengan info yang indah2 sahaja dalam selok belok perniagaan.

    Saya pernah merasai kesan Dan akibat dalam salah memilih rakan kongsi. Saya AMAT bersetuju dengan pandangan tuan berkenaan rakan kongsi ini. 100% setuju.

    Mungkin saya perlu tambah sedikit, criteria paling berbahaya adalah apabila kita memilih rakan kongsi daripada individual yang sudah lama dalam sales.. Sifat seorang sales semestinya kejam walaupun dengan rakan kongsi sendiri… Kesilapan ini yang saya hadapi sekarang.. Seseorang yang bernama salesman, dia tidak selayaknya diberikan peluang memegang status rakan kongsi kerana bagi saya motif di jauh sanubari seorang budak sales adalah ingin menjadi sekaya yg mungkin hingga sanggup menikam rakan kongsinya. Sebaiknya kita menggajikan seorang budak sales dengan memberikan imbuhan yg menarik daripada kita jadikan budak sales ini sebagai rakan kongsi.. Itu lebih selamat untuk memastikan direction vision Dan mission kita tidak diganggu gugat oleh rakan kongsi tersebut.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge