Baru 26 tahun dah jadi jadi billionaire – Billionaire muda Thailand

By | 01/11/2012

Bagi mereka yang bercita-cita tinggi untuk jadi kaya raya, ada hasrat nak jadi billionaire, boleh cari maklumat tentang pemuda ini yang sekarang baru berumur 26 tahun.

Pemuda ini yang masih muda tapi dah jadi billionaire, memiliki sebuah perniagaan rumpai laut yang paling laris di Thailand.

Aitthipat Kulapongvanish, itulah namanya.

Dia merupakan warga muda Thailand yang produk perniagaan rumpai lautnya menguasai pasaran sebanyak 85% daripada keseluruhan pasaran yang ada di Thailand.

Jumlah pasaran yang dia kuasai adalah bersamaan dengan 800 juta bath setahun !.

Dia mempunyai seramai 2 ribu orang pekerja yang bekerja di bawah syarikat miliknya itu.

Berikut sedikit maklumat zaman mudanya:

  • Pada umur 16 tahun, Aitthipat menjana 400,000 bath sebulan hasil daripada permainan video online
  • Ketika berumur 17 tahun dia sanggup melupakan persekolahannya. Sebaliknya dia menjual buah berangan untuk mencari duit. Perniagaan buah barangannya menjadi terkenal di Thailand.
  • Keluarganya muflis dan berhutang sebanyak 40 juta bath ketika dia berumur 18 tahun
  • Ketika berumur 19 tahun dia mula memperkenalkan ‘Tao Kae Noi”, sejenis makanan rumpai laut yang diedarkannya di 3 ribu cawangan 7-eleven di Thailand.
  • Kini makanan tersebut berada telah turut di ekspot ke Jepun, Taiwan, Singapura dan juga Amerika

Baca ceritanya di sini.

Apa yang perlu kita ingat adalah kita sesekali tidak mungkin boleh menjadi orang lain. Setiap manusia di dunia ini mempunyai sejarah perjalanannya yang tersendiri dan unik.

 

Jadi kalau nak kaya, kita hanya perlu ada hasrat nak jadi billionaire. Dan jadi billionaire dengan cara kita tersendiri.

Kita hanya boleh sekadar melihat jalan orang lain yang berjaya dan pinjamkan sebanyak mana idea yang boleh untuk disesuaikan dengan apa yang kita ada untuk jadi billionaire gaya tersendiri.

Himpunan idea-idea yang kita belajar dari perjalanan orang lain lalu disesuaikan untuk kegunaan diri kita mengikut kesesuaian akhirnya akan membuahkan hasil yang unik cara kita sendiri.

Yang penting adalah anda perlu sentiasa menjadi diri anda sendiri. Ciptalah sejarah kejayaan kita yang tersendiri tanpa perlu menjadi orang lain.

Jom jadi billionaire dengan gaya tersendiri !

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge