Melaksanakan idea perniagaanRamai orang yang cukup kreatif dalam menjalani kehidupan samada kerjaya ataupun perniagaan. Mereka ada banyak idea baru.

Idea baru untuk perniagaan atau idea baru untuk kerja yang sedang dilakukan.

Hari-hari, akan ada saja idea baru baru yang muncul. Setiap kali melepak di kedai mamak akan terkeluarlah banyak idea baru yang amat mengujakan .

Banyak idea baru, tapi satupun tak jalan!

Walaupun idea baru datang seperti air jeram yang deras mengalir, tetapi kesemua idea baru yang banyak itu kekal tinggal hanya sebagai idea. Hanya sekadar idea baru yang tak pernah berjalan atau terlaksana.

Jika dia seorang pekerja makan gaji, semua idea baru yang ada tak pernah dapat diaplikasikan dalam pekerjaannya. Cara kerjanya tetap sama.

Jika dia seorang usahawan pula, semua idea baru untuk mantapkan perniagaannya, yang terpancul keluar dan dibentangkan di meja kedai mamak, tak pernah dilaksanakan dalam perniagaannya.

Banyak idea baru perniagaan, tapi tak pernah buat

Idea baru yang banyak mencurah-curah dituangkan atas meja makan kedai mamak paling banyak datang daripada orang makan gaji yang teringin nak jadi usahawan.

Setiap kali minum satu gelas cawan teh atau nescafe bersama kawan yang satu aliran, sebanyak satu tan idea baru perniagaan dibentangkan satu persatu. Nasib baik mamak tak pernah halau orang melepak dua jam hanya dengan segelas air teh dan 5 gelas air suam.

Selain daripada kumpulan tersebut di atas, idea baru perniagaan juga ada banyak pada mereka yang tak bekerja, menganggur atau perniagaannya telah lingkup.

Kumpulan ini ada banyak masa lapang. Lebih separuh daripada masa hidup harian mereka akan habis di kedai-kedai minum. Jika ada 3 orang di situ, akan ada 3 tan idea baru perniagaan dibentangkan. Jika ada 5 orang, maka 5 tan idea baru disusun satu persatu dengan bersemangat.

Samada makan gaji atau menganggur, mereka yang banyak idea baru perniagaan itu mempunyai masalah yang sama: Satupun idea baru perniagaan tersebut tak pernah berjalan! tak pernah bergerak!, tak pernah direalisasikan!.

Kenapa satu ideapun tak jalan sedangkan ada banyak idea baru?

Ya! satu soalan yang bagus.

Jangan risau!, bukan anda saja memghadapi masalah ini. Sayapun sama juga. Ramai kawan-kawan saya pun menghadapi masalah yang sama juga.

Hari ini bentang idea baru, esok datang lagi bawa satu lagi idea baru, lusa, tulat dan seterusnya. Lama kemudian selepas itu datang lagi dengan satu idea baru yang sebenarnya merupakan idea lama yang diolah semula dengan sedikit perubahan pada pemyampaian…letih!

Kenapa jadi begitu…?

Saya tersedar sebab utama jadi begitu adalah kerana 90% daripada masa dihabiskan untuk memikirkan idea baru. Baki 10 peratus lagi dihabiskan untuk menguruskan kerja rutin.

Hasilnya, satu ideapun tak akan dapat dilaksanakan. Tak dapat dikembangkan samada untuk menyelesaikan masalah, melonjakkan perniagaan ataupun untuk memulakan satu perniagaan.

Oleh itu, sebab utama satu ideapun tak jalan adalah apabila kita hanya banyak buang masa cari idea tapi tak pernah cari jalan nak laksanakannya.

Jika berterusan macam tu, ia akan memalapkan kehidupan. Ia juga akan membunuh perniagaan. Tabiat ini perlu diubah.

Bagaimana nak pastikan setiap idea baru berjalan

Langkah paling asas yang perlu kita ubah adalah dengan menggunakan hanya 20% dari masa untuk memikirkan idea baru.

Kita perlu pastikan 80% daripada masa memerah otak, difikirkan cara bagaimana nak jalankan idea baru tersebut.

Setiap kali ada idea baru yang menyelinap keluar dari minda, tanya soalan samada idea sebelum ini sudah dilaksanakan atau belum?, kalau sudah dilaksanakan apakah tahap perlaksanaannya. 10% atau 50% atau 70% atau sudah selesai dan berjaya?

Jika idea sebelum ini masih tak jalan, catitkan saja idea baru yang terkeluar itu dalam buku nota kecil dan tutup. Berikan tumpuan semula untuk melaksanakan idea sebelum ini. Pastikan anda mengikuti proses pengurusan idea di bawah.

Proses menguruskan idea baru

  1. Catitkan idea tersebut. Ambil buku nota dan tulis idea anda. Nyatakan apa matlamatnya.
  2. Buat senarai tugas yang perlu dilakukan untuk menjalankan idea itu. Senaraikan satu persatu semua tugasan dan nyatakan siapa akan melaksanakan tugas itu.
  3. Semak semula perkembangan perlaksanaan idea itu seminggu sekali. Jika ada perubahan atau ada tugas baru yang timbul yang perlu dilaksanakan, tambah dan masukkan dalam senarai tugasan.
  4. Jangan lupakan penggunaan teknologi. Jika anda tahu guna software pengurusan projek atau seumpamanya dari Microsoft Office, gunakan dengan sebaik mungkin. Kalau tak tahu, cukup sekadar gunakan Excel Sheet.
  5. Beli white board khas. Lekatkan pada dinding rumah atau pejabat dan catitkan perkembangan idea itu setiap hari. Buat catitan setiap kali ia bergerak dan raikan pergerakannya dengan keluar minum teh tarik dengan kawan-kawan.
  6. Pastikan semua perkembangan dan pencapaian dicatitkan satu persatu sehinggalah semuanya berjalan lancar dan idea itu terlaksana.

Jika anda kaki lepak minum teh di kedai mamak bersama kawan-kawan. Jadikan itu satu landasan untuk membentangkan perkembangan idea baru perniagaan anda.

Jangan lupa bawa semua nota dan catitan perkembangan idea baru perniagaan tersebut dan kongsikan tahap mana anda berada sekarang.

Suruh mereka komen dan berikan idea jika ada perkara baru yang perlu ditambah dalam usaha melaksanakan idea perniagaan anda itu.

Jangan bincangkan apa saja idea baru selagi idea yang dah ada tidak dilaksanakan. Begitu juga dengan kawan-kawan anda yang lain. Desak mereka laporkan perkembangan idea minggu lepas yang telah dikeluarkan. Tanya apa dah jadi dengan idea tersebut.

Jika kawan anda tak boleh jawab, suruh mereka bentangkan senarai tugasan yang perlu dilaksanakannya untuk idea tersebut. Kalau dia tak ada lagi senarai itu, ajak mereka buat dengan segera….

Jika anda seorang usahawan, pastikan ada mesyuarat seminggu sekali khas untuk perlaksanaan idea tersebut. Ikuti perkembangannya sehinggalah ia berjaya! selamat mencuba! (sumbergambar)

Total
7
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

12 comments

  1. Kalau ada idea baru jangan tanggug-tangguh buat jer terus. Cabar diri sendiri untuk laksanakan.
    Saya suka concept ACTION vs RESULT.
    Kalau tak buat, takkan tahu betapa indah hasilnya nanti.

  2. Pengalaman sendiri macam tu juga. Idea banyak, tapi tak jalan. Tapi sejak akhir-akhirnya ambil langkah JUST DO IT. Ada idea je terus brainstorm apa boleh buat dan catit. Dulu banyak fikir je itu ini. Jadi idea tu hilang dalam otak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge