bayar gaji pekerja 1bayar gaji pekerja 1bayar gaji pekerja 1

cara terbaik bayar gaji pekerja

Selain daripada dapat duit yang selalu orang ingat bila berniaga, usahawan perlu ingat bahawa bayar duit pada orang juga adalah salah satu perkara besar dalam sesebuah perniagaan.

Dan salah satu perkara besar yang duit perlu dikeluarkan adalah apabila usahawan bayar gaji pekerja.

Taukeh juga adalah pekerja, jadi bayar gaji taukeh dulu

Sebelum kita bincang tentang bayar gaji pekerja kita perlu ingat bahawa tuan punya syarikat atau usahawan itu sendiri merupakan salah seorang pekerja dalam syarikat kepunyaannya.

Oleh itu jangan asyik ingat nak bayar gaji orang sahaja dan lupa nak masukkan nama taukeh dalam senarai pekerja. Ramai usahawan yang terlepas pandang bab gaji taukeh ini dan membuatkan pengurusan kewangan dalam syarikat jadi tidak sempurna.

Kalau ikutkan petua Robert Kiyosaki, dia selalu ulang ‘pay yourself first’. Orang barat dan kebanyakan usahawan berjaya kaya raya sering amalkan sikap ambil duit pada taukeh dulu selepas itu baru fikirkan orang lain.

Itu cara yang betul walaupun ayat tersebut nampak macam pentingkan diri sendiri yang tidak dianjurkan dalam agama Islam.

Untuk mencantikkan konsep pay yourself first, kita perlu tambah sikap bertanggung jawab terhadap janji yang telah diberikan pada orang yang kita ambil khidmatnya.

Maknanya jika taukeh nak ambil wang dia dulu, pastikan wang baki semuanya mencukupi untuk selesaikan semua urusan gaji atau pembayaran pada orang lain. Kalau tak buat macam itu, anda hanya akan membina rekod buruk di mata masyarakat dan kesannya adalah burik dalam jangka panjang.

Bagaimana tentukan gaji pekerja

Ada bermacam cara orang tentukan berapa jumlah nak bayar gaji pada seseorang pekerja. Ada orang yang kedekut, lalu dia sentiasa cari jalan untuk bayar murah pada semua pekerjanya.

Bagi saya, konsep terbaik yang usahawan perlu ingat dan semat dalam kepala adalah,

“Jika anda bayar pisang, anda akan dapat monyet!”

Oleh itu berhati-hatilah dalam menentukan berapa gaji nak bayar pekerja. Jika pekerja anda adalah monyet jangan pula bayar dengan kek atau pizza. Begitu juga jika pekerja anda adalah manusia yang hebat, janganlah kasi buah pisang.

Tambah satu lagi falsafah dalam bab pembayaran gaji seperti di bawah,

“Jika anda tak mahu jaga pekerja terbaik, ramai lagi usahawan lain yang sanggup menjaganya!”

Amalan biasa yang orang sering ambil dalam menentukan gaji pekerja adalah dengan melihat pasaran. Oleh itu jangan lupa bina jaringan kawan-kawan yang berniaga dalam industri yang sama. Kita boleh semak berapa mereka bayar gaji pekerja mereka.

Untuk menjadi syarikat serta majikan yang lebih hebat daripada orang lain, anda boleh cuba lebihkan sedikit daripada harga pasaran. Tak perlu berlebihan sangat kerana kesannya tidak ada beza jika anda lebihkan sedikit sahaja.

Jika pasaran biasanya membayar RM1200 sebulan pada pekerja am, bayarlah RM1300 pada pekerja anda. Insyaallah gaji bukan lagi menjadi faktor untuk pekerja baik anda melarikan diri ke syarikat orang lain.

Dengan berbuayt begitu, usahawan tidak perlu lagi pening memikirkan bab gaji. Dia hanya perlu melihat faedah lain untuk menyuntik motivasi pada pekerjanya agar setia dan berdidikasi dalam kerjanya.

Jangan bayar gaji pekerja dalam bentuk wang tunai

Ramai para usahawan masih lagi amalkan cara bayar jagi pekerja cara kuno ini. Jika anda mahu selamat elakkan cara bayar gagi pekerja secara tunai sebegitu kerana kemungkinan wang gaji anda dirompak amatlah tinggi.

Banyak kes di mana wang tunai yang dikeluarkan dari bank dalam jumlah yang besar dirompak di tengah jalan. Pelanduk mungkin tidak ingat akan perangkap, tapi perangkap tidak pernah lupakan pelanduk.

Mata orang yang jahat yang kerjanya nak rompak wang orang sentiasa lebih peka daripada apa yang anda sangkakan. Mereka juga penyabar dalam tindakan merompak dan hanya menunggu masa bila anda lalai sahaja.

Ada 2 cara terbaik untuk bayar gaji pekerja:

  1. Bayar dengan menggunakan cheque. Jika jumlah pekerja anda dalam lingkungan 6 orang, boleh sediakan cheque untuk membuat pembayaran gaji pekerja. Tangan tak akan lenguh untuk tandatangan kerta cheque tersebut. Lagipun ia lebih mudah dari segi pengurusan akaun syarikat.
  2. Bayar dengan cara arahan bank. Jika anda ada terlalu ramai pekerja, kemudahan untuk mengarahkan banka membuat pemindahan wang dari akun syarikat kepada semua akaun keperja ada disediakan. Saya amalkan cara ini sebab lebih mudah dan hanya perlu tandangan sekeping kertas sahaja daripada menandatangani puluhan kerta cheque.

Begitulah sedikit panduan dalam bab bayar gaji pekerja yang boleh dikongsikan dalam artikel ini. Jika anda ada sebarang soalan boleh kemukakan di runag komen di bawah untuk kita bincangkan lagi selepas ini. Sumber gambar

Total
4
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

12 comments

  1. Memang nampak macam kejam dan pentingkan diri sendiri. Tapi kita juga punya hak. Kita kan bekerja juga. Layaklah dapat gaji.

    Saya pernah berjumpa seorang kontraktor berbangsa cina. Dia suka cerita. Antara kata2 yang menarik saya nak kongsikan ialah, “lebih baik saya tak cukup makan, asalkan pekerja saya semua dapat gaji.

    Sangat tersentuh dengan kata2 tu. Sebab pernah dulu saya bekerja dengan usahawan muslim yang tak bagi gaji dua bulan sampailah sekarang. emmm..
    Cikgu Hairul recently posted…Orang Yang Makan Gaji Takkan Kaya?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge